JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 20 Jun 2017

RESEPI KUIH BUAH ROTAN



Resepi kuih buah rotan

Resepi sedap ni memang terbaik, mudah dan sedap! Share la ya.. blh buat utk raya nti:

Bahan:
1. Tepung pulut (1 1/2 cawan)
2. Santan (1 cawan)
3. Bijan (1/2 cawan)
4. Gula (1/2 cawan)
5. Garam (1/2 sudu teh)

Cara penyediaan:
1. Campur santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul. Masak hingga gula hancur. Kemudian tutup api dan biar sejuk.
2. Bila santan benar-benar sejuk, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
5. Salut rata bebola bersama bijan.
6. Goreng hingga garing dan bewarna coklat. Ia akan terapung di permukaaan minyak bila masak.

πŸ“ΈBerminat viralkan perniagaan anda? PM admin.

✔️Share dan tag kawan2
Sumber : Facebook

17 ulasan:

  1. buah rotan ni feveret dana kak, dulu2 penah la try bt org bg resepi, katanya senang je... kite pun beria lah try... masa gentel tu mcm jd je lah... sekali dh grg dia jd kembang semangkuk hahahha...
    trs mls nk cuba lg... tau beli je hehehehe

    BalasPadam
  2. senang nyerrrrr bahan semua ade kat umah!

    BalasPadam
  3. senangnya bak buat! kuih feveret masa zaman budak hingusan dulu ni kak. tak sangka wujud lagi kuih ni. nak buat la raya ni. tq kak share resepi. :)

    BalasPadam
  4. dapat ni sebalang susah nak berhenti hihihi

    BalasPadam
  5. kuih legen ni kak...tapi agak susah nak jumpe skrang lieya rase....

    **kak,

    selamat hari raya maaf zahir batin .... minta maaf ye kalo ade terkasar bahase sepanjang kite kenal dlm blog nieh...ade komen2 buat terase ke ape ye.....hati2 dlm perjalanan di sepanjang raya....take care....

    Saidina Affan menyusun kata
    Tutur peri yang mulia
    Maaf-bermaafan sesama kita
    Di Aidilfitri yang mulia

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari lieyalatif & co.


    BalasPadam
  6. Fist time PH tengok kueh ni. Mesti sedap. Anyway, PH nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada CH sekeluarga.

    BalasPadam
  7. baru tau nama kuih ni.nampak senang, tapi kalau tak pandai buat mesti keras.

    BalasPadam
  8. Saya tak tau nama kuih ni sebelum ni.

    BalasPadam
  9. Lama dh x mkn kuih ni. Raya ni mama z jmpa lagi

    BalasPadam
  10. senang rupanya nak buat. memang sedap

    BalasPadam
  11. Saya suka kuih ni...ingat lagi sepupu panggil asam gupal..hahaha

    BalasPadam
  12. Mak den suka kuih ni Ti. Biasalah kan ....kalau diri sendiri kurang suka, lambat lagilah nak buat nampaknya hihi..

    BalasPadam
  13. Suka kuih ni..pernah buat bila gireng meletop..serik x buat lagi..huhu

    BalasPadam
  14. laa senang jer bahan dia.. nk cuba buat lah..

    BalasPadam
  15. Sapa yg pernah buat ikut resepi ni,rangup tak?

    BalasPadam
  16. Resepi ni x keras ke...sb sblm ni buat jd keras

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)