JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2016

RINDU Budak COMEY Ni..😆😚😙😗 ~__^

Salam petang yang ceria kekawan :)

Hari sabtu saya melayari Facebook.. sekali terbuka lah pulak gambar budak comel ni.. masa tu umur 3 tahun.. gi hari sukan kakak disekolah.. tu muka boring sebab dah lama tunggu..

Masa kakak dapat hadiah tu .. kemain nak possing dengan medal akak dia tu..

Pastu saya WA lah gambar dia tu kat handphone kakak dia tu.. kata rindu kat dia.. ye lah dah seminggu saya tak jumpa Nabil dan Jeeha.. mereka balik kampung ikut mak long nya.. jaga atuk kat kampung.. sebab mak cik gi umrah 2 minggu.. malam ni mak cik berangkat pergi ke Mekah.. Mak cik hari selasa dah balik sepang.. tu yg kak ipar balik kampung tengokkan abah pulak..

Lepas tu saya hantar gambar kakak Jeeha dia ni.. kata rindu juga..

Boleh dia jawabkan "Jeeha tak rindu mama pun"
Pastu kakak Jeeha dia tengok WA tu pukul 2 tu.. "Nabil tipu... "


Pastu Nabil WA tanya saya jadi tak balik hari ni.. saya kata tak balik sebab abah ada test motor esok.. dia suruh balik hari isnin.. maknanya hari ini lah.. dia call saya tak puas hati dengan wasap tu aje.. siap nangis lagi.. mama balik lah.. Nabil nak mama.. hahaha budak cengeng betul lah nabil.. siap kata dah boring kat sini.. ya lah tak kemana-mana .. kalau tak pun ikut atuk gi kebun.. tunggulah mama balik minggu depan ye Nabil .. Mama pun rindu nabil..


Semalam hari tak hujan ikut lah atuk gi kebun

Hari ini hujan.. boring kat rumah.. sudah main pondok-pondok pulak hahhaha.. suka hati ko lah Nabil oiii :D


Khamis, 5 Mei 2016

TERIMA KASIH & I LOVE MAMA ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hari ini follow-up Nabil di Hospital SALAM.. dah 2 minggu dia keluar hospital.. Alhamdulillah kesihatan nya semakin sihat.. ini tengah menunggu doktor panggil sempat lagi mama nya buat entry hahaha :D
Dapat kad dari Nabil tu pada hari saya nak pergi kursus tu.. tengok ada kad dlm handbag.. rupanya ucapan terima kasih kerana menjaga dia sewaktu demam tempohari.. terharu mama dgn ucapan terima kasih dan I love mama tu..
Mama pun sayang nabil juga muah muah 😍😙

Tengok gambar kad tu konpius mama.. tanya dia ni gambar siapa.. dia kata gambar Nabil .. ingatkan gambar abahnya ^__^😊☺

Semalam facebook mengimbau kenangan 4 tahun yg lalu.. masa tu dia umur 5 tahun.. ckp dgn dia pejabat mama pagi ni Ustaz Don nak dtg bagi ceramah.. suka bukan main dia.. pastu bila tengok gambar ni semula.. mula lah bertanya bila nak jumpa ustaz Don lagi.. 😊
Kita tengok kat TV Alhijrah je lah nampaknya Nabil..😊

Khamis, 12 November 2015

JANGAN BAWA ANAK/CUCU BERMAIN SEPERTI INI..

Salam petang kekawan..
Post ini telah viral di FB.. Jadi saya kongsikan disini untuk kita lebih berhati-hati..
Takutkan jika ini terjadi pada anak cucu kita..









Rabu, 2 Julai 2014

:: Kisah NABIL dengan CACING Kerawit ehe :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari keempat kita berpuasa.. semoga kita diberi kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah yg lain ye kekawan..

Ini cerita sebelum puasa itu hari, kan ustaz mereka suruh makan ubat cacing, maka hari khamis tu masa bawa kak nabilah keklinik, saya pun beli lah sekali ubat cacing.. ye lah si Nabil dah sibuk tanya, bila nak beli , bila nak beli.. bergembira lah dia bila dapat ubat tu..

Lepas solat isyak budak berdua tu Najeeha dengan Nabil tu pun makanlah ubat tu..
"Makan habiskan semua kata doktor tu kan Mama" tanya Nabil..
"ye, dalam tu ada 10ml jer" jawab saya..
Kisah keesokan harinya.. Nabil hendak buang air besar..
 "Aduh sakit perutlah " katanya
Tiba-tiba terdengar orang menjerit dari bilik air...
"mama, cacing tu dah keluar.. dia dah mati.. ada banyak..." jerit dia dari dalam bilik air..
"cam mana ni.. macam mana ni" jerit dia..
"tak apa cacing tu dah mati, plas ajer tandas tu" jawab saya .. kakak dua orang tu dah tergelak-gelak sakit perut ketawakan dia..

