Pagi tadi saya singgah di Restoran Ali Bistro.. nak order Tosei untuk sarapan pagi, sambil tu tengok berita pagi di TV3, keluarlah berita ni, yang bestnya 1 minit perlawanan nak berakhir, Malaysia berjaya menjaringkan gol untuk meraih kemenangan. Gembirannya saya, saya suka bermain hoki, masa sekolah menengah dulu bermain hoki untuk rumah sukan.. bestkan..
  | 
BENAM JUARA ASIA...Skuad hoki negara meraih  
kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah  
dengan mencipta kejutan menewaskan juara Asia, Pakistan 3-2 di Ipoh, malam tadi. | 
Muhammad Razie ledak gol kemenangan seminit sebelum tamat
JARINGAN 
Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, 
Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki 
Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.
Ketika perlawanan 
tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang 
melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan 
kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu. 
  | 
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan bertemu pemain 
 selepas Malaysia mengejutkan Pakistan di Stadium Azlan Shah, 
 Ipoh malam tadi. 
Malaysia menang 3-2. 
 | 
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya 
tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan 
berlangsung.
 Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat 
Rasool lapan minit kemudian.
Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit 
melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila 
menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain 
lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.
Malaysia menggandakan usaha 
pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil 
apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada 
m-48.
Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 
2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan 
Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan 
kelebihan jaringan. 
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) 
mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. 
Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).
Pagi-pagi blog saya dah diisi dengan berita ;D