JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 15 Mac 2015

KEK BUAH NAGA MOIST

Assalamualaikum kekawan...

Selamat berhujung minggu... tentu ada yg memenuhi undangan perkahwinan kan.. maklumlah cuti sekolah telah bermula.. boleh lah kita gantung periuk kuali weekend ni kan.. oleh sebab nak pergi kenduri kahwin kita sekodeng dulu FB tengok apa lagi yg dipost oleh kawan saya ni lagi... pastu apa lagi save dulu disini nanti kita cuba pulak :)




RESEPI KEK BUAH NAGA MOIST
Bahan-bahan
*1 cawan tepung kek/superfine
*1 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil pewarna merah
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan buah naga lecek
sedikit buah naga didadu
1 biji telur A
esen vanila
Caranya:
Campurkan tanda * ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Campurkan bahan - bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Gaul sebati tapi jangan overmix.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Sejuk dan boleh dinikmati.
Suka · 

5 ulasan:

  1. Sedap nampak resepi tu, kena try bila ada masa. Musim cuti sekolah ni cuma seminggu, saya tak dpt banyak undangan kenduri kawin. Kelmarin cuma ada 2 kenduri...

    BalasPadam
  2. macam kek gula apam hangus kan kak...

    BalasPadam
  3. Buah naga? Mmg luar biasa ni CH.... Sedap ke tidak ek....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)