JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 12 Mei 2016

PAPRIK SEAFOOD .... eeemmm dapnya...

Salam petang yg ceria kekawan :)

Semalam petang balik kerja dok fikir lah nak masak apa.. pastu teringat lah dah lama tak masak paprik.. ingat nak masak paprik ayam.. tengok stok ayam tak ada pulak.. jadi kita tukarlah kepada seafood.. yg sedapnya bila dapat gaul kuahnya dengan nasik putih panas2 tu kan.. nabil dan kak jeeha pulak nak ikan goreng sambal.. tengok ada ikan tenggiri jer.. buat lah sambal serai .. lagi semerbak baunya.. serai dengan sambal bergabung kan.. pastu saya gorengkan kacang buncis.. suka betul nabil meratah kacang buncis goreng dengan kicap tu :)
Petang ni balik tak tahu nak masak apa pulak.. kena cari menu best sikit sebab hari ini saya puasa... ~__^

Resepi saya masih guna yg sama .. sebab sedap terasa ala-ala thai gitew.. wangi bau limau purut tu yg best kan... tapi ada juga yg tak suka bau limau purut ni.. kalau masakan thai ni dorang selalu masak letak daun limau purut kan.. 

Jom lah intai resepi mudah saya ni..

RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI


Bahannya :-
  • 300 gram campuran udang dan sotong
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 1 biji bawang holland di potong
  • 1/2 lobak merah dipotong
  • sedikit bunga kobis
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 2 sb sos tiram
  • 2 s/b kicap manis
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • sedikit minyak bijan
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris dan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, masak hingga minyak pecah
  2. Masukan bahan sos dan letak sedikit air, kemudian masukan lobak merah, dan kobis bunga.  Biar sayur masak sedikit
  3. Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
  4. Rasa masinnya, masukan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
  5. Kacau sebentar dan semua dah masak siap dihidang.

11 ulasan:

  1. mudah je yek kak... potong2 campak2 je... pastu compom seisi famly suka

    BalasPadam
  2. saya pun suka paprik seafood mcm ni kak...letak daun limau purut la best kan kak...ermmm dapnya...dah la tgh puasa ni...

    BalasPadam
  3. Oh saya kureng skit paprik sebab tekak saya asyik nak pedassss jek!

    BalasPadam
  4. Alahaiii kak. Sedapnya. Dah lama tak buat masak paprik nih.

    BalasPadam
  5. mengancam selera lah yatie
    sekali pandangmacam tomyam pun ada
    boleh try ni nnti

    BalasPadam
  6. Paprik ni memang antara peberet sy..bg la paprik ayam ka seafood ke daging memang betul gaul kuah dengan nasi panas2 wah mabeles

    BalasPadam
  7. Mak pun lama tak masak padprik CH.....
    Sedap jugak ni....minggu depan nak masak jugaklah....
    Tp seafood lak tak de....minggu ni htr anak, tak sempat nak soping

    BalasPadam
  8. Mak pun lama tak masak padprik CH.....
    Sedap jugak ni....minggu depan nak masak jugaklah....
    Tp seafood lak tak de....minggu ni htr anak, tak sempat nak soping

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)