JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 19 April 2017

RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR SEDAP..😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Dalam minggu ni saya begitu sibuk.. tak sempat nak BW kekawan.. nanti saya terjah dan bom komen utk seminggu ye 😀😂
Sebelum tu marilah kita tengok resepi sotong yg membuat air liur meleleh 😉
Asyik lalu je kat wall FB saya.. minta di save lah tu 😉


Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah! Memang terbaek!!!

Fav anak2 ni, mak ayah pun suka! Sedap sgt2, bertambah nasi! Share cpt!

Bahan-Bahan

Inti Sumbat:
2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar mayonis

Cara-cara:
campurkan semua bahan dan goreng hancur

Sambal Sotong:
3 ekor sotong
2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
2 sudu sos cili
minyak untuk menumis
3 batang pencongkel gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukan serbuk kari dan sos cili
5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2
8. bila dah masak boleh la hidangkan ;)

Sumber :Facebook

14 ulasan:

  1. amboi tengok pun dah terliur ni haa...sedap nampaknya tu

    BalasPadam
  2. Yang utama inti sotong tu..hihihihi...dah macam karipap pulak bila PC sebut inti...terima kasih kak..share resipi...

    BalasPadam
  3. wahhhhhhhhh.. kecur. Betul2 memanggil utk dicuba ni

    BalasPadam
  4. hah gemok2 sotong tu..nk plak dlmnye sumbat telur

    BalasPadam
  5. aduh sedapnya ratah gitu je msti nyum3

    BalasPadam
  6. Wah...sedapnya CH! PH tengok jer dah rasa lapar gitu.

    BalasPadam
  7. Sedapnya yatie...tapi akak jarang beli sotong sebab kulit Iman ada alahan .

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi buat sotong sumbat mcm tu Ti....Kalau kat rumah nak masak sotong bersumbat sumbat ni malas hihi...Kalau boleh nak masak yg cepat dan ringkas je. Mcm masak sambal....

    BalasPadam
  9. Baca resipi mcm sedap je ni... tapi sekarang ni agaknya musim sotong pun bertelur... sebab minggu lepas beli sotong, semuanya ada telur.

    BalasPadam
  10. sotong kalau ada telur memang sedap sangat.

    BalasPadam
  11. sedapnye...boleh la buat menu malam ni....

    BalasPadam
  12. Entah husband dah minta suruh buat kan...Kena buat juga nampaknya ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)