JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 Mac 2016

25 PERKARA YG MENGGEMBIRAKAN HATI CH ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua.


Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.
What to do? 

Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)


Hihihi kena tag juga dgn Kak Paridah Ishak.. oklah kita layan juga untuk kegembiraan dikongsi bersama..

  1. Dapat mengerjakan umrah buat kali pertama pada tahun 1999 dan target sebelum berumur 30 tahun terlaksana. Alhamdulillah.
  2. Kemudian pada tahun 2007 dapat pula mengerjakan haji, yg teristimewa dapat menunaikan impian arwah mak utk sama mengerjakan haji dan target sebelum usia 40 tahun juga tercapai.
  3. Berjaya memperolehi digree pada tahun 2011 walaupun dah beranak 3 hihihi.
  4. Saat ku terima nikahnya dan dapat menunaikan haji bersama-sama.
  5. Melahirkan ketiga-tiga cahaya mata yg tercinta.
  6. Berjaya memiliki lesen kereta pada tahun 1996.
  7. Memiliki kereta yg pertama hasil duit kerja sendiri pada tahun 2001 .
  8. Begitu juga dengan memiliki rumah pertama pada tahun 1998.
  9. Membawa arwah abah dan arwah emak untuk menyaksikan majlis konvokesyen adik di Universiti Of Yarmouk  Jordan pada tahun 1999.
  10. Mendapat hadiah dari rakan blog  walaupun berkenalan di alam maya atau dari sesiapa pun.
  11. Bercuti bersama-sama anak2 dan keluarga.
  12. Bersolat jemaah dan membaca al quran bersama anak2.
  13. Mendapat anugerah pekerja cemerlang dari tempat kerja.
  14. Melaksanakan impian arwah mak dan arwah abah.
  15. Sihat dari penyakit yg dialami .. syukur alhamdulillah.
  16. Melihat anak2 membesar dengan sihat dan mula menghafaz al quran.
  17. Melancong ke negara jiran.. Bandung, Medan dan Jakarta.
  18. Gembira bila kekawan blog meninggalkan komen dan memberikan kata nasihat serta motivasi.
  19. Dapat pergi umrah kedua pada tahun 2011 atas Perkhidmatan Cemerlang lebih 10 tahun. 
  20. Saat menerima kehadiran seorang anak lelaki yg ditunggu2 dalam keluarga en suami.
  21. Mencuba resepi yg baru dan berjaya.
  22. Menerima cek dari Nuffnang hasil dari berblog.
  23. Dapat bonus dan hasilnya dikongsi bersama keluarga menikmatinya.
  24. Balik kampung tak kira kampung sendiri atau en suami.
  25. Inilah yg paling-paling saat yg menggembirakan saya apabila Allah memberi keizinan untuk saya mengurus jenazah arwah abah dan arwah mak, dari memandikan, mengkapan, menyolatkan jenazah dan membantu mengangkat keranda kedua-duanya bersama adik-beradik.

                    فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ (18)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.(18)

Ya Allah sesungguh .. hamba MU yg kerdil ini amat bersyukur atas nikmat yg telah Engkau kurniakan kepada diri ku..
Sesungguhnya tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan MU..

Siapa pula yg hendak saya tag ni ye..

Boleh tak tulis sesiapa yg sudi untuk berkongsi kegembiraan  ~__^






13 ulasan:

  1. Dah ramai y g kena tag tu yg tak tahu nak tag siapa lagi dah ye Yati. Kita tunggu ajelah kawan-kawan kita melahirkan 25 kegembiraan melalui entri seperti yg Yati listkan di atas.

    Terlalu banyak nikmat Allah berikan buat kita hambaNya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dapat kita kongsi kegembiraan,walaupun banyak lagi tak ter luah .

    BalasPadam
  3. Seronok baca kegembiraan kawan2..saya tak menulis lagi, pasti hari ni ada entri tentang ini inshaAllah

    BalasPadam
  4. bahagianya detik gembira akak..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..baca sambil senyum je nie ;)

    BalasPadam
  6. saya pun kena tag oleh kak zakie..tak sempat nak menjawabnya lagi Yati..

    BalasPadam
  7. dana kene tag pun tak sempat bt lg... insyallah esok kot...

    semua saat yg mengharukan menghepikan dlm hidup kita kan kak...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, byk nikmat Allah utk kita...
    Kalau nak senarai perkara gembira ni, tak terhitung rasanya kan kak?

    BalasPadam
  9. saya tumpang hepi tengok akak senyum dan gembira...

    BalasPadam
  10. Font color kuning saya tak boleh baca. Dah rabun dekat.

    BalasPadam
  11. Bahagianya dapat ke tanah suci berkali-kali syukur kan CH, berlinang air mata, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. Tksh banyak yati sudi berkongsi saat2 kegembiraan yg dirasakan...subhanallah amat berbhgia sungguh dpt bergembira n menikmati limpah kurnia-Nya dlm banyak perkara.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)