JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 8 Ogos 2016

Kekawan Dah Beratur Ke Di KWSP 😊😆

Salam petang yg ceria kekawan.. :)

Dah beratur utk tukar KWSP kepada SIMPANAN SHARIAH kekawan..

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH

1. Pendaftaran bermula *Isnin 8/8/16 8:15am* kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak *IC*. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena *hadir sendiri*, pasal ada *akad* dan turun *cap jari*.

4. Proses *pengeluaran* Simpanan Shariah still *sama* macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, *tarikh kuatkuasa* Simpanan Shariah hanya akan bermula pada *1/1/17* (tahun depan).

6. Hanya *RM100 billion* dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun *2017*. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah *habis kuota* RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun *2018* pulak.

7. *Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015)* dan *Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)* telah memutuskan _KWSP *tidak diwajibkan* untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah_. Maknanya, *100%* duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut *garis panduan penyucian dividen* yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada *WorkWeek 32*.

Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

Selamat mendaftar...


Pagi tadi kawan send gambar tengah beratur.. sebelum 7am dah ada kat KWSP.. selesai pukul 9am +++

Nak menunggu ke khemah ni pun dah 2 jam tapi kat dalam settle dalam 5 minit jer kata kawan.. saya tak berkesempatan hendak kesana.. Mahu hari ni juga habis kuota RM100 billion tu kan :D




13 ulasan:

  1. Saya pun tak pergi lagi.. Tengok la esok2 kot2 kalau masih ada rezeki

    BalasPadam
  2. selamat beratur kak yati. saya takde simpanan KWSP.

    BalasPadam
  3. tu la tgk td kwn update gmbr beratur pjg sebelum pintu kwsp buka juga..lunch td pn ada opismate pegi tp pjg juga q...btul tu , urusan tk lama sgt , beratur yg pjg

    BalasPadam
  4. Ada peluang tukarlah kepada Patuh Syariah.

    BalasPadam
  5. wahhh...ramainya beratur...sempat tak buat ni..huhu

    BalasPadam
  6. Subhanallah... mcm ni gaya kakak sempat ke tak ni Yati.
    Kena pergi cepat ni.

    BalasPadam
  7. mmg ramai betul, tengok kat fb kawan2 update.

    BalasPadam
  8. Orang tu semua saja nak ambik pelepasan keje tu hihihi....Betul tak CH? Ko pun sama kan haha
    Sebab tu tak sabar sabar nak tukar jugak....

    BalasPadam
  9. Kalau macam ni ada lagi ke peruntukannya CH? Alamak, lemah kepala lutut tengok ramai macam ni!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)