Keluar dari tandas muka Nabil cuak jer..
"Mama nanti dia keluar lagi ke, bila Nabil buang air besar" soalnya
"Dah habis keluar tu dia dah mati" balas saya..
"Jadi selama ni, cacing ni yg selalu makan, bila nabil makan chiken goreng tu ye, patutlah Nabil kurus " ujarnya .. tersenyum saya mendengarnya..

Saya tanya pada Jeeha.. "Jeeha macam mana buang air besar, ada cacing keluar" 
Perlahan jer dia menjawab " ada mama tiga ekor.. besar pulak"
"Hahaha sempat pulak ko mengira jeeha" tawa kak Nabilah
"ko Nabil tak kira ke cacing ko tadi" tanya nabilah pada nabil..
"tak, takut.. terus plas air " jawab nabil
"ko pun patut kena makan ni Nabilah sebab kurus juga" balas saya.
"Darjah satu itu hari kan kakak dah makan, tak ada pun cacing" ujarnya..

Bila begini teringat pulak saya masa kecik-kecik dulu-dulu.. lagi bila bermain kejar2 ke.. apa ker mana pakai selipar.. dah tentu banyak cacing.. bila Pusat kesihatan datang sekolah kan mereka bagi makan ubat cacing.. dulu-dulu Misi tu ceritalah tentang cacing ni.. macam2 jenis kan.. cacing kerawit, cacing gelang..  ehe :)

Kekawan dah bagi ke anak2 makan ubat cacing :)


Khamis, 19 Jun 2014

KUDA KU LARI GAGAH BERANI :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria :)

Suka benar dapat naik kuda tu.. siap nak pakai kasut cowboy tu..sampai adik yg jaga kuda tu pun berkenan dengan kasutnya tu.. dua kali pusingan RM6.00 ..

Masa ni Karnival Ukhwah S.R. Agama kakak Nabilah.. tujuan karnival ni nak kutip derma nak buat tempat perhimpunan berbumbung .. jadi tak de lah panas atau berhujan anak2 kita tu kan.. caranya kena beli kupon siap-siap disekolah.. jadi bila nak main semua tu kena bayar dengan kupon tu..

Lepas tu dia sibuk main belon buih sabun ni kekawan .. RM2 utk satu mangkuk kecil..

Najeeha pun main belon buih sabun ni juga..

Kak Nabilah ni berani sungguh macam blogger Eye - Nee siap dipegang-pegangnya ular tu .. saya yg kat luar geli geman dibuat.. gambar ni dia yg ambil.. saya takut.. tak masuk langsung dalam tu.. disini bayarannya RM4 ..

Kekawan perasan tak.. cuti 2 minggu ni saya tak bawa anak saya bercuti pun.. kat sini jelah mereka berhibur hati hehhe :)
Nanti bila cuti panjanglah kita berjalan ye anak-anak..




Jumaat, 13 Jun 2014

Apa HOMEWORK kamu NABIL...

Assalamualaikum kekawan.. 
Salam jumaat yg barakah buat semua :)

Hari isnin sekolah akan dibuka semula kan kekawan.. cer kita tengok dah habis ke anak2 kita buat homeworknya.. Nabil kerja sekolahnya hanya hafazan jer yg cikgu beri..

Tengok jadual Nabil, dia kena hafaz Al Baniyah dan Al Qadr.. cikgu dah bagi jadual suruh hafaz sampai 15hb ni.. tapi dia baru habis hafaz ayat 7 surah Al Baniyah ni.. Al Qadr tak masuk lagi ni..


Selalu saya buat hafazan ni lepas solat maghrib sampailah ke isyak.. kena sabar banyak dengan Nabil ni.. byk benar mainnya.. 

Saya baca dulu, pastu dia ikut, suruh dia ulang2 banyak kali, lepas tu , suruh dia pejam mata dan baca apa yg dia hafaz tadi.. kena bersungguh ajar dia ni.. sebab lepas tu ustazah dia suruh ulang hafazan yg dia dah hafaz..

Yang ni jadual hafazan Najeeha.. kakak seorang ni senang nak diajar.. dia pergi duduk jauh2 menghafaz, bila dah hafaz dia datang kat saya suruh semak hafazan dia tu.. Alhamdulillah senang banyak dengan jeeha ni..

