JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 25 Julai 2013

SUP TULANG GEARBOX POWER .... ^___^

Hari ahad tempohari pergi pasar tani stadium shah alam, nabil pesan suruh beli sup tulang, yang nabilah pula minta sup tulang gearbox, baru teringat bulan puasa mana ada jual sup yg dah masak, ye tak ye kena lah saya membelinya bagi menunaikan hajat mereka.


Nabil kalau bab sup memang suka tengok dia makan, yg pasti sampai tertonggeng mangkuk tu menghirup kuah sup tu, hari tu saya iftar mee hoon sup tulang gearbox ni, anak beranak dengan jayanya termasuk dengan en suami yang tak sedar diri... terawikh dirumah jer malam tu hahaha..

Satu periuk ni saya masak sup tulang, semuanya ada empat ketul tulang, seorang satu ambil hirup tulang tu guna straw..

Buah pulak saya beli pisang lemak manis, pisang berangan dan kurma masak kuning tu. Nabil punya suka lebih 5 biji dia makan kurma, habis kurma tu kami anak beranak, sekali hadap jer.... pisang tu yg sampai 3 hari baru habis :D

RESEPI SUP GEAR BOX  


Bahannya:

  • Tulang Gear-Box *atau tulang bahagian lain lembu*
  • halia 2 inci diketuk
  • bawang puteh 3 ulas diketuk
  • 2 bungkus sup bunjut
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • daun sup 
Cara:
  1. Rebus tulang sampai empuk(tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk, 2 jam dah empuk)
  2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  3. Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
  4. Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
  5. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.
  6. Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
  7. Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
  8. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....
  9. Pergghhh sedapnya hingga menjilat mankuk hahaha

14 ulasan:

  1. sedapnya. Rajin akak masak ye. Sy br tau ada petua letak biji kurma utk cepat lembut daging. Boleh cuba la nanti.

    BalasPadam
  2. Lama tak makan sup tulang ni Kak..
    sllu makan pun kat kedai..hehe...

    BalasPadam
  3. memang confirm sedap kalo cenggitu gaya nabil..hehe

    BalasPadam
  4. gaya nabil tu mmg boleh buat model sup tulang.... comel!

    BalasPadam
  5. acik baru je sebut nak beli he he..kat pasar ramadhan tempat acik ada jual sup,..kalau nak masak sendiri kena tunggu hari cuti

    BalasPadam
  6. nyum..nyum..nyum....sedapnya..mmg xpuas mkn sup gearbox nie ttp kolestrol mmg tinggi.

    BalasPadam
  7. dah lame tak makan gear box.... sedapnye

    Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...

    BalasPadam
  8. Nak buat jugaklah....tengok gaya Nabil hirup kuah sup tu..mmng terbaik punya..

    BalasPadam
  9. Jarang sangatlah OKje beli tulang ni CH...kononnya jaga darah hehe

    BalasPadam
  10. sedap nya nabil... nak cuba laa

    BalasPadam
  11. salam kenal..kat rmh saya pun ada lagi gear box raya haji baru ini. bercadang nak buat esok. Tengah hari makan dgn nasi, ptg pula jadikan mee hoon sup gear box.

    BalasPadam
  12. Maaf nak tanya.... Kurma tu sekali dengan isi ke bijinya sahaja? ;)

    BalasPadam
  13. sdp sgt..my family suke sup2 nie,tq ye=)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)