JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 23 Julai 2013

BISKUT KACANG MAZOLA

Projek buat biskut kacang mazola ni dengan Najeeha masa hari sabtu baru ni... kak nabilah sekolah ganti pagi dan jeeha sekolah ganti petang, lepas hantar kak nabilah terus buat projek ni. Najeeha tolong mama sapukan kuning telur dan letak kacang, mama pula tukang terapnya, Nabil pula tukang curi kacang masuk dalam mulut.. menjerit kak Jeeha marahkan dia ehe :D

Ni lah hasil kerja kak jeeha sebelum di bakar 

Selepas dibakar maka dapatlah kuih ni satu balang kecil


Saya buat setengah adunan ajer sebab nak takut tak sempat nak
habis bakar, nak hantar dia orang sekolahkan..
Jom kita semak resepi yg mudah ni, saya ambil resepi ni dari majalah wanita tahun lepas, saya olah sikit utk selera saya. Senang aje kekawan buat biskut ni... meh meh kita cuba...

BISKUT KACANG MAZOLA













Bahannya :-
  • 300 gram kacang tanah ( timbang selepas disangai dan dibuat kulitnya)
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam (ini saya tambah)
  • Minyak mazola secukupnya
Caranya :-
  1. Kacang tanah disangai sehingga kuning, kemudian kisar sederhana atau lumat sedikit, ( saya suka bila makan ada rangup kacang tu)
  2. Campurkan semua bahan diatas, gaul rata, kemudian masukan minyak mazola sedikit-sedikit, uli sehingga dia menjadi doh yg boleh diterap, jgn masuk byk2 nanti tercair pula.
  3. Bakar dalam oven suhu 130 darjah, (ikut kesesuai oven anda, saya mula ikut suhu asal sudahnya rentung sikit telur kuning tu, lepas tu kali kedua saya tukar kepada suhu 100 darjah) Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

p/s Dah habis setengah balang dimakan oleh budak bertiga, yg mula-mula makan tentulah si Nabil... mama sedapnya kuih ni... buat kak Jeeha terliur jer masa tu :D

16 ulasan:

  1. Salam Kak..
    wah start projek biskut raya ker? sy ni apa pun tak beli lagi bahan buat kuih...hehe

    BalasPadam
  2. wahhhhhh da start membakar kuih ni... mesti harum semerbak jer rumah masa tu kan...

    BalasPadam
  3. suka biskut kacang. bestnya da mula buat cookies. sy brg pun lum beli sebab tak tau nak buat kuih apa

    BalasPadam
  4. comel bentuk bunga mazola akak... kita punya bulat bulat je.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acuan pilihan Jeeha tu Kella, senang nak mkn katanya.. sekali ngap jer mama :p

      Padam
  5. dh mula buat biskut ke???? huhuhu..jeles2X.....

    BalasPadam
  6. awalnya buat biskut... biskut puasa ke, biskut raya tu? hehehhe

    BalasPadam
  7. wahhh...dah buat biskut rupanya...
    Dulu2 mmng suka buat biskut kacang mazola ni..tapi sekarang ni semuanya main tunjuk jer...

    BalasPadam
  8. Dah lama x buat biskut ni...sejak kawin mmg tinggal langsung resepi mazola...tp ayah kita suke..

    BalasPadam
  9. wahh.. dah mood nak raya, mood nak buat kuih dah mari dah...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)