JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Mac 2016

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH... emmm dapnya

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Minggu macam nak kongsi apa yg saya masak selama seminggu anak cuti sekolah itu hari.. ini permintaan kedua anak-anak.. masa perjumpaan dengan jiran tetangga itu hari saya masak spaghetti Aglio Olio ni.. saya tinggalkan juga semangkuk utk mereka dirumah.. rupanya tak cukup buat mereka.. saya pun tak merasa bila dirumah.. di perjumpaan tu saya makan apa yg jiran masaklah kan.. disitu pun spaghetti Aglio Olio saya pun habis..

Biasalah saya ni bila cari resepi mesti yg mudah dan bahan-bahan tu ada dirumah.. saya ambil resepi tu disini tapi saya olah sikit mengikut selera kami anak beranak :)



RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO
- 500 g Spaghetti
- 1 kg Seafood campuran (sotong,udang, kupang saya guna yg ini)
- 1/2cawan minyak zaitun (olive oil)
- 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
- 5 biji cili kering ~ gunting2 halus
- 3 sudu besar Oregano Flakes
- 1 batang karot merah ~ disagat
- 3 sudu besar parsley flakes
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 peket bebola sayur ~ potong empat

Caranya:-
1. Cucuk spaghetti di bebola sayur (seperti gambar diatas), masukan sedikit minyak zaitun dan garam dalam air rebusan spaghetti, rebus sehingga lembut dan toskan.
2. Rebus seafood separuh masak dgn sedikit air ajer lebih kurang 1 cawan jer, dan air rebusan jangan dibuang.
3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan cili kering yg gunting halus tu sehingga kekuningan, kemudian masukan air rebusan seafood tadi.
4. Masukan oregano, parsley, lada hitam, karot dan garam.Bila semuanya telah secukup rasa, masuk spaghetti yg direbus dan seafood tadi.Kacau sehingga kata.
5. Siap untuk dihidang.

Melihat kupang yg cantik,segar dan besar di pasar tani stadium shah alam tu yg tergoda nak buat lagi, sebungkus tu RM15.00. Anak-anak pulak suka makanan yg macam ni.. sakan melantak seafood yg segar bugar tu.. sotong apa lagi kesukaan najeeha.. udang tu pulak kegemaran kak Nabilah.. Nabil semua dia belasah.


Kak Ton si mummydearie , marilah CH belanja makan Spaghetti Aglio Olio kesian pulak CH tengok kejadian spaghetti Kak Ton yg dah terputus-putus tu  di entri jjcm-jom-western-and-fiske-steakhouse. kemudian jenuh pulak mencari tempat parking walaupun dah 3 4 kali pusingkan ~__^


Rupanya saya tak cerita lagi perjumpaan Jiran tetangga saya ni kan.. Yang gambar pertama dan bertudung hitam berdiri tengah bercakap tu lah Admin group WA Jiran Tetangga kami.. peramah dan kelakar orangnya..
Sebelum makan2 tu kami kena perkenalkan diri seorang-seorang, nama, kerja dimana, rumah no. berapa, jalan no berapa dan lorong yg mana..
Biasalah mana nak kenal kan, lebih2 lagi yg bekerja macam saya, bila weekdays, balik kerja terus menuju kedapur dan memang tak sempat nak berhai-hai dgn jiran.
Makanan masa hari itu memang tersangat meriah.. semua mereka masak sendiri.. sedap bukan main.. perjumpaan bermula 2.30pm-4.30pm . berkelah sakan kami di tengah padang bawah pokok tu sungguh meriah sangat.. Ada perancangan nak buat group marhaban perempuan dan yasinan serta surah al kahfi setiap Jumaat. Harap2 menjadilah ye :)


Isnin, 21 Mac 2016

4 TEKNIK CARA SAIDINA UMAR MENDIDIK ANAK

Salam petang yg ceria kekawan :)









Anak-anak saya dalam teknik yg kedua.. maka kena didik seperti HAMBA.. nampak keras juga didikan Saidina Umar tetapi untuk ketahanan diri rupanya.. InshaAllah akan saya pratik kan..

Sumber : Facebook

RIANG RIA WET WORLD SHAH ALAM AJER ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Setelah menghabiskan segala homework sekolah, saya membawa mereka ke Wet World pada hari sabtu yg baru ini bagi mereka release tension sikit dengan homework tu dan menikmati cuti sekolah dengan sedikit kegembiraan T__T..
Saya macam nak memberi cadangan kepada pengurusan Wet World Shah Alam agar kaunter utk membeli tikit itu dibuka pada 9.00am dan boleh masuk kedalam tu pukul 10.00am, tak lah membazir masa beratur membeli tikit tu bila dibuka pada pukul 10.00am.. 
Tengoklah gambar tu budak bertiga tu beratur panjang kemain.. saya sampai situ pukul 9.45am.. suruhlah mereka beratur tak daya saya nak berdiri lama dek mamanya dah kilauan emas ni kan ~__^
Saya pergi disaat akhir cuti ini ingat orang kurang lah tapi punyalah ramai juga orang.. *__*

