JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 30 Mac 2016

RESEPI MEE HAILAM MUDAH DAN SEDAP BY NOXXA ^__^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat projek mee hailam ni pun masa cuti sekolah hari tu... hihihi nampak benor bertapa dalam draf.. mujur kuor gak .. tak jadi tukun.. ;)
Ini bila anak2 kata.. mama buat mee kicap pulak lah.. nasi jer hari-hari.. maksud nabil tu mee hailam...

Dalam petiais tu memang dah ada stok tulang dan daging lembu.. mee pun ada saya beli.. kira lengkaplah bahan2 tu... tambahan masak guna noxxa.. lagi lah 30 minit siap.. jangan hang mencakor dinding lak Nom.. gesel2 Tuan Anas Jilapah tu ye.. ko gesel-gesel dulu beli notebook tu.. senang update entry ye dok... jomlah kita kembali ke pangkal jalan..

Jom kita terus jer ke resepi yg 30 minit ni siapkan..

RESEPI MEE HAILAM BY NOXXA

Bahannya :
- 1 bungkus mee kuning jenama ibu (suka jenama ni sebab tiada pengawet)
- 1/2 kilo daging +tulang
- 3 biji bawang merah ditumbuk sederhana
- 3 ulas bawang putih pun ditumbuk sederhana
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 3 sudu besar sos tiram,sos tomato, sos lada hitam,kicap manis.
- 4 sudu besar kicap pekat
- daun sawi
- 1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn segelas air
- Daun bawang dan daun sup
- 1 biji tomato
- minyak bijan
- garam

Caranya :-
1. Didihkan 1 liter air didalam periuk noxxa dengan menekan butang stirfry. Bila air dah mendidih masukan daging dan tekan butang highpressure selama 20 minit. Bila dah bunyi bif.. alih tombol ke stim utk release wap nya. Keluarkan
2. Kemudian tumiskan cili kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi, lepas tu masukkan segala bahan sos dan kicap, kacau mesra, kemudian baru masuk daging yg direbus tadi, biarkan di mood stirfry tu.
3. Bila mendidih masuk masukkan bancuhan air tepung jagung , garam dan titiskan beberapa titis minyak bijan.
4. Kemudian masukan daun sawi, jika airnya kurang boleh di tambah. Bila semua bahan dah masak boleh lah dihidang.
5. Bahan lain, celur mee kuning sehingga lembut, kemudian tos kan.
6. Boleh dihiris daun sup dan daun bawang, cili merah dan tomato. Tabur atas mee dan tuang kuahnya. Emmm memang kebaboom.

Malam tu dinner kami anak beranak makan mee hailam tu.. dah 4 beranak tu suka kicap.. sedap sangatlah menghirup kuah sup hailam tu.. habis sebungkus mee tu anak beranak menambah *__*



11 ulasan:

  1. Ni yg rasa nak cari jugak periuk Noxxa satu... hehehe, mcm best jer :)

    BalasPadam
  2. Iman suka mee hailam ni yatie tapi biasanya penakut pedas jadinya akak tak taruk lada atau sikittt je.

    BalasPadam
  3. Bila dah ada Noxxa ni cepat kan kerja kita di dapur Yati.
    Masak apa pun cepat siap.
    Kakak punya dah tertanggal tempat picit-picit tu Yati (yelah dah berbelas tahun diguna tiap hari). Tapi kakak lekatkan dgn selotape.

    BalasPadam
  4. Senangnya ada Noxxa ni...cepat..sedap

    Mee hailam...lamanya nur x mkn..kat umah ni rajin buat mee bandung aja...

    BalasPadam
  5. Kellassss akak pakai periuk Noxxa.
    Nanti boleh try buat kat rumah mak sebab rumah sendiri takde Noxxa..heheheh

    BalasPadam
  6. sedapnya.... dana lama sgt tak bt mee hailam nih

    BalasPadam
  7. SEDAPNYA MEE HAILAM YATI NK RASA SEURAT HEH..HEH..

    BalasPadam
  8. xde cik noxxa.. tp alhamdulillah ada pressure cooker :) hihi.. lama x buat mee hailam, biasa kalau beli mee kuning kalau x goreng, buat mee kari.. tgk ni terliur pulak.

    BalasPadam
  9. bestnye lahai ada piuk camni...ape lagi mak malam ni hang pi la anje2 dengan pak jilapah...mana tau tetiba esok dia belikan hang seketui...bleh gak kite di sini menumpang tengok...hahaha...lama dah tak makan mee hailam...dedulu kat klebang ada 1 kedai makan ni buat mee hailam kemain sedap...tapi lama dah tutup tak niaga... :')

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)