JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Jun 2018

Ziarah Kubur, Iftar, Tahlil & Solat Tarawih..πŸ’– SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN πŸ˜πŸ’–

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik utk kita menjalani ibadah puasa. Hari ini telah 26 Ramadan tinggal 3 hari Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Semoga kita dapat berjumpa Ramadan yg akan datang. InshaAllah.
Cucu kak alang.. menaburi bunga di pusara Moyang nya.. walaupun tidak sempat berjumpa.. kemain suka dia..
Hampir 4 tahun almarhum abah dan almarhumah emak pergi meninggalkan kami. Al fatihah. Jadi beginilah sambutan hari raya kami. Sebelum raya pergi ziarah kuburan keduanya. 
Ya Allah ampuni mak dan abah
Maafilah mereka..
Rahmatilah mereka..
Gantikanlah syurga sebagai tempat tinggal mereka yg baru..
Aamiin..

Selepas tu kami berkumpul untuk iftar di D Anjung Tasik Biru Kundang. Semua adik beradik ipar duai anak cucu disini. Hampir 50 orang kami disitu. Meriah sangat..

Ini dimeja anak2 yg sibuk makan steambot. Gembira sungguh mereka mengrill disitu😍😊

Ini cucu kak ateh, Naufal dan Iman.. suka mereka berlatar belakang tasik biru. Pukul 6.30pm kami dah ada disitu.

Ini anak2 buah lelaki .. mereka pun pilih steambot.. gembira nabil jumpa sepupu2nya itu.

Ini abang along saya.. along lah pengganti almarhum abah. Tempat mendapat nasihat. Sayang along.😘

Adik saya ustaz azharudin memberikan tazkirah kpd kami adik beradik setelah usai solat tarawih.
Selepas tu berkumpul di rumah almarhum abah dan emak yg sekarang didiami oleh kakak andak. Mengadakan tahlil arwah.. solat tarawih dan moreh dengan rasa gembira. Semoga ikatan ukhuwah adik beradik ini akan berkekalan hingga kesyurga.

Dikesempatan ini saya mengucapkan 
🌹SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN🌹


7 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin..

    seronok berkumpul adik-beradik, mengeratkan silaturahim..

    BalasPadam
  2. Part berkumpul adik beradik w/pun mak ayah dah takde tu. ..sangatlah menyentuh hati. .Bagus sangat.
    Meriah sungguh adikberadik kumpul ramai2 sambil mengeratkan ukhwah...
    Salam hari raya Ti yea. Mzb juga.

    BalasPadam
  3. Salam singgah, follow done 😊
    Seronok dapat bersama family..

    BalasPadam
  4. seronok tgk aktviti family akak tiap tahun berbuka n terawih sama siap ada tazkirah lagi... selalu kn dpt mcmtu kt masjid je... ni kt umah mmg rasa dia lain

    BalasPadam
  5. sronok tgk family ramai ramai gather xberpecah belah...

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya
    Maaf zahir batin

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)