Kak Nabilah saya ajar homeworknya lepas solat isyak buat matematik, english pastu pantau penulisan dan pemahaman Bahasa Malaysia dia..

Tentu anak2 kekawan semua dah siap kerja sekolah kan :)

p/s Entri autopublish sebab saya balik kuang , kakak saya anaknya bertunang sabtu ni, so tolonglah apa yg patut eheh :)




Isnin, 21 April 2014

KAMBING GOLEK ... Idaman Hati.. ^____^

Assalamualaikum kekawan.. Alhamdulillah semoga kita semua terus dirahmati Ilahi dan sihat serta ceria :)


Ini kisah hari sabtu dan ahad kami.. tiada kemana pun.. cuma memenuhi undangan jiran yg baru melahirkan cahaya mata yang ketiga.. lama juga dia menanti cahaya matanya yg ketiga ni hampir lapan tahun.. Si baby comey yg baru berumur 52 hari .. di beri nama Nur Hadaliea Huda .. tak silap saya lah kan.. ehe :) lupa pulak nama.. dah trend sekarang nama anak ada tiga patah perkataan..

Sebelum tu diadakan bacaan yasin .. kemudian baru selawat dan tahnik untuk baby.. dulu ifa ni jiran selorong rumah saya.. lepas tu suami dia beli rumah fasa ketiga tu.. memang besar dan luas lah rumah tu... ni kira sambil menyambut rumah baru juga untuk bacaan yasin tu...

Di akhirnya budak bertiga ni lah yg gembira kerana dapat makan kambing golek tu.. Nabil makan di meja sama abahnya.. pun makan kambing golek ni... langsung tak makan nasi.. itu sahaja yg nampak oleh budak bertiga tu selain dari goodies coklat dan gula2 yg di sediakan... sehabis dari kenduri ni kami semua terus pulang ke Kuang rumah mak.. rumah mak biasalah borak dengan mak.. kebetulan adik saya pun balik... lepas maghrib baru balik Shah Alam..
Kekawang hujung minggu ke mana tu?.... ^___^

Rabu, 9 April 2014

Mama... Mama... API.. API.. Meletop...

Assalamualaikum kekawan..

Ini kisah malam tadi yg membuat saya empat beranak ketakutan yg amat sangat.. selepas habis mengulangkaji dan buat homework sekolah dalam pukul 10pm, kami pun nak masuk tido.. Sebelum masuk tido tu kakak nabilah "tanya boleh tak pasang aircond..?saya kata "okeylah bila dah sejuk nanti tutup lah.. " saya pun masuk bilik air nak berus gigi.. tiba-tiba terdengar budak berdua tu menjerit

"Mama ... mama.. api .. api.. meletop"
Saya pun berkejaran masuk kebilik mereka.. saya lihat api dah menyala menyambar khemah mainan mereka.. cepat cepat saya buang dan padam kan api.. di mulut saya hanya menyebut Ya Allah.. Ya Allah.. saya takut api merebak.. Alhamdulillah api di khemah tu dah padam..


Lepas tu saya tengok plug tu pun tak ada mengeluarkan api.. dengan beraninya ,cepat-cepat saya tutup suiznya.. selepas tu saya terduduk dihujung katil sambil melafazkan..

Alhamdulillah.. wa syukurillah.. Sesungguhnya Engkau lah tempat kami memohon perlindungan.. tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah.. maka terselamatlah kami dari bahaya itu..

 Anak-anak dah ketakutan, saya mententeramkan mereka sebaik mungkin.. kakak nabilah kata "tak mahulah tido kat bilik kami mama.. takut" saya kata "tak ada apa .. inshaAllah.. tido jer pasang lampu dan jgn tutup pintu bilik"

Khemah mainan ni kan plastik cepat saja ianya terbakarkan.. dua hari lepas memang ada terbau benda hangit .. tu yg tak pasang aircond mereka .. jadi malam tadi dorang cuba nak pasang..

Dalam pukul 11.30pm en suami balik dari kerja, cerita dengan en suami.. en suami pun masuk dlm bilik mereka tengok plug tu dan cabutkan.. suami kata overload elektrik ni.. malam tu dibilik kami pun tak pasang aircond sebab masih trauma..

