JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Mac 2017

Jalan-jalan Johor 6 :: YEAHHH.. Dah Sampai LEGOLANDπŸ˜†πŸ˜‚πŸ˜‰❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Inilah tempat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kan.. masa kami sampai pukul 11.00am tu .. hujan masih renyai-renyai , tu yg berpayung lagi :) 
Tengok orang pun dah ramai, waktu pergi musim cuti sekolah tu yang ramai.. kebanyakan chinese dari Singapore.. orang Malaysia adalah beberapa kerat.. ye lah nak masuk Legoland ni kemain mahal .. untuk satu theme park jer dah RM155.00/orang.. Alhamdulillah biras yg kerja Maybank tu dapat rate dia dalam RM88/orang .. jadi kami 5 orang ni dah RM440.00 *-* hihihi.. bertabah je lah.. 
Mula-mula merancang juga nak tido di hotel Legoland semalam.. tapi bilik yang tinggal harga RM1000++++ tak dayo lah kan :D
Jadi booking lah di V8 Hotel yg berdekatan di situ baru RM150 semalam hihihi..

Bergambarlah dengan 3 keluarga, jadi semua kumpulan kami ada 11 orang kesemuannya.. mula-mula ingat umur 4 tahun tak kena caj.. rupa nya sekarang dah kena.. jadi terpaksa pergi membeli tikit utk budak comey yang naik stroller tu :)

Sementara menunggu mereka membeli tikit tu kita gambar kat sini dulu :)
Kenapa pulak en suami tu tido hihihihi..

Kita lah pulak selfie berdua hihihi.. Tukang besi juga yang berkenan oleh en suami ni hahhaa.
Nom tak sempat pulak nak menlentik angkat kaki macam hang di Kundasang tu hahahaha..
Nantikan next entri apa yang kita orang teroka ye :)

Khamis, 30 Mac 2017

JJCM Johor 5 :: KACANG POOL HAJIπŸ‘πŸ‘πŸ˜†πŸ²πŸ³ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Sebelum ke Legoland, kami bersarapan pagi di Restoran Kacang Pool Haji... perghhhh memang thumb up lah.. pure punya sedap kacang pool tidak seperti saya makan di Segamat Rel tu.. masa saya makan yg Kacang Pool Haji ni terus jatuh cinta hahahha.. teringat-ingat kesedapannya okey..
Rata-rata kami memesan kacang pool ni bermangkuk-mangkuk atas meja tu hihihi.. nampak sangat lapor tu kan.. pada hal malam tu dah menyandar makan di glamour-seafood hahaha..
Biras saya tu oder juga lontong kering.. not bad sedap juga yang ini.. oder sampai 2 pinggan tu :)
Kata biras saya tu makan kenyang2 kat sini.. Legoland mahal hahhaha..

Meja ni dah full dengan mak bapak.. anak2 dara tu duduk meja sebelah.. yang najeeha dan qaseh oder oder roti telor tiga suku 2 biji tu.. yang kakak Nabilah oder soto mee hoon.. mula2 cakap dengan saya.. nanti kita kongsi ye mama.. kakak dah kenyang makan biskut dan ratah ikan pari tepung tadi.. sekali tu.. mama dah habis .. sedap sungguh soto nya.. nabil dengar sedap soto tu.. oder pulak soto nasi.. rasa kat nabil memang sedap sup soto tu.. tak pasal2 adik ipar saya pun mengoder satu hahhahha..


Dalam banyak-banyak gambar Haji kat dinding ni.. Nabil teruja gambar Haji dengan harimau tu.. "Wah hebat nya atuk Haji ni mama, tembak harimau tu" hihihi.. kagum betul dia dengan gambar tu.. banyak sebenarnya gambar tergantung  tak larat nak mengambilnya.. 

Sumber Picture : Google

Inilah Restoran Kacang Pool Haji , boleh gi lagi bila datang ke Johor Baharu ni..
Alamat 
Kacang Pool Haji
Jalan Sabar, Taman Dato Onn
80350 Johor Baharu, Johor
Tel : 017 - 7416843


Rabu, 29 Mac 2017

JJCM Johor Baharu 4 :: Glamour Seafood Medan Selera Sri Stulang πŸ˜†πŸ˜ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Butter Prwan
Balik dari keluar berjalan-jalan di sekitar Johor Baharu tu, kami JJCM pulak malam tu, mencari makan hingga ke Stulang tu.. Galamour Seafood Medan Selera Stulang.. berbaloi sungguh makan kat situ.. sedap terbaik sedap.. murah pun murah .. perghhh makan sampai fengsan malam tu hahahahaha

Sotong masak kicap ni request dari Qaseh.. mmg bertambah dia makan masa tu :D

Ikan pari goreng tepung.. memang sedap wey... adik tu kata tengah popular kat situ.. cicah pulak sambal kicap.. perghhh.. :)

Ikan siakap merah bakar sambal.. Nabil belasah yg ini ajer.. tersandar dia lepas makan hahaha..

Kerang bakar sambal ni kegemaran kak Nabilah dan Jeeha.. beriya mengupas kulit kerang tu satu persatu.. sedapnya mama..

Satu jer sayur hahahha.. Kailan ikan masin, yang tak ada dalam gambar sebab lambat sikit sampai masa tu tengah beriya makan, ikan siakap merah stim halia sos tiram.. memang terbaik sedap .. rasa berbaloi lan walaupun nak kesana sesat barat hahahha..

Tengok sedap tak sedap.. pinggan dah elok tersusun bertingkek-tingkek :p .. sampai menyandor en suami tu.. harga pun murah gilerrr.. ikan fresh pulak manis dan lembut jer.

Tempat biasa-biasa ajer bukan lah restoran pun, tapi masakannya setaraf hotel kot.. boleh bagi 5 bintang..

Kalau nak gi sana elok call siap-siap, jadi tak lama menunggu, kami tengok ramai yang dah booking.. sampai makanan terus terhidang..