JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 7 Julai 2014

PUDING KARAMEL TANPA TELUR MUDAH .... emmmm enaknya.. :)

Assalamualaikum kekawan ...
Salam petang yg ceria.. :)

Bagi penggemar karamel tetapi tak suka bau telur.. boleh cuba yg ni.. pergghhh memang terbaik puding ni kekawan.. sedap.. 


Lepas tu saya regukan pulak dengan koktail buah-buahan ni kekawan.. lagi terbaik.. chef Nabilah tu pun nak entrprem sebab banyak membantu ehe.. bila dah siap saya bahagi tiga.. satu bahagian tinggalkan dirumah.. satu bahagian bagi jiran sebelah rumah.. satu bahagian bawa balik rumah mak kat kuang.. bahagian saya kat rumah tu pun dah dibelasah oleh Nabil,1/4 bahgian.. sedap mama katanya.. ko ni Nabil menggoda kakak ko dua orang ni jer..


Senang sangat buat puding ni kekawan.. saya ambil resepi dari Blog Cute Oven Small Kitchen.. yg Nazd ni ambil dari LinaPg.. bersanad resepi kekawan.. lepas tu saya olah pulak sikit resepi dan cara penyediaannya , bagi mudah dan segera..

Jom kita intai resepi yg mudah ni kekawan :)

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Bahannya :-
  • 3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
  • 1 Peket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin koktail buah-buahan
Caranya :-

  1. Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
  2. Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
  4. Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
  5. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
  6. Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.







28 ulasan:

  1. wahh.. boleh cube.. anis bookmark siap2.. :)

    BalasPadam
  2. Cam senang je buatnya.. nanti nak buat la..

    BalasPadam
  3. nak cuba la...senang dan nampak sedap!

    BalasPadam
  4. Mcm sedap n senang jer..biasanya sya buat letak telur..
    p/s : Akak..resepi Daging Masak Sambal Bercuka tu saya dh letak resepinya ye..Slmt mencuba.. ..wink2..

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/07/iftar-bila-weekend.html

    BalasPadam
  5. senang nya..
    tp tgok kak masak senang je.. chef nabilah, boleh tolong kakak (<-muda sikit) masak tak?

    BalasPadam
  6. terbaiklah.. tanpa telur .. sebab bau telur kuatkan.. cpt muak

    BalasPadam
  7. ok jugak kann.. tak pernah org buat lagi rasanya puding karamel tanpa telur..

    BalasPadam
  8. akak, nk tny la.. gula pasir nape ade 2? maksudnya kene cmpr kesemua ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gula pasir yg 3 sudu besar tu utk buat gula hangus tu Along suri.. yang 1 cawan tu masukan dalam puding tu..

      Padam
    2. ooo, baru faham... thanks kak...

      Padam
  9. wah terbaik ni
    saya pun nak mencubalah

    BalasPadam
  10. terliur kak yatie oi...sedap makan lagi2 baru keluar peti ais

    BalasPadam
  11. wahhhh menarik sbb saya mmg x bole bau telur...

    BalasPadam
  12. hmmm bagusnya kak tak payah guna telor byk2 cam biasa..kastard gantinyr yer..kalo tak buh buah2 koktail tuh pun takper kan..

    BalasPadam
  13. Rupa dah cantik...rasa mesti enak...

    BalasPadam
  14. terima kasih kak share resepi.. saya ni allergic telur.. org makan puding karamel saya tengok je.. nanti nak buat la.. huhu.. :)

    BalasPadam
  15. hehehe...puding caramel nie antara my peberet nih...

    BalasPadam
  16. Sesuaini dgn saya.. sy tak suka bau telur tapi suka puding karamel.. ;-)

    BalasPadam
  17. Tgk je dh tahu mmg sedap sbb jm pun suka mkn yg x ada telur

    BalasPadam
  18. Best ... Best ... Jimat ... Jimat ...

    BalasPadam
  19. Semalam baru mencari resepi puding karamel di sini, tak perasan pulak ada keluar entri baru, Takda telur ni yang best. Saya nak cuba buatlah nanti :)

    BalasPadam
  20. penah buat tp sy letak sebuk agr2 ;-)

    BalasPadam
  21. Yelahkan CH ....ada org tk suka bau telur tu...bagus jugak resepi ni sebagai alternative...
    Pengganti mama nampaknya dak Nabilah tu....senang le mama cenggini

    BalasPadam
  22. sedapny kak yatie....xyah la pasni nk ltk2 telur..senang dan sedap..xsaba nk buat.tq=)

    BalasPadam
  23. Ok...tq sharing.....mmg suka puding xde telur...;)

    Free free singgah blog saya
    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)