JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 30 Julai 2018

SERAWA DURIAN GULA ENAU/KABUNG

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Masak serawa durian ni 2minggu yg sudah.. baru berkesempatan nak kongsi kat blog.. selalu saya masak serawa durian guna gula putih.. kali ni guna gula enau.. beli gula enau ni masa raya itu hari.. waktu gi pasar pagi gemas.. penjual tu kata ni gula enau asli.. harga mahal sikit.. RM18 satu bungkus tu.. en suami pun beli lah.. saya tak pernah rasa gula enau ni... emmmm ternyata amat sedap sangat saya regukan buat sera durian ni..

Dirumah ni suka makan serawa durian dengan roti.. habis satu bungkus roti makan dgn serawa durian gula enau ni.. saya bekalkan juga serawa ni dgn roti untuk najeeha yg minggu tu bukan hari pulang bermalam dirumah.. suka dia makan dgn kawan2 nya di asrama..


Jom intai resipi serawa durian saya yg mudah ini kekawan.. lagi pun sekarang tengah musim durian runtuh.. dah main kira biji aje dah sekarang.. tak ada timbang lagi kan.. πŸ˜‰

RESIPI SERAWA DURIAN GULA ENAU

Bahannya :-
✔300 grm santan
✔8 ulas durian
✔1 ketul gula enau 
✔daun pandan
✔secubit garam

Caranya :-
1. Masakkan gula enau dgn 1 cawan air. Kemudia tapis kedalam periuk lain.

2. Kemudian masukan santan, durian kedalam periuk yg ditapis gulau enau tadi.

3. Masakan sehingga mendidih. Kemudian masukkan daun pandan dan secubit garam.

4. Siap dihidang bersama roti atau pulut.

*jika kekawan nak ganti gula putih pun boleh.. letak 5 sudu gula pasir kedalam santan yg dimasak dgn durian tersebut.

Selamat mencuba 😍

Ahad, 29 Julai 2018

Amalkan Surah Insyirah Untuk Anak Hendak Periksa πŸ“–πŸ“’πŸ“‘





Pesanan seorang Pengetua baru2 ni semasa perjumpaan waris dgn guru sekolah..bacalah surah ini ke dahi anak2 setiap hari..byk kelebihannya...dan jika ada hutang berkaitan pelajaran anak2..maka jelaskanlah secepat mungkin demi keberkatan ilmu yg meresap masuk ke jiwa anak2 kita...jgn terdetik sedikit pun di dalam hati kita bahawa anak kita x boleh buat..x boleh berjaya atau akan gagal..fikir yg baik2...

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Sumber : Facebook

Sabtu, 28 Julai 2018

UDANG MASAK DIRAJA🍀🍀

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik..
Macam biasa lah kita save dulu disini. Nanti ada masa kita buat.. asyik melintas aje kat wall FB ni.. udah terliur πŸ˜‰

UDANG MASAK DIRAJA 🍀🍀🍀

Bahan-bahan dikisar:-
10 ekor udang besar/udang galah.
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia

2 batang serai diketuk
1kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat

Cara-cara

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

Kredit : aryati sarah