JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 10 Julai 2014

IKAN SIAKAP TIGA RASA.... emmmm dapyaaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Masak siakap tiga rasa ni masa iftar rumah emak hari sabtu yang lalu..(cerita disini abah) jadi saja tempek juga resepinya di blog kecil saya ni :) 
Nabil cukup suka kalau masak tiga rasa atau sweet sour.. suruh lagi masak tiap2 hari.. itu jer lauk yg ada dalam pinggan jika lauk tu kegemaran dia.. Nabil ni suka yg pedas2 sikit, pastu ada rasa manis.. hari ni rasanya nak masak lemak ayam kampung dengan kentang.. lama tak makan ehe :)
Kekawan dah rancang nak masak apa petang ni :D
Jom intai resepi ni dulu, kalau ada nak masak petang ni lah kan ..


RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA

Bahannya :-
  • 1 ekor ikan Siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung(salut ikan)
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 cm halia*(*dihiris)
  • 3 sudu besar sos tomato,sos cili,sos tiram.
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh gula pasir
  • garam
  • minyak utk menggoreng
  • 2 biji tomato dicincang dadu
  • 1 pokok daun bawang dan sup.
  • Daun salad untuk hiasan
Caranya :-
  1. Sapu garam, kunyit dan tepung jagung di sekeliling ikan.
  2. Goreng ikan sehingga masak kekuningan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan hiris sehingga wangi.
  4. Masukan bahan sos dan air, biarkan mendididh. Kacau sekata.
  5. Masukan tomata yg dipotong dadu bersama daun bawang sup yg dipotong sedang.
  6. Susun daun salat dalam pinggan dan letak ikan siakap goreng tadi, kemudian curah kuah sos di atas ikan. Siap utk dihidang 

19 ulasan:

  1. sedap juga nampak ni

    salam kenal dari saya
    http://teacherbasariah.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Sedapnya ikan siakap tiga rasa ni. Nak cuba juga.

    BalasPadam
  3. boleh buat ni kakak..tp nak guna ayam boleh tak..kikikiki..jadi ayam tiga rasa kan

    BalasPadam
  4. Huaaaa...nak nangis saya! Ikan siakap tiga rasa ni pun kesukaan seisi keluarga. Nasib baik keluar dalam blog ni, kalau tidak tak terfikir pun nak masak siakap tiga rasa buat berbuka. Hari ni saya kena penangan ayam goreng kunyit dengan popia berintikan sosej+cheese+telur. Balik nak buat. Harapnya taklah bertangguh malam ni :)

    BalasPadam
  5. em..siakap 3 rasa. sedap jugak kan.
    baru baca kisah abah yati...moga abah yati sihat ye.

    BalasPadam
  6. wahhhhh menarik ni kak... nnt nak cari ikan la...

    BalasPadam
  7. faveret 3 abdul saya juga. kalau balik pasar bawa balik siakap, tau dah apa menu yg depa hajati..

    BalasPadam
  8. Sedap tu! Siakap 3 rasa in my all time favourite, satu family suka. Masak bilapun gerenti habis.

    BalasPadam
  9. anak2 nza pn suka cuma ikan 3 rasa kami merih dgn carrot + tomato.....he3x.

    BalasPadam
  10. Ikan siakap pulak nyum nyum mmg cedap laaaa

    BalasPadam
  11. Ooo..tak payah letak cili kisar ya. Saya selalu letak, pandai2 sendiri je..takde belajar/ikut resepi mana2. Next time boleh la try cara akak pulak.

    BalasPadam
  12. Wah! sedappp...tak payah makan kat luar dah kalau rajin masak sendiri macam ni...

    BalasPadam
  13. Emmmm...mmg cap tu...dah lama x beli siakap

    BalasPadam
  14. sedapnya...tgok time2 posa ni terliur plak kan...mak SA x nak la siakap 3 rasa...biasanya siakap kami bakar x pun sweet sour atau gulai lemak cili api...sodap....

    BalasPadam
  15. vah vah vah..terbayang bayang kesedapan ikan siakap tiga rasa nih

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)