JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 11 Julai 2013

Hasil rembatan en suami ^___^

 Seusai jer FLORIA di Putrajaya pada hari isnin tu hari, terdapatlah bunga-bunga yg kurang cantik di tinggalkan, mungkin kerana bunga tersebut dah ada yg rosak dan TESCO yg mana event di kelolakan oleh syarikat en suami pun banyak yg di tinggalkan... so ni lah kesempatan yg diambil oleh en suami untuk di angkut balik...

Bila saya balik petang tu rumah dah penuh dengan bunga-bunga ni... budak bertiga tu pun tercengang... mana lak datang bunga ni sebab mama dia walaupun peminat tegar bunga tak de satu pun tanam bunga hehehe

Bertambahlah kerja mama untuk menyiram pokok-pokok bunga ni semua :P...
Terus capai paip dan siram pokok tu semua, nabilah pula mengingatkan.. ambillah gambar mama cantik bunga-bunga ni.. dan boleh masuk dalam blog... tau jer nabilah saya nak cerita dlm blog kihkih...

Senget pulak dah pokok bunga kelapa tu :D

Pokok buloh pulak... pokok ni dah lama diidamkan oleh en suami :)

Pokok orkid yg di gantung pada pokok buloh tu...

Close up sikit...

Dan lagi close up putih berseri ni :D

Ada dua pokok kelapa ni...

tinggal sekuntum jer bunga orkid tu.. kan nanti nak baja bagi cantik dan berbunga.. 
Yang ni pun tinggal 3 kuntum dan nak layu...

Yang ni masih cantek kan....

suka suki saya... close up sikit :D

Last one yg tinggal sikit juga bunganya :D
Pasu-pasu yg dapat... tapi tak tau bila projek en suami nak mengalihkan bunga-bunga tu..
p/s Malam ni berbuka puasa kami empat beranak jer lah nampaknya... en suami hendak ke Penang... ada event di sana pulak huhuhu... sedihnya asyik kena tinggal...

Selasa, 9 Julai 2013

Kedatangan mu ku nantikan Ya Ramadhan Mubarak ^__^

Salam Ramadhan kekawan blog semua, semoga dengan kedatangan ramadhan ini akan bertambah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah s.w.t. 

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN AL-MUBARAK" MOGA PUASA TAHUN INI MEMBERIKAN SERIBU PENGINSAFAN & PERGERTIAN YG MENDALAM TTG SYARIAT ISLAM... REBUTLAH PELUANG UTK MEMPERBANYAKKAN AMALAN KEROHANIAN, BULAN RAMADHAN ADALAH SATU BULAN GANJARAN BAGI UMAT MUHAMMAD S.A.W... SESUNGGUHNYA RAMADHAN DIAWALNYA KERAHMATAN DIPERTENGAHANNYA PENGAMPUNAN & DIAKHIRNYA KEREDHAAN ALLAH S.W.T..










Disini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada terlanjur kata semasa meninggalkan komen di blog kekawan. Selamat berpuasa dan selamat solat tarawikh kekawan..