JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 8 Mac 2016

9 MAC 2016 ::GERHANA MATAHARI ~ Kaifiyyah Solat Sunat Gerhana Matahari **


Salam Petang Kekawan :)



InshaAllah esok akan berlaku gerhana matahari , lihat dari sumber yg diberi infografik Falak online tu waktu di Shah Alam pukul 8.24am.. hendak jugak menyaksikannya..



Jabatan Mufti Selangor pun dah keluarkan surat hebahan mengenai fonomena gerhana matahari ini dan meminta diadakan solat sunat gerhana matahari di surau serta masjid di Negeri Selangor..

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sukacita dimaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua masjid di Negeri Selangor untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7.Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.





http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/ilmu-falak/927-gerhana-matahari

12 ulasan:

  1. tq for sharing kak..
    moga kt mgmbil manfaat disebalik fenomena ni

    BalasPadam
  2. semoga semua dapat iktibar dan sama2 solat

    BalasPadam
  3. kebetulan baru bace di facebook sekolah kak....cikgu2 soh anak murid standby bawak telekong....pakkal lieya kibar bendera kalo tak leh jugak buat solat sunat gerhana nieh...rugi tak rebut peluang yg bukan dtg selalu ni kan kak....

    BalasPadam
  4. Seingat saya, saya tak pernah lagi ada kesempatan dirikan solat sunat gerhana ni...

    BalasPadam
  5. in syaa Allah...dipermudahkan.

    BalasPadam
  6. terdengar jgk kt radio td.... pastu mmg teringat msti kene bt solat sunat gerhana matahari...

    BalasPadam
  7. insya Allah yatie dah standbye spek ni hehee

    BalasPadam
  8. Senang nak merujuk ni....dtg blog hang jer CH

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)