Saya bersyukur yg amat sangat kerana kejadian kebakaran ini berlaku saya dan anak-anak belum nyenyak tido.. kalau tidak .. tak tahu nasib saya dan anak-anak malam tu.. penyudahnya malam tu tido saya tak lena.. sekarang di tempat kerja dan ternguap-nguap jer.. Sujud syukur saya kepada Allah kerana telah memelihara kami anak beranak..





Isnin, 31 Mac 2014

KENDURI KAHWIN # RAJA CENDUL # BERJIMBA JIMBA DGN SI MONKEY ^___^

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria :)


Pada hari sabtu baru ni kami sekeluarga berjalan ke Sekinchan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik biras saya.. seawal pukul 9.30am kami telah bertolak dari rumah kesana.. sampai saya lebih kurang pukul 11.30am.. pukul 12tghr pengantin dah bersanding..

Rumah biras ni terletak di tengah sawah.. Nabil kata macam padang bola mama... asyik nak ketepi sawah tu jer kerjanya.. takut saya dia jatuh kedalam sawah tu jer.. 
Sempat juga nak berposing berdua.. namun bak kata blogger Lia susah nak bergambar berdua mesti ada seorang anak nak enterprem kan hehehe :)

Lepas solat zohor di masjid berdekat kami pun mencuba Raja Cendul yg berdekatan tidak jauh dari perjalanan kami dari masjid tu.. rasa ok ok ajer kata en suami.. saya dan nabil kongsi ABC jer :)
Oh ye.. yg naik kereta kami Maktam dan Paktam dari Kg Chohong Jasin Melaka.. pak cik en suami saya..

Lepas tu sibuk budak-budak tu ajak singgah Bukit Malawati.. dalam pukul 3.30pm kami menaiki bukit tu dengan mengguna train tu..

Berhenti dulu di Muzium Sejerah Kuala Selangor tu..

Macam-macam cerita sejarah yg ada dalam tu.. jenuh juga Kak Nabilah membaca satu persatu ceritanya.. peminat sejarah juga kakak seorang ni..

Ni part yg budak-budak tu tunggu sangat, nak berjimba-jimba dengan monkey diatas tu.. en suami mula mengumpan dengan kacang .. mula naik si monkey mendekati..

Duduk sebelah dengan en suami.. pastu budak-budak tu mula berani nak mendekati, pada mulanya semua takut.. Nabil pun try hulur kacang tu.. elok jer monkey tu ambil.. 

Penyudahnya monkey tu duduk lepak sama.. pastu mengesot ke Maktam.. di gapai-gapainya baju maktam hehehe :)

Tengok tu masih ada yg baby lagi.. erat betul baby monkey tu bergantung kat ibunya tu.. Suka betul Najeeha menengoknya..  Tengok baby tu menggapai kain Maktam hehehe :)

Hahaha nak juga enterprem dua orang mama ni..

Dan akhirnya aksi budak-budak berempat diatas meriam tu.. Nabil lah yg paling teruja...
Pukul 4.30pm kami turun dari situ untuk pulang..

Isnin, 24 Mac 2014

CUTI SEKOLAH KE MANA TU ..... ^___^

Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria selalu :)

Bila cuti sekolah ni .. tentu ibu bapa sibuk untuk menguruskan anak-anak bercuti kan... Bagi saya bila cuti sekolah disinilah saya tempatkan mereka iaitu di Program Daurah Masjid Negeri Shah Alam.. Banyak aktiviti yg diadakan seperti praktik solat berkesan... dan juga ada motivasi yg diberikan... untuk program 4 hari ni RM50 seorang dikenakan... program sampai hari khamis jer... hari jumaat tiada sebab masjid digunakan untuk solat jumaat.. jadi hari jumaat ni terpaksalah saya bercuti...

Ini masa sessi pendaftran..bagi pelajar perempuan umur 10-12 tahun di tempat solat wanita.. selepas daftar saya tinggalkan kakak berdua tu situ... lagi pun mereka dah selalu mengikuti program ni..

Selepas tu pergi pulak daftar Nabil ni.. pelajar tahap 1 hingga 3 didlm dewan.." saya kata nabil belajar kat sini ye" pastu sibuk suruh saya tunggu sama.. saya kata "tak boleh lah, mama kena pergi kerja" Alhamdulillah okey.. saya ambil gambar dia cepat2 pastu terus pergi..

Jom jamu mata pulak dengan bunga-bunga yg sedang berkembangan ni disekeling masjid ni... dah macam musim bunga pulak saya rasa... hati pun berbunga riang... :)

Cantikan pokok besar ni berbunga kan.. 

Cuti sekolah ni kekawan semua hantar anak-anak kemana ye ... :)