JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 14 Oktober 2014

ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DENGAN ISTERI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi, sihat dan ceria ;)
Saya copy paste dari FB.. seronok pula membacanya sambil ulangkaji ;)
 Jom ulangkaji hukum tajwid!
ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DGN ISTERI
Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.
Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.
Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang.
Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.
Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.
Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...
Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.
Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.
Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.
Baanyaaakkk....!!
Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham Bilaghunnah,
cuma berdua, Lam dan Ro' .
Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, hanya boleh berhenti di salah
satunya, kau atau aku?
Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.
Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.
Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.
Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pand anganku ketika melihatmu.
Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku
Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.
Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.

14 ulasan:

  1. ternganga falsya kak..bestnye lahai baca ayat2 yg paling romantik..

    BalasPadam
  2. suka baca,boleh tahu sikit2 hukum tajwid.

    BalasPadam
  3. Mengingatkan kembali kak zai semasa belajar hukum tajwid beberapa tahun lalu.

    BalasPadam
  4. Kalau nk ingt hukum tajwid boleh hafal ni syair

    BalasPadam
  5. CM ni bab mengingat tajwid memang fail. Boleh baca dengan betul, tapi merangkak-rangkak bila soal jawab tentang tajwid he he. Kalau nak tau, tulisan ini di karang oleh ayahanda kepada sahabat baik CM. Namanya Kiyai Hambali tapi dah jadi viral kan. Insyaallah semoga pahalanya mengalir terus kepada arwah Kiyai.

    Oh ya, jangan lupa singgah blog CM ya...ada cite sikit..

    BalasPadam
  6. Sejujurnya tajwid saya berterabur. Tapi cuba jugalah faham hukum tajwid setakat yg terdaya agar bacaan dalam solat tak tersasar. Semoga Allah permudahkan bagi mereka yg kekurangan....

    BalasPadam
  7. Acik pun sama yatie..baca boleh..bila ditanya..termenung juga nak mengingat

    BalasPadam
  8. Inilah cara paling indah nak mengingati hukum tajwid. Indah betul tulisan ni. Terpaku membacanya. Walaupun tahu kalau minta terjemahkan maksudnya sukar juga ni. Main baca je....

    BalasPadam
  9. saya pun lemah bab2 tajwid ni kak... indah nya tulisan di atas ...:)

    BalasPadam
  10. Semua hukum tajwid disebutnya ....ni mesti cikgu tajwid ni hehe

    BalasPadam
  11. baca nak terbelit lidah dibuatnya
    tapi sangat menarik =)

    BalasPadam
  12. teringin juga nak dapat sumai yg seperti itu . ada lagi ke kat zmn ni ...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)