JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 29 Ogos 2014

POKOK NABI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dihari Jumaat penghulu segala hari..
Pagi ni sewaktu membuka FB diwall saya ada menceritakan kisah pokok Nabi di Jordan ini.. secara tak langsung menggamit kenangan saya di Jordan sewaktu menghadiri konvo adik saya di Universiti Yarmouk Jordan, saya dan mak serta abah dua minggu bercuti disana.. puas berjalan adik saya bawa.. cuma tak dapat masuk Syria yg sangat ketat.. habis masa kami seharian di sana..
Saya juga berpeluang pergi ke Pokok Nabi ini.. ada juga mengambil gambar kenangan dibawah pokok ni...




'Pokok Nabi'. Atau disebut 'The only living sahabii (Sahabat Nabi yang masih hidup). Hanya sepohon pokok ini sahaja yang terletak di tengah2 padang pasir di Buqayawiya di utara Jordan. Tak ada sepohon pokok pun dalam lingkungan 100km keliling. Tapi ia tetap hidup subur merimbun.



Dikatakan di bawah pokok inilah Nabi Muhamad S.A.W. yang mulia dan pembantunya Maisarah berteduh, berehat sebelum menyambung perjalannnya utk berdagang di Syam (Bosra, Syiria). Pokok ini selalu diziarahi oleh ulama2 besar dunia, antaranya Syeikh Dr. Muhamad Said Ramadan al Butti.







 Perjalanan untuk ke tempat ini sangat mencabar..Bentuk muka bumi yang berbatu2, dilatari ribut pasir yang kencang sehinggakan beberapa kali kereta krew kami terpaksa berhenti. Seolah2 angin berkenaan nek membritahu bahawa perjalanan dakwah ini penuh dgn mehnah dan tribulasi.Hanya yg cekal sahaja akan berjaya. Tapi nikmat tak terkata bila dapat berteduh di bawah pokok yg pernah Nabi saw berteduh. Semoga dibrkati...


18 ulasan:

  1. pokok ni nama asalnya apa ek?
    atau ni satu2 nya jenis yg tumbuh dan disini shja

    BalasPadam
  2. Wah... Best... Sambal belacan semalam power sungguh. Thanks

    BalasPadam
  3. Kakak mengikuti rancangan Jejak Rasul di tv masa Ramadhan tempohari Yati. Kisah pokok ini juga ada dikisahkan. Krew tv pun siap bersolat lagi di bawah pokok itu. Yg anehnya di padang yg luas hanya ada pokok ini aje kan - maha berkuasanya Allah.

    BalasPadam
  4. Aku pun pernah terbaca kisah pokok Nabi ni T...kau berutngnya T dpat kesini yer...

    BalasPadam
  5. Pernah tengok dokumentari mengenai pokok Nabi ini di TV. Nabi ketika membantu Khadijah berniaga dari Mekah ke Syam (Syria) sering duduk beristirihat di bawah pokok ini, sebab itu ia dipanggil pokok Nabi. Maha Suci Allah kerana hingga kini walau dah lebih 1,400 tahun tapi pokok ini masih dipeliharaNya dan terus hidup di tengah-tengah padang pasir...

    BalasPadam
  6. maknanya pokok ni da berusia lbh 1400 thn???

    BalasPadam
  7. Seronoknya Kak Yati dapat sampai dekat dengan pokok nabi ni

    BalasPadam
  8. seronok nyer dpt peluang ke sana...

    BalasPadam
  9. SubhanAllah.. untungnye akak dapat tengok dengan mata sendiri. mudah2an zura jugak di beri peluang untuk berteduh di bawah pokok ini.. InsyaAllah.. Amin~

    BalasPadam
  10. beruntung yatie dah dapat tengok sendiri pokok tu

    BalasPadam
  11. bestnya kak Yati dapat peluang tgk pokok nabi nih

    BalasPadam
  12. Subhanallah subur pokok nya...dan akak bertuah nya dah dpt me lihat sendiri pokok nabi

    BalasPadam
  13. Beruntungnya dapat pergi melihat sendiri pokok Nabi ni. Serius, seluas-luas pandangan padang pasir, hanya pokok ini je yang tumbuh subur di sini?

    BalasPadam
  14. akak pegi tgk pokok nabi ni? syukur dn seronok dpt tgk sndiri the only living sahabii

    BalasPadam
  15. Macam ni ye pokok nabi...perkongsian yang menarik kak.

    BalasPadam
  16. Seronoknya CH awak oernah sampai sana ......dapat berteduh bawah pokok tak ...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)