JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 23 Ogos 2015

LAKSAM KELANTAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik.
Selamat berhujung minggu.. Kalau rajin boleh cuba laksam ni. Ehe biasa lah saya ni save dulu dalam blog nanti cuba.. dapat dari mana lagi kalau bukan dari FB, kawan post kita tengok dah terliur.. :)





LAKSAM
1. Laksam (10 org makan)
Bahan-Bahan
- 1 pek tepung beras (500 grm)
- 1 jag air
Cara-Cara
- Campur tepung beras dgn air dan kacau hingga betul2 sebati. (Celup sedikit dgn jari...kalau adunan melekat sikit2 kat jari ok la tu.. Jgn terlampau cair dan terlampau pekat.. Agak2 sendiri lah yer )
- Panaskan air dlm pengukus hingga mendidih.
- Letak tudung periuk/dulang yg disapu dgn sedikit minyak.
- Masukkan adunan dan ratakan.
- Tutup pengukus dan masak dalam 5-7 minit.
- Bila dah masak (gelembung) angkat, dan biarkan sejuk seketika.
- Gulungkan dengan cermat.
- Teruskan memasak adunan sehingga habis.
2. Kuah Laksam
Bahan-Bahan
- Isi ikan sardin/selayang yg telah direbus (10-15 ekor)
- Santan 1kg
- 5 ulas bawang merah besar
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih ( kalau masak sedikit, tak masukkan pun x apa)
- 2 keping asam keping
- sedikit lada hitam
Cara-Cara
- Kisar isi ikan dgn santan hingga betul2 hancur
- kisar bawang merah, bawang putih dan halia
- Campurkan bahan yg dikisar dalam periuk dan masakkan
- masukkan asam keping dan lada hitam yg ditumbuk
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Teruskan kacau hingga mendidih dalam 5-10 minit dan tutup api.
3. KERABU
- Hiris halus2 daun serai kayu, timun batang, kacang panjang, kubis dan bunga kantan.
- Gaulkan.
4. SAMBAL LADA
- Kisar cili api dgn garam, gula dgn sedikit cuka dan sedikit air.
CARA HIDANGAN
Potong laksam kecil2... Masukkan kuah, kerabu dan sambal lada... Dan selamat menjamu selera .

11 ulasan:

  1. Sedapnya.. Pagi tdi bru wawa makan laksam trg.. Hehe

    BalasPadam
  2. sedap ni.. selalu terpikir caner orang buat laksam. gitu rupanya. guna tepung beras dan air. pasni boleh lar buat dah.. hihi..

    BalasPadam
  3. K.Sham suka makan laksam ulam & sambal cili extra.
    - tak podeh tak sah.

    BalasPadam
  4. kalau saya buat..yg ori kelantan..air tu air suam(air panas campur dgn air sejuk)

    BalasPadam
  5. sedapnya laksam yatie macam nak buat lagi je

    BalasPadam
  6. Apa khabar CH.....lama tak jumpa ......rindu lew....
    I loike laksam weyh tp tak pernah buat hihi.....Kedai jugabeli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah .. Khabar baik hainom..
      Lama hainom bertapa :)

      Padam
  7. Bunda suka makan laksam , tapi tak pernah nak cuba masak sendiri...

    BalasPadam
  8. sedap nya yatie...kakak pun suka segala jenis laksa....laksam ni lagi suka ...tapi nak buatnya tak tau lah boleh ke tak ..

    BalasPadam
  9. Percayalah CH saya memang tak pernah makan laksam! Tak percaya? Silalah percaya...

    Maknanya kalau tak pernah makan tu, buat lagilah tak pernahkan ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)