JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 8 Ogos 2014

MEE KARI KETAM...emmmm dapnyaaaa ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)


Mee kari ketam yg saya buat masa open house keluarga di rumah saya pada hari sabtu.. tak sangka mak cukup suka mee kari ketam ni.. sampai dua kali emak mengulang makan..
Tapi tu la bila makan ketam ni kena sopan lah sikit kan hahaha..
Saya dah sediakan mangkuk utk bekas kulit ketam tu dengan tisu sekotak.. baru selesa nak makan kan..

Saya masak seperiuk besar.. lebih kurang tiga kilo ketam saya masak.. ketam tu elok jer saiz sederhana elok lah saya kerat dua ketam tu..


Sampai ke malam saya menjamu mee kari ketam ni, anak-anak pun suka kan.. 

Jom kita semak resepi yg mudah ini.. yg ni utk 5 orang punya makan.. kekawan boleh gandakan bahan utk berapa ramai yg nak makan ye..

RESEPI MEE KARI KETAM













Bahannya :-
  • 1 biji bawang merah besar*
  • 2 labu bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang merah kecil*
  • 1 batang serai dihiris*(*dikisar bersama)
  • 2 s/b rempah kari ikan (saya guna baba's)
  • 2 s/b cili kering kisar
  • 1 biji kentang (direbus dan dilenyek)
  • 4 ekor ketam bunga (warna biru) dikerat dua
  • 4 biji tahu di goreng (potong kecil)
  • Rempah 4 sekawan(pelaga,bunga lawang,cengkih dan kayu manis)
  • 1 kiub perisa ayam
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 batang daun kari
  • 200 ml santan
  • Air secukupnya
  • Taugeh dicelur
  • Sawi dicelur
  • Mee kuning dicelur
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Cili merah hiris
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan kisar dan rempah yg digaul bersama cili kering kisar bancuh dengan sesudu asam jawa, tumis sehingga naik bau wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya(lebih kurang 1000ml) kacau hingga mendidih.
  2. Masukan kentang lenyek dan santan serta kiub perisa ayam, kacau lagi hingga mendidih, masukan daun kari dan serai diketuk. 
  3. Kemudian masukan ketam , tauhu hiris (separuh ajer) dan perisakan garam. Jika kuah pekat boleh di tambah sedikit air.
  4. Cara menyediakan hidangan, letak mee kuning kedalam mangkuk tuang kuah, tabur cili hiris, bawang goreng, tauhu hiris, taugeh dan sawi.

21 ulasan:

  1. lieya pun sukeeee mee kari ketam....manis ketam tu buat kuah kite lagi sedap n kaw...perah plak asam limau...perghhhhh mmg bleh bertambah lah

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi resepi yatie

    BalasPadam
  3. sedap nya yatie...mee kari.kakak suka mee jenis berkuah ni mee kari ketam ni kakak tak pernah makan lagi.

    BalasPadam
  4. terasa2 kat tekak. sib jugak baru masak ketam hari isnin br ni

    BalasPadam
  5. alorrrr.. terus rasa laparrrr~ huhuhu
    sedapnyeee

    BalasPadam
  6. uishhh akak..walaupun falsya xmakan ketam tp bile tgk mee ketam tuh serious terliur..

    BalasPadam
  7. dah raya blh la kata ... sedappp tu . meleleh udah .

    BalasPadam
  8. sedapnye mee kari ketam..biasa bubuh kerang jek.

    BalasPadam
  9. Ya allah...terus terliur.....sedapnyaaaaaa

    BalasPadam
  10. Sedapnya mee kari ketam.. jarang dapat makan ni kak...:)

    BalasPadam
  11. aha...dah keluar resipi mee kari ketam yg JM nk tau..boleh copy paste nih :-)

    BalasPadam
  12. masa raya kat kg adik ipar lelaki saya buat maggi ketam.... kena paksa rela ngan kakak2 ipar.... mmg sedap

    BalasPadam
  13. Dah biasa sangat dengan mee kari ayam... sekali2 tukar mee kari ketam pulak...tentu lebih sedapkan...

    Salam hujung minggu...

    BalasPadam
  14. ini kena sinsing lengan baju la kalau beraya umah u ni.

    BalasPadam
  15. Sedap nyer ... Blom lunch lagi nih, lapo terus ...

    BalasPadam
  16. esok nak buatt. thankyou kak resepi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)