JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 15 Ogos 2014

MASAK BENING BAYAM MERAH.... emm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)


Semalam menunggu kakak balik dari Seminar kecemerlangan UPSR dah dekat pukul 6pm.. saya pulak berpuasa.. memang hura hara lah nak masak kan, pasar malam pulak tak ada kalau tidak senang jer .. terjah beli pasar malam jer.. jadi inilah yg saya sempat masak.. bening bayam merah..

Saya regukan dengan Goreng Ikan Kerisi Sambal Berlado ..
Nabil kata "sukalah tengok nasi nabil warna pink" hahaha, bila dah dikuahkan jadilah nasi tu warna pink..

Cukup mudah lauk saya pada ptg semalam.. berselera juga budak2 tu makan.. en suami balik lambat, ada mesyuarat dengan boss nya dan dia berbuka diluar katanya...

Jom intai resepi saya yg mudah ni :)

MASAK BENING BAYAM MERAH

Bahannya :-
  • 1 ikat bayam merah - siang bersih, cuci, toskan
  • sedikit ikan bilis
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • garam
  • air secukupnya
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan ikan bilis dan bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukan air dan batang bayam tu, tunggu sehingga mendidih baru dimasukan daun bayam , kacau sekejap, rasakan garam.
  3. Siap utk dihidang.

13 ulasan:

  1. suka sangat bayam best~~!! sejak kahwin ni tak pernah masak lagi yg merah.. nanti nak cuba lah..tengok reaction anak2.. hehe

    BalasPadam
  2. Kat rumah saya yang laku cuma kubis je kalau nak masak begini :)

    BalasPadam
  3. Anak2 saya takut nak makan bayam merah ni sbb dia kata berkaler.. hehee

    BalasPadam
  4. bayam ni kegemaran anak.. boleh dia makan bayam jer tanpa nasi hihi.. mcm sup plak jadinya

    BalasPadam
  5. bayam merah memang sedap..akak pun suka masak bening camni..ikan goreng dan sambal belacan..perghh..sedapp..:)

    BalasPadam
  6. saya suka makan sayur ni, lelebey org animia & kurang kalsium, elok makan sayur ni kan kak...

    BalasPadam
  7. Memang peberet sayur bayam merah ni kak.. sllu juga sy masak bening je.. hehe

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak, walaupun tak pernah masak bening ni, sheila memang suka makan kalau beli nasi bungkus la. hahaha senang rupanya ekk. pasni boleh cuba buat bening sendiri. suka makan sayuran. menambahkan selera makan ~~~

    BalasPadam
  9. Ooooo..inilah "masak bening"...
    saya selalu dengar..
    saya panggil,"masak air"..hahaha

    BalasPadam
  10. Seingat okje sekali jer okje pernah mssak bayam merah ni ....budak budak kurang pulak sebab warnanya pink

    BalasPadam
  11. pernah masak bayam begini mmg sedap..bila hirup kuah nya..MANIS...JM pun suka masakan begini

    BalasPadam
  12. lamanya x mkn bayam merah...ms dok asrama dulu lauk ni yg sy terkam dulu sblm nasi ;-)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)