JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 Julai 2018

NASI GORENG KERABU πŸƒπŸŒΏπŸ˜

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan kita semua dikurniakan kesihatan yg baik.
Telah banyak kali  saya masak nasi goreng kerabu ni.. barulah kali ini berkesempatan nak update kat blog πŸ˜†
Siapa yg suka sayur-sayuran boleh lah mencuba resipi ni.. saya sekeluarga mmg suka dgn nasi kerabu yg biasa beli tu.. jadi bila buat nasi goreng kerabu ni anak2 pun suka..

Didalam gambar ni bahan2nya sikit saja sebab saya buat utk 2 org makan. Saya dan en suamiπŸ˜‰
Kebetulan hari itu saya ada follow up doktor. Balik rumah nak masak berlauk bagai tiada lah berkesempatan πŸ˜† jadi saya masak yg segera je lah.. kat sini saya bagi resepi yg utk 2 org mkn ye.. kalau kawan nak masak lebih.. ganda ajer bahannya ye😊

RESIPI NASI GORENG KERABU
Bahannya :-
🌿2 mangkuk nasi putih
🌿4 sudu besar cili kisar
🌿1/2mangkuk ikan bilis - ditumbuk kasar
🌿1/2 ikat daun ceylom dihiris kