JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 17 Disember 2014

RESEPI PUDING ROTI BERLAPIS KOKTEL

Assalamualaikum kekawan... selamat petang :)


Lagi sekali saya tewas bila tengok koktel yg meleleh ni kekawan.. 

Gara-gara tayangan kekawan di FB lah.. apa lagi save dulu.. bila

 lah ko akan membuatnya yati oiiiii :D


RESEPI PUDING ROTI BERLAPIS  KOKTEL

BAHAN-BAHANNYA:
PUDING:
8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
80 gm mentega
50 gm kismis
100 gm buah pic
100 gm buah koktel
50 gm gula kastor
3 biji telur
3 cawan susu segar
SOS KASTAD:
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
Sedikit pewarna oren
CARA-CARANYA:
PUDING:
Roti dipotong kepada 3 segi kecil.
Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula.
Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti.
Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula.
Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan.
Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c.
Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong.
SOS KASTAD:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan.
Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan.

6 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)