JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 8 Jun 2017

Random Photo.. Puding Diraja ..πŸ˜†πŸ˜…

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Beli puding diraja ni masa puasa yg ke empat kot.. masa tu pergi pasar malam nak cari sayur jer.. sekali tu terjumpa pula penjual nasi kerabu tu jual puding diraja.. saya tak pernah rasa pun.. teringin nak rasa tu yg beli.. boleh tahan harganya.. satu bekas RM7.00.
 Kakak nabilah beli nasi kerabu utk berbuka tu baru RM5.50 hahaha.. najeeha pula nak berbuka nasi beryani ayam masak merah.. nabil masih lagi mkn bubur sebab takut sakit perut berulang lagi.. tunggu sehingga baik baru boleh mkn yg keras2.

Yang en suami terjumpa pulak murtabak singapore.. di param .. masa tu nak beli jus buah.. rasanya tak boleh lawan murtabak singapore di Muar .. kg hainom tu.. mmg power..
Skrg en suami suka sgt beli jus buah fresh kat param tu sebab dia blend kat situ. Jadi kita boleh minta jgn letak ais dan letak gula sikit saja.

Baru berkesempatan 2 kali berbuka dan solat tarawih di masjid negeri Shah Alam.. rasanya tak seperti tahun dulu.. setiap hari bertarawih di masjid.. kebanyakan solat dirumah dan surau kat taman ajer. 

Dalam bulan ramadhan ni.. Si Putih melahirkan anak :) 😊
Putih ni kucing jiran tapi dah jadi kucing angkat pulak.. puncanya dia jadi kucing angkat ni.. jiran saya balik kg emergency.. jadi terlupa nak bawa balik kg sama si putih ni.. lama juga dia balik kg.. 5 hari.. jadi putih bertandanglah kerumah kami.. kelaparan.. budak nabil dan kak nabilah suka kucing.. jadi kami bagi mkn.. siap gi beli mknn kucing tu.. sejak dari itu .. putih selalu bertandang ke rumah.. kekadang tido dirumah kami😊 si putih pandai beradap di rumah org.. selagi tak dijemput masuk.. dia hanya meletak kepalanya didepan pintu hihihi.. bila kata.. masuk lah putih..  baru dia masuk..
Ada 4 ekor anaknya.. 1 ekor hitam.. 1 ekor kelabu dan 2 ekor tompok hitam putih.. saya ni dan jeeha geli sikit anak kucing baru lahir.. wasap jiran saya yg putih dah beranak.. suruh dia dtg ambil.. jaga.. bila dah besar sikit nak dtg rumah pun tak apa hihi😊

10 ulasan:

  1. sedapnya makan puding diraja tu sejuk-sejuk

    BalasPadam
  2. Pernah makan sekali je puding raja tu.. Memamng mahal pun harganya. Tapi tak berapa in la dengan tekak.

    BalasPadam
  3. pandainya, panggil masuk baru masuk ya Putih, hihi.

    sy tak pernah mkn puding raja tu.. tak sampai hati nak beli, hihi

    BalasPadam
  4. Ala bijak nyer putih walaupun takde la putih sangat .. kekeke .. :)

    BalasPadam
  5. BAIKNYA MEOW FHM BAHASA COMEL LAGI..PUDING DIRAJA SEDAP TU TAPI MANIS SIKIT KOT

    BalasPadam
  6. dana tak penah rasa jg puding di raja ni kak... time pose ni msti mdah jumpa kt param kan...

    sedap tgk murtabak akak tu, skrg ni murtabak harap banyak bawang je... nyampah

    BalasPadam
  7. Bulan puasa ni ada macam-macam makanan yang dijual kat gerai-gerai. Tapi sayangnya, kat tempat PH tak ade pulak.

    BalasPadam
  8. Saya pun tak pernah makan puding raja tu. Teringin jugak nak rasa... tapi sejak puasa baru sekali ke pasar ramadhan... mana nak belinya keh keh keh!

    BalasPadam
  9. Tak penah rasa puding ni, atitu kt grup wasao jiran setaman ada jual tapi boleh tahan Mahal tekau, tu dia..tak payahla, kita tggu yg murah jr, hihi

    BalasPadam
  10. mcm mcm erk ada kt param...xpernah lg rasa murtabak sg...pudding diraja sekali je masa ke pahang dulu....sedapppp....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)