JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 November 2013

MASAK TAUCHU SOON IKAN GELAMA @ GLAMER ^___^

Assalamualaiku dan selamat pagi kekawan semua...
Semoga hari ini kita berada didalam rahmat Ilahi hendaknya :)



Sebenarnya dah lama saya teringin nak makan masak tauchu ini , en suami saya tak suka masak tauchu ini, hanya saya seorang jer yg makan, anak-anak saya hanya tangguk soon tu jer hehehe :) selalu masak tauchu ni popular bila balik rumah mak di Kuang sebab semua adik beradik saya suka masak tauchu ni, lebih-lebih lagi bila mak yg masak kan.... eemmm rindu masakan emak...

Biasalah saya , masa jalan-jalan cari ikan tu terpandanglah ikan gelama yg cantik sangat dan nampak segar, saya sambarlah empat ekor, saiz sederhana jer..


Malam tu ada juga saya masakan lauk lain, Goreng daging kentang berlado dan sayur pak choy telur taufa kegemaran kami sekeluarga ni...

Jom kita tengok camna nak masak tauchu ni... sudah tentu bahan utamanya tauchu kan kekawan... selain ikan gelama, ikan kembung pun sedap buat masak tauchu ni..

RESEPI MASAK TAUCHU SOON IKAN GELAMA



Bahannya :-
  • 2 ekor ikan gelama 
  • 2 sudu besar tauchu
  • segengam soon (rendamkan)
  • 1 labu bawang besar kunig
  • 11/2 cawan air
  • 2 biji cili merah
  • Garam



Caranya :-
  1. Kunyit dan garam ikan, kemudian digoreng ikan tersebut hingga masakan, angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak goreng ini, lepas tu goreng bawang besar yg dimayang bulat sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan pula tauchu, kacau sebentar lepas tu masukkan air, selepas mendidih masukan soon dan masukan garam,rasa masinnya sebab tauchu tu pun dah masin.
  4. Selepas tu baru dimasukkan ikan yg digoreng tadi, kacau mesra.
  5. Angkat , siap dihidangkan bersama nasi putih panas....




12 ulasan:

  1. saya tak pernah makan masakan ni..ikan gelama saya suka..

    BalasPadam
  2. saya tertarik dgn pinggan shape ikan tu... comey banget...

    BalasPadam
  3. ikan gelama fev nur juga...masak tauchu memang best tapi letak soon tak pernah buat lagi....sedapanya

    BalasPadam
  4. sedappnya Kak...dah lama tak makan ikan gelama ni:):)

    BalasPadam
  5. Samalah Yati, anak kakak pun kurang suka taucu tapi kakak suka sebab dah dari dulu keluarga kakak selalu masak taucu...

    BalasPadam
  6. eh... lupa pulak. Kakak suka pinggan bentuk ikan yg Yati guna. Kalau jumpa kakak pun nak belilah hihi...

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. saya suka masak taucu, tapi suami krang suka dan anak2 tak suka. Huhu. Pinggan bentuk ikan menambah lagi rasa, macam comel je.. ;-)

    BalasPadam
  8. Eh..cantikla bekas lauk tu!

    Thanks share kak, saya tak penah makan lauk gini. Bolehla try, sbb saya suka taucu. Ikan lain boleh jugak tak?

    BalasPadam
  9. Memang jarang sangatlah OKje masak tauchu...rasanya bukan jarang...tak pernah...anak anak sure tak reti nak makan...OKje biasalahkan CH.... OK jerr hehe

    BalasPadam
  10. idok le pernah beli ika gelama segar selain yang kering aje akak aiiii... hi hi hi... terbeliak mata nengok bekas bentuk ikan tu, comei sangat!

    BalasPadam
  11. slm kak yatie,,tun baru je beli taucu, husben tun suka mkn, tp tun nih xpenah msk guna taucu sbb xbape suka sgt rasa dia. huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)