JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 23 September 2014

Ulang semula Matematik, Bahasa Tamil bagi UPSR.... aduhai KESIAN ANAK-ANAK KU :(

Assalamualaikum kekawan...

Aduhai semakin kesian pada anak-anak yg terpaksa mengulang semula ni kan.. susah nak naik kan semangat mereka bila dah down ni.. saya sebagai ibu pun terkesan dengan kejadian ini..

Ini lah padahnya apabila intergriti semakin hilang...
kemana sebenarnya mereka ini untuk menongkat kehidupan dunia.. sehingga terlupa kehidupan di akhirat kelak...


Putrajaya: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 perlu menduduki semula kertas Matematik kod 015/1, 025/1 dan 035/1 serta Bahasa Tamil kod 036 dan 037 pada 9 Oktober ini selepas disahkan berlaku kebocoran kertas soalan berkenaan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, berikutan itu, kedua-dua kertas yang diduduki pada 10 September lalu adalah terbatal. 
Menurutnya, pemilihan tarikh 9 Oktober bagi menduduki semula kertas soalan itu selepas mengambil kira cuti umum hari raya Aidiladha dan aspek logistik iaitu percetakan dan pengedaran. 

Kementerian Pendidikan menegaskan peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang sudah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR itu.
Foto

"Saya memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid, ibu bapa, guru dan semua terbabit ekoran insiden ini.

"Saya sudah pun mengarahkan semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid yang memerlukan," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Khair berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa tiada lagi kertas peperiksaan UPSR lain yang akan diduduki semula setakat hari ini.

Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.

Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

Polis juga menahan reman seramai 14 individu membabitkan guru besar, guru, ejen insurans dan jurutera dan semuanya sudah dibebaskan manakala hasil siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

18 ulasan:

  1. memang kesian dengan budak2 kak... saya boleh bayangkan macam mana perasaan theyolls apatah lagi parents...

    BalasPadam
  2. memang kesian dengan anak-anak UPSR 2014 ni..........

    BalasPadam
  3. as salam...

    kesian adik2 yang ambil exam UPSR tahun ni...nak kena exam semula..semangat diorang pun dah jadi pudar...Mak ayah kena ambil tindakan..kena bg motivasi dan kata-kata semangat supaya anak-anak tak terasa give up...

    jom singgah blog saya dan salam perkenalan...:-)
    www.ummyizzlife.blogspot.com

    BalasPadam
  4. sian betullah kat budak2 kena amek balik..penat put effort ingat boleh releks dah kan..tgk2 kena amek balik..mmg tensi..

    BalasPadam
  5. Saya tak tahu macam mana GB dan guru2 nak beri kaunseling pada budak2 ni sebab mereka juga sangat perlukan sokongan moral. Saya nak cadangkan agar Pengarah tu turun padang sendiri dan pergi mengadap setiap sekolah.

    BalasPadam
  6. Memang kasihan sungguh kepada adik-adik UPSR tahun ni. Yang tak terlibat dengan kes soalan bocor lagilah kasihan. Tahun 2014. Banyak ujian yang menimpa kepada negara kita kan.

    Salam singgah di sini.. [^__^]/

    BalasPadam
  7. Tulah.....kesian kat mereka yg terlibat....belum boleh merdeka lagi yek....

    BalasPadam
  8. kesian budak2 kan..tpakse stress 2 kali..tp kalau fikir on the bright side,,smoga bg semangat kepada budak2 untuk buat lagi bagus..macam diberi peluang kedua, pergunakan sebaiknye..:))

    BalasPadam
  9. Kesiankan bila mendengarnya. Saya yang takda kaitan ni pun rasa tension. Penatlah jawab soalan tetiba bocor pulak. Apalah dia orang ni.... UPSR je tu bukan entrance exam nak masuk uni ke apa...

    BalasPadam
  10. Kesian kat anak2... memang akan rasa down... apa pun sama2 kita doakan moga anak2 dapt menempuhi ujian ini....

    BalasPadam
  11. anak saudara sy 2 org yg terlibat...
    semoga tabah semuanya

    BalasPadam
  12. Dah jadi seperti tragedi pendidikan pula. Nasib baik jadi di Malaysia, kalau di negara maju seperti Korea, Jepun dan Barat, semua pegawai atasan hingga ke Menteri sekali dah letak jawatan....

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum...kerana dunia yg sedikit, sanggup buat sebegini..kesian budak2..

    BalasPadam
  14. Kenapalah banyak sangat benda berlaku tahun 2014 ini. Kasihan sungguh dengan murid2 yang terlibat.

    BalasPadam
  15. Anak SB pon dah hilang mood,bertambah lagi subjek math tu kna ulang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)