JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Ogos 2018

YA ALLAH.. TERIMALAH KORBAN KAMI πŸ‚πŸπŸ˜πŸ’–

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Alhamdulillah pd tahun ini diizinkan Allah s.w.t utk kami sekeluarga melakukan ibadat korban. 
Jadi pd hari khamis pagi tu.. MjFatonah menghantar lembu yg telah kami beli utk korban tu. Adik saya uda yg terima lembu tu.. siap selfie dgn lembu tu.. uda kata .. pak cij tu bekalkan dedak utk makanan selama dua hari. Sebab kami mengadakan korban pd hari sabtu. 

Jadi ptg tu tak sabar anak2 saya nak balik kuang sbb nak tengok lembu. Anak2 cukup gembira dgn lembu yg sgt baik ini. Elok saje anak2 bermain dgn lembu ni.. termasuk mama dan abahnya πŸ˜‰

Teringat sewaktu memilih lembu untuk dijadikan korban ini. Kami bertanya kepada lembu-lembu yg berada dlm kandang tersebut. Siapakah yg mahu menjadi korban kami pd tahun ini.. hulurkan kepala kamu.. maka lembu yg bernombor 6220 ini menghulurkan kepalanya. Alhamdulillah.. terima kasih ye mahu menjadi korban kami 😊

Jadi pada sabtu 25.8.2018 bersamaan 13 Zulhijjah.. kami membuat majlis korban. Pagi tu sempat lagi abg along saya dan saya berselfie dgn lembu ini. Sangat baik.. diam dan elok duduknya sewaktu kakinya diikat utk disembelihkan.

Diam dan tidak meronta-ronta sewaktu disembelih tu. Kami terus bertasbih sehingga selesai disembelihkan. Ketua penyembelihan dilakukan oleh adik saya Ustaz Azharudin.

Kemudian ketua melapah dilakukan oleh abang along saya. Bersama en suami dan anak2 buah yg telah diberikan tugasan.

Bagi tugasan menimbang dan mengagihkan daging diketuai oleh kak ateh saya bersama anak menantunya. Adik saya ucu dan anak kak andak buat penghantar daging kepada fakir miskin di kampung kami.

Bagi tugasan memasak telah diketuai olek kak angah saya. Kak angah masak rendang hati,limpa dan paru. 
Kak alang saya masak sup tulang bersama kak hafsah.. jiran kak lang saya. Saya pula memasak rendang hijau daging bersama maman.
Gambar rendang hijau saya sahaja yg ada πŸ˜†πŸ˜‰
Kak andak saya masak nasi lemak.. adik saya uda sediakan kuih muih serta minuman..

Selepas mahgrib kami mengadakan bacaan yasin, tahlil semua arwah dan doa selamat utk semua.

Selepas solat isyak baru kami menikmati juadah yg disediakan. Menu utamanya ada lah mee/bihun sup tulang lembu, nasi impit, rendang hati limpa dan paru, rendang hijau daging dgn maman, nasi lemak dan kuih muih serta minuman. 
Gambar tak sempat ambil sebab leka berbual dan menikmati juadah πŸ˜†πŸ˜‰

Semoga ibadah korban kami diterima oleh Allah s.w.t. 
Dan jua pengajaran kepada kami untuk menjadi hamba Allah yg taat pada perintah Allah s.w.t seperti Nabi Ibrahim a.s dan menjadi contoh anak yg patuh seperti Nabi Ismail dlm menyantuni suruhan ayahnya atas perintah Allah s.w.t. Aamiin

Ahad, 26 Ogos 2018

SIAPAKAH YG LAYAK MENDAPAT HAJI MABRUR ??

Copy & paste

Tazkirah Dhuha...

SIAPAKAH YG LAYAK MENDAPAT HAJI MABRUR ??

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini. Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari pelosok bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah."

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah."

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik."

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar," kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. "Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?" tanya Ulamak.

"Betul, siapakah Tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak."

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa Tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. "Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini."

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allahuma labbaik.... Labbaika la syarika laka labbaik... innal hamda... Wanni'mata... Laka wal mulk... La syarika lah..."

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, "Ya Allah aku rindu Makkah... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah... Izinkan aku datang... Izinkan aku datang, ya Allah..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji."

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar."

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu."

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?"

"Ya, saya juga dapat menghidunya."

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya."

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya." Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh Tuan"

"Saya sanggup membeli walaupun dengan harga yang tinggi," kata saya tegas. "Makanan ini bukan untuk dijual, Tuan," katanya sambil berlinang air mata. Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk Tuan," katanya. Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram."

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. "Ini masakan untuk kamu."

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. "Gunakan wang ini untuk Puan dan keluarga Puan. Gunakanlah ia sebagai modal untuk berniaga, supaya Puan sekeluarga tidak akan kelaparan lagi."

Ya Allah... di sinilah Hajiku..
Ya Allah... di sinilah Makkahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang telah berkali-kali naik Haji tapi bakhil... Di mana tempatnya... Sedangkan dalam masa yang sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Siapakah kita hari ini? Marilah sama-sama kita doakan mereka yang dalam kesempitan  kesusahan.. Infaqlah & korbankan dari apa yang kita ada untuk mereka... Insha ALLAH.
Aamiin.

JASA TIDAK BINASA⚡