JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 28 November 2016

GULAI PISANG MUDA.. emmm dapnyaaa ☺πŸ˜†

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Ini gara-gara adik ipar saya yang balik kampung FIL minggu lepas tunjuk FIL tebang pokok pisang dan buat pulak masak lemak cili padi pisang muda .. udah saya teringin pulak.. dah tekak orang kampung saya macam saya ni mesti teringinkan.. Ye la dulu-dulu membesar dengan gulai pisang ni lah kan..
Anak2 saya yang mengikut nak makan ni adalah Nabilah dan Najeeha.. sedap lah mama.. maknanya boleh terima ditekaknya lah tu :)..
Encik suami jangan cakaplah .. kalau jumpa di kedai makan ada gulai pisang muda ni.. tentu dia dah ambil kan..

Nom.. kat Warong Bistro kawan Kak Saniah tu ada tak gulai pisang muda ni.. dah kata sekarang ni dah jadi pelanggan tetap tu hahhaaha :P

Cara saya masak cukup mudah kekawan.. janji cepat siap tu.. dalam nak cepat tu cili padi tu saya tumbuk juga gitewww.. pewitttt bini siapa yang rajin sangat ni kan hahahha.... Kak Ton @ MD hang jangan muntah ijau pulak tau hahhaa..
Cukuplah merapu meraban tu.. mari kita balik ke pangkal jalan untuk menengok resepinya :D

RESEPI GULAI PISANG MUDA

Bahannya :-
- 1 sisir pisang muda (CH guna pisang lemak manis tu :D)
- 1 biji cili merah *
- 10 biji cili padi *
- 3 biji bawang merah*
- 1 inci kunyit hidup* (*tumbuk bahan hingga lumat)
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 gengam ikan bilis ditumbuk kasar.
- daun kunyit
- 1 batang serai di titik
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Siang pisang, siat kulitnya dan pisang dibelah dua, rendam dengan air garam untuk hilangkan getahnya. Kemudian toskan.
2. Dalam periuk masukan santan , ikan bilis yg ditumbuk dan cili yg ditumbuk tu.
3. Kemudian masukan pisang muda tadi, (ada separuh orang buat dia rebus dulu pisang tu bagi empuk, tapi CH suka empukkan bersama santan cair tu dan bahan lain tu barulah merise bahan2 tu kat pisang , tu cara mak CH lah yang masak).
4. Apabila pisang dah empuk masukan asam keping, serai, daun kunyit dan garam secukup rasa , lepas tu masukan santan pekat, kacau kuah perlahan2 sehingga mendidihkan. Kemudian boleh lah ditutup api.
5. Siap untuk dihidang.



14 ulasan:

  1. Dh lama X makan gulai pisang muda ni.
    Zaman kecik2 dulu mak selalu masak guna pisang kapas muda.
    Suka makan kulit dia berbanding isinya.

    BalasPadam
  2. Tak pernah makam gulai pisang muda lagi πŸ˜ƒ sedap eh?

    BalasPadam
  3. Kakak baru menikmatinya di majlis pengantin kat Danga Convention Sabtu lepas Yati. Banyak hidangannya. Selain nasi beryani ada nasi putih. Salah satu lauknya itulah gulai pisang muda. Memang sedap:)

    BalasPadam
  4. fuhh berlemak pekat..sedap ni.. terliur pulak tengok

    BalasPadam
  5. sedap nampaknya kak...
    dana penah mkn gulai pisang muda tp rasanya dana tak berapa pandai nk mkn
    kalau umbut kelapa atau nangka muda tu reti pulak dana mkn hehehhe

    BalasPadam
  6. asik telan ailio dibuatnya.
    sama la, tekak kampung kak rose pun suka gulai pisang muda camni.

    BalasPadam
  7. Assalam yatie...akak jln2 tengok blog masa senggang ni,nampak pulak resepi gulai pisang muda yatie...sedap .Dah lama tak makan.Biasanya akak masak campurkan sedikit ayam.Pisang yang nak buat gulai tu akak tumbuk2 guna lesung ....sekadar pecah2 sikit.
    Tapi sekarang dah abang berpantang kami sekeluarga pun ikut le tak makan lemak2 ni.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. adoiiii.. masak tumbuk ni yg sedap sgt ni kak yati

    BalasPadam
  10. Rajinnya menumbuj yatie kalau kaknoor kisar jalah haha sedap tuuu gulai pisang

    BalasPadam
  11. Lamanya tak buat masak lemak pisang muda...

    Kalau buat kakcik ratah je... sedapppp :)

    BalasPadam
  12. Mak kurang minat gulai pisang ni Ti sebenarnya....tp kalau org dah hidang, boleh jer makan hihi...

    Tp mak mertuaku suka Ti maklumlah orang lama kan...

    Kat WB mcm tak perasan pulak Ti, tp yg pasti kerabu perut mmg ada.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)