JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 26 Ogos 2014

AL FATIHAH.. Daripada ALLAH Kita DATANG Kepada ALLAH Kita KEMBALI...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahtera..

Bersemadilah dengan damai disini...
Semalam saya EL kerana menziarahi jenazah Arwah Pak Long Jaafar di Banting.. dapat whatsapp pada malam tu, mengatakan pak long Jaafar dah meninggal di Hospital Banting dan akakn dikebumikan pada pukul 10 pagi esok.. sebelum ni pak long telah seminggu di ICU, Komplikasi jantung, dan sakit-sakit lain..

Saya sampai masa tu dengan en suami, jenazah sedang di mandikan.. tinggal dirumah taman.. itulah jerlah ruang didepan rumah untuk dimandikan ye kekawan.. kalau kat taman saya selalunya mandikan di surau terus dikapan dan disembahyangkan..

Selesai solat jenazah.. hujan turun dengan lebatnya...

Sampai tanah perkuburan.. hujan turun semakin lebat.. sekarang ni ada khemah didirikan di liang lahad tu jadi proses pengkebumiaan tu berjalan lancar.. hampir pukul 11.30am.. urusan perkebumian pun selesai..

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain 

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 


Sebenarnya solat jenazah ini amat mudah sekali tetapi masih 

ramai yg tidak mahu sama menyolat jenazah, 

sanggup mereka berdiri di bawah pokok atau di beranda 

masjid.. sedangkan inilah sedekah kita yg terakhir buat arwah 

kan.. hendaknya kepada kaum lelaki belajar solat jenazah ini 

kerana ia begitu mudah sahaja..

16 ulasan:

  1. al-fatihah
    dari Dia kita datang, kepada Dia jua kita kembali

    BalasPadam
  2. al fatihah kak, semoga rohnya ditematkan dikalangan orang beriman..

    BalasPadam
  3. salam takziah kak..
    al-fatihah..

    BalasPadam
  4. takziah kak

    moga dibariskan bersama mereka yang beriman soleh

    al-fatihah

    BalasPadam
  5. Ada info sekali..tq

    Innalillahhiwainnailaihirojiun

    BalasPadam
  6. salam takziah kak ....

    moga arwah aman di syurga Allah....

    BalasPadam
  7. Innalillahi wainnailaihirojiuun.. moga roh allahyarham di cucuri rahmat Allah.

    Biasa yg pernah ke tanah suci mesti tahu bersolat jenazah ni Yati. Kalau di Masjidilharam dan Mashjjid Nabawi setiap kali waktu solat memang ada solat jenazah. Kena ambil tahu fardhu kifayah ini. Kena ajar anak-anak terutamanya... Masa tu kita dah kena guna "HUM" bukan firlaha atau firlahu lagi sebab boleh katakan jenazah mesti lebih dari satu..

    BalasPadam
  8. Al-fatihah...semoga keluarga akak tabah lalui ujian ini....

    BalasPadam
  9. Innalillahiwainnailaihirojiuun
    takziah buat kak hayati sekeluarga

    BalasPadam
  10. salam takziah kak yatie dan keluarga..

    BalasPadam
  11. takkziah buat keluarga pak long yatie

    BalasPadam
  12. al-fatihah..salam takziah dar falsya buat akak sekeluarga..

    BalasPadam
  13. Al fatehah buat arwah.....tq share ilmu mengenai solat jenazah CH....tulah tu...dah tua tua gini pun tak pernah buat huhu ....malu dgn diri sendiri

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)