Sebelum permainan yg agak2 ekstrem itu dibuka pukul 11.00am mereka bertiga ni layanlah kolam dan slide yg biasa-biasa ni.. sekali joint dengan kanak2 kecil hahaha :D

Kemudian meluncur pula di slide yg agak panjang sedikit.. nampak kegembiraan mereka disini.. hilang stress tu.. barulah nak menikmati cuti sekolah yg sebenar.. mama dulu masa kecik slide kat batu jer tepi sungai hahhaah ;)


Pukul 11.00am baru di buka permainan yg ekstrem tu.. pertama sekali mereka  menaiki Monsoon Buster Adventure.. pergh memang terpekik terlolonglah mereka menaiki tu hahaha.. turun dari slide tu dah start terpekik hahaha :)
Saya dah pesan pegang kuat2 takut jatuh dari pelampung tu..

Oleh kerana en suami tiada hari itu kerana ada kursus terpaksalah saya melayan mereka.. saya kenalah naik dengan Nabil.. laju jantung mama yg dah kilauan emas ni naik sama Monsoon Buster Adventure ni.. tak sabar nak menunggu sampai ke akhirnya  :D

Selepas tu naik pula Thunder River.. lebih kurang macam kita merentasi air sungai jeram tu.. mereka lepas ramai-ramai adalah 4 pelampung tu..  airnya sungguh deras dan laju.. saya pesan kat Nabil pegang kuat2.. di belakang saya ada seorang bapa membawa anak perempuannya.. usia mungkin dalam 4 tahun kot.. saya pesan juga kat dia pegang lah anak tu.. tapi boleh lak sombong dengan saya.. berbeza dengan bapa yg membawa anak lelaki yg didepan saya.. sampai di satu selekoh dan air yg deras anak perempuan lelaki itu tercampak keluar dari pelampung tu.. berderau darah saya.. cepat2 ayahnya terjun menangkap anaknya yg jatuh tu.. nak sampai ke penghujung tu agak jauh juga dan dalam tempat tu.. dah lah anaknya tak dipakai pelampung keselamatan tu.. aduh geram betul saya..  

Kemudian kak Nabilah dan najeeha pulak menaiki Thunder River ni... puas saya pesan dengan mereka berdua pegang kuat2 alat pemegang dipelampung tu.. supaya tak tercampak keluar.. Nabil pun mengulang menaiki ni dgn kak jeeha nya tu :)

Yang ini lagi adventure .. Storm Rider.. naik kemain tinggi ke puncak.. mula-mula naik kak Nabilah dan Najeeha.. saya pesan juga mereka berhati-hati.. berputar laju bila berada didalam gelungan tu sebanyak tiga kali.. tengok gambar tu nampak gambar kepala kak Nabilah punya tak sempat nak ambil gambar sebab lajunya..


Kali pertama menaiki Storm Rider ini, nabil naik dengan saya, takut juga nak lepaskan dia naik dengan kakaknya saja.. apabila saya menaiki, memang takut jiddan hahahha.. sama kuat jerit saya dengan Nabil :D
Kemudian baru saya lepaskan Nabil naik dengan kak Nabilah.. itu pun pesan berkali-kali pegang kuat2.. berulang kali mereka menaiki permainan diatas.. saya dah tak larat.. menunggu dibawah ajer mengambil gambar..

Pukul 1pm semua permainan adventure tu ditutup sampai pukul 2.00pm.. masa tu baru mereka kelaparan nak makan kan.. makan disitu murah juga.. kalau yang mee rebus, mee kari, mee sup baru RM3.50 semangkuk dan air oren tu baru RM1.50/cup.. Saya beli burger ayam dan air milo panas, burger tu siap dengan air RM4.00 dan air milo panas tu RM1.20/cup kalau tak silap saya.. ada juga saya bawa nasi goreng ayam yg saya buat breakfast pagi tu sebelum ke Wet World ni walaupun makanan luar tak boleh bawa masuk hihihi :)

Rupanya kali terakhir saya pergi Wet World ni pada tahun 2012 masa tu Nabil baru berusia 5 tahun , Jeeha 7 tahun dan Nabilah 9 tahun.. itu pun bila FB kata See Your Memories 5 Years Ago hahahha..
Masa tu Nabil tak lepas dengan pelampung kereta dia tu.. tenggelam dia kalau tak pakai pelampung tu, tengok air tu pun dah paras pinggang en suami.. tapi sekarang lebih seronok dan adventure berbanding 5 tahun yg lalu..

Balik dari situ dah pukul 2.30pm.. selepas solat Zohor terus budak 3 orang ni terbungkang tido hahaha.. penat sangatlah tu :D