JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 9 November 2012

Mama rajin tak ? *__*

Masa dalam kereta saya terfikir-fikir apalah saya nak masak untuk dinner malam ni...
Tiba-tiba keluar pertanyaan dari kakak Nabilah "Mama rajin tak"
"kenapa tanya" soal saya kembali...
" boleh tak mama masak kueyteow sup yang ada kicap tu" tanya kak Nabila semula...
Lepas tu kak Jeeha menyampuk" La yang mama goreng kuewteow dengan kicap dulu, pas tu baru letak sup sayur tu"


Kueyteow Goreng Ladna dan Laichikang Seaweed yang yummy ^__^
Baru saya terfikir... dulu saya ada buat Kueyteow goreng ladna... okey juga cadangan kakak dua orang ni... saya pun singgah kedai Pak Haji cari kueyteow sebab bahan-bahan lain dah ada... Dalam hati senang sikit kerja mama... tak payah masak lauk bagai hihihi..

Hilang penat memasak apabila anak-anak berselera makan.. sambil tu tak sudah Kak Nabilah memuji " Sedapppnyaa mama masak" 

Ini  resepi kueyteow goreng ladna yang mudah sangat dimasak dan cepat dimakan hehehe... mari kita tengok resepi yang mudah itu :-)) 


RESEPI KUEYTEOW GORENG LADNA









Bahan-bahanya:-
Bahan A
Sebunggkus kueyteorw
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak

Bahan B
3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit hancur)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sekeping dada ayam
5 ekor sotong (dipotong kecil)
10 ekor udang 
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka anda ye, saya potong bulat berbunga :)
kobis bunga (pun ikut suka nak letak banyak mana.. agak2 lah ye)
5 tangkai sawi (ikut suka juga)
4 biji cili padi dihiris ( saya letak kemudian sebab anak makan kan... )
2 sudu tepung jagung
500ml air
minyak bijan
1/2 kiub perisa ayam
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kunig dan wangi.
2) Kemudian masuk ayam, udang dan sotong.. kacau sebentar
3) Selepas itu masukan sos tiram dan kicap, goreng sekejap, masukan air.
4) Kemudian masukan lobak dahulu, bila dah mendidih baru masuk bunga kobis dan sawi.
5) Selepas itu masukan garam mengikut rasa dan kiub perisa ayam, kemudian masukan tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air.
6)Akhir sekali titikan beberapa titik minyak bijan.
7) Apabila nak makan baru dimasukan hirisan cili padi.. tapi jika nak makan sendiri boleh masak bersama sayuran tadi.

Cara Masak Bahan A:
1) Panaskan minyak, kemudian masukan sos tiram dan kicap. Goreng sekejap lepas tu masukkan kueyteow, kacau hingga sebati. 
2) Angkat dan letakan kedalam manggkuk

SELAMAT MENCUBA ;-D



4 ulasan:

  1. semua kedai jual barang basah memang nama kedai pak haji ye.. kawan saya pun dok sebut kedai pak haji hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lah mama amana.. Memang nama kedai tu.. Kedai Pak Haji halal mart.. yg terbesar Di sg buloh. kedai ni amik semua produk org melayu...

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)