JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 25 Februari 2013

Mini Pavlova Yummy.... :D


Hari tu kakak Nabilah kata dah lama tak makan pavlova mama, jadi saya penuhilah hajat dihati kakak seorang ni... sebenarnya dia nak tolong deco-deco pavlova tu , kegemaran dia bab deco mendeco kek ke, rumah ke, hasil kerja tangan ke.. itulah kegemaran kakak nabilah... si Najeeha pula ulat buku... suka baca buku tak kiralah buku cerita ke... buku sekolah ke... bab kumpul novel Ana Solehah tu memang dah banyak...

Ini lah hasil deco kakak Nabliah...





Yang ini deco yg kedua... adik yg dua orang tukang rasa hehehe :D


Saya piping kan kedalam kertas cup cake... 
Resepi saya masih ikut resepi Irma... senang bangat... cuma jadikan dia mini pavlova ajer :) Jom kita cuba ... senang buat kecik2 sebab senang nak ngap masuk mulut hehehe
RESEPI MINI PAVLOVA

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor  atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya ikut irma pakai gula icing cepat sikit sebati.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.
6- Masukan bahan dalam piping lepas tu picitkan kedalam cawan kertas.
7- Panaskan oven pada suhu 110' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
8- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 45minit atau sehingga masak.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 


18 ulasan:

  1. PM pernah makan pavlova sekali jer...teringin nak merasa lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah merasa sekali ... memang teringin nak lagi kan PM.. suruh wife buat senang jer tu :)

      Padam
  2. pandai kakak nabilah deco pavlova...

    BalasPadam
  3. haih confirm la kakak ikut bakat mama.........

    saya tak pernah rasa pavlova ni.... tak tau lak rasanya camne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap bagi tekak akak SR.. budak2 suka sebab manis lembut jer macam gula masmelow :D

      Padam
  4. musim pavlova dah tak sehangat dulu, tp sampai skrg saya masih belum cuba buat lagi. Tak tahu anak2 suka ke tak. Risau takut anak2 tak suka ibu pulak yg kena abiskan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang LL.. dulu meletop-letop zaman pavlova.. semua blog menayangkan pavlova skrg durian crepe pulak :D

      Buat setengah adunan dulu LL... akak buat macam tu sebab nak cuba :)

      Padam
  5. comel je pavlova tu.....macam tuannya juga kan...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tolong buat adunan jer Yan.. kerja2 piping kan dlm cup cake tu dia juga tu ...seronok katanya :D

      Padam
  6. Pandai kakak deco pavlova tu.. ada bakat ikut jejak mama dia pandai masak..hehe..
    nampak sedap kak.. belum pernah cuba..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok dia Atie bila buat deco2 tu.. senyum jer bila dipuji cantikkkk :D

      Padam
  7. Balasan
    1. Alahai kesian pulak akak Masya dah terliur... kalau dkt akak hantar ;-)

      Padam
  8. rajinnyer.. sedap gak makan pavlovani.. der pulak yang mmbantu memang seronoklah bekerja...

    BalasPadam
  9. saya da try da resepi akak ni...for the 1st time brjy...hehehe thnx kak for the simple resepi

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak, terima kasih utk resepi ni..kalau ikut resepi ni..boleh dpt berapa biji ye kak?thnx again!

    -iza

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)