JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 20 Mac 2015

PUDING SAGU GULA MELAKA


Assalamualaikum kekawan.. Salam petang yg ceria :)

Sedap pulak tengok Puding Sagu Gula Melaka yg dipostkan oleh kawan saya di FB ni.. sedap makan masa musim panas ni kan kekawan.. weekend ni macam nak buat jer :)




Puding sagu gula melaka

Bahan-bahan:

Sagu Merah

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 titik sirap ros

Sagu Hijau

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
setitik perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Sirap Gula Melaka

2 ketul Gula Melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan

Santan Lemak Manis

3 cawan santan
sedikit garam sedikit
daun pandan

Cara- cara :

Sagu Merah

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan sirap.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.

Sagu Hijau

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.

Sirap Gula Melaka

1. Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.

2. Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik

3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

Santan Lemak Manis

1. Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.

2. Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.

10 ulasan:

  1. last week nk buat tp x buat2 jg... kalu guna susu full cream byk x beza rs nyer??

    BalasPadam
  2. buat jangan tak buat. panas-panas gini ni.. enak bangat

    BalasPadam
  3. Sedap teguk di musim panas membara ni....

    BalasPadam
  4. peberet seisi keluarga ni kak.esp en suami..aritu tiga kali buat.tunggu bulan posa ni kot baru buat lain.hehe

    BalasPadam
  5. peberet seisi keluarga ni kak.esp en suami..aritu tiga kali buat.tunggu bulan posa ni kot baru buat lain.hehe

    BalasPadam
  6. suka gk..nk2 ltk dlm peti sejuk lg yumm

    BalasPadam
  7. Dah lama tak buat sagu cenggini. Dulu rajin gak buat. Tp selalu fail bab rebus sagu tu. OK dah tau sukatan dia boleh try nanti

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)