JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 23 Ogos 2014

TIPS CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK YG BETUL

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu di hari sabtu.. Semoga sentiasa ihat dan ceria selalu ye :)
Saya dapat tips ni dari FB yg dipostkan oleh kawan FB.. kebetulan saya ni pengguna gear automatik yg tegar hahahha.. 
Kalau bagi yg manual.. mahunya sepuluh kali mati enjin hihihi..
Belajar dulu guna manual. boleh lulus kan hehehe..
Jadi tips ini amat bergunalah untuk saya , dengan itu saya kongsikan di blog kecil saya untuk kekawan juga..
Jom baca ^___^



Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Jika kenderaan anda tidak mempunyai butang tombol pada gear, sila abaikan. 
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:
P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – reverse, untuk mengundur kereta anda
N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.
D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj
3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L – Low gear, gear pertama
Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba :)

14 ulasan:

  1. thanks yatie, perkongsian yg bermanafaat, tapi bila dah terer sangat tu rasa nya dah feduli, insya allah kena koreksi balik yg selalu dok buat tu betui ke tak

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi tip. Kak zai dah lebih 20 tahun guna auto memang gagalah kalau bawa cara manual.

    BalasPadam
  3. ooooo ade cara ye tukar gear?.imm tukar gear semua tekan tombol haha..nak kna betulkan la mane yg salah ni..hihi

    BalasPadam
  4. sama la kita imm, tukar semua tkn tombol...sib baik ok...pasni kena ikut cara yg betul...tima kasih ats perkongsian berharga ni...

    BalasPadam
  5. terkadang kita ambil mudah perkara2 penting mcm ni kan....

    BalasPadam
  6. uiiii...susah jugak nak paham...saya main hantam je kak...huhuhu

    BalasPadam
  7. as salam. sy sejak guna gear automatik ni dah x reti guna yg maual..huhuhuhu

    BalasPadam
  8. saya keta manual. ada tak cara guna gear manual yg betul? :p

    BalasPadam
  9. pernah terbaca juga tips ni dekat FB
    saya pun guna auto kak
    menangis kalau suruh guna manual...hehe
    tapi saya punya tak ada butang nak picit dekat gear

    BalasPadam
  10. Terasa mcm masuk kelas Lesen L lah CH hehe ..
    Apa pun tq atas info....refresh balik kadang tu main belasah jer tekan gear ni hehe

    BalasPadam
  11. Oh, ya ke gitu? Entahlah, saya main bawa je kereta. Dulu biasa manual sekarang (lama dah) tukar auto dah. Tapikan saya je kot dalam dunia ni yang rasa lebih nikmat bawa kereta manual. Eh, jangan tak tahu saya lagi terror kereta manual berbanding suami. Tak pernah kereta mengundur kalau atas bukit tau. Hahaha.

    BalasPadam
  12. Saya dah 20 tahun bawa kereta manual..br tahun ni sy bawa kereta auto..so sy teragak agak nak tukar gear..tp lepas baca info ni,boleh la sedikit sebanyak membantu sy belajar menukar gear auto dan menjaga gearbox..bukan murah ooo gearbox auto kan..so tq so much 4 info...

    BalasPadam
  13. Dulu belajar guna manual , syukur bole juga lulus .. Ni dh berkereta pakai yg auto main guna saja , btw thanks for sharing .. Ilmu yg berguna 😍

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)