JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 20 Jun 2013

TRIFLE PANDAN KOKTAIL .... YUMMY ^___^

 Buat trifle ni masa kakak dua orang tu nak sambut hari guru dan cuti penggal kedua bulan Mei itu hari.... lama betul duduk dalam draft, sekarang baru nak siarkan hehehe...

Trifle yg simple jer saya buat... mana bahan yg ada dalam simpanan jer... dah malamnya baru nak cakap ini lah penyudahnya...


Trifle Pandan Koktail


Mula-mula susun kek swiss roll dalam bekas...

Kemudian buat kuah kastard nya...


Lepas tu tuang dalam kek yg di susun tadi


Kemudian tabur buah-buah koktail diatasnya...

Akhir sekali baru tuang jelly tu
(separuh orang buat tuang jelly tu atas kek, bila dah keras
baru tuang kastad tapi saya nak jelly tu mengeras diatas senang bawa)
Mari kita tengok resepi yg cukup mudah untuk buat... lebih-lebih lagi waktu terdesak macam saya ni hehehe.. :P

TRIFLE PANDAN KOKTAIL


Bahannya :-


  • 1 gulung kek swiss roll
  • 1 tin buah koktail
  • 1 tin susu cair
  • 3 s/b tepung kastard
  • 3 s/b gula
  • 3 s/b air buah koktail 
  • 1 kotak serbuk jelly perisa pandan (apa2 pun boleh, masa ni jer yg ada dlm stok :p)
Caranya :-
  1. Potong kek kecil2 dan susun dalam bekas.
  2. Buat lapisan kastad.. campur tepung kastard, gula, susu cair, air koktail dan  kacau bagi sekata, kemudian tapis didalam periuk dan masak dgn api sederhana, kacau selalu hingga likat dan berkilat.
  3. Kemudian tuang atas bekas yg disusun kek tadi
  4. Lepas tu susun buah-buahan koktail diatas kastard tadi
  5. Untuk jelly, tuang air mendidih kedalam sebuk jelly dan kacau supaya tidak berketul.
  6. Selepas itu tuang keatas bekas tadi dan simpan didalam peti ais.
  7. Bila dah keras ... bolehlah dihidangkan :D

18 ulasan:

  1. wahhh sedpnyeee....lama dah tk buat...
    saya buat,ltk jelly bwh skali,pastu letak buahan,kek,kastard,buah skali lg and jelly plak atas....

    BalasPadam
  2. Sedap!!. Malam ini kakak akan buat triffle juga utk anak kakak jual di hari terbuka sekolahnya esok. Dah janji kakak akan buat seberapa yg mampu utk dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok juga tu kakzakie... letak dlm container kecil2 senang jual di sekolhkan ;-)

      Padam
  3. simple tapi nampak sungguh menyelerakan...memang yummy tuh...

    BalasPadam
  4. Cantek kaler ijaunyer tu kak..hehe.
    Nampak sedap tapi tak berani nak try. Jari tak berbakat..! Try buat puding karamel pun berkali tak jadi..hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni senang je buat mama vogue.. jadi punya.. Cublah, InshaAllah ;)

      Padam
  5. dah lama tak makan trifle.. pos sini sikit :)

    BalasPadam
  6. sedap..peberet ank2 sy jg tuh..x kisah lah apa perisa pun jeli kat atas tuh..mmg licin ..huhu

    BalasPadam
  7. sedapnya nanti nak cuba buatlah...

    BalasPadam
  8. x pernah buat ni...n x pernah rasa...sedap ke??

    BalasPadam
  9. lama tak buat... bz tak berkesempatan

    BalasPadam
  10. sedap nya lah kak...
    kena belajar buat ni..:)

    BalasPadam
  11. Tadi tengok jugak benda ni kat blog Kakzakie...mcm teringin nak buat bawak rumah MIl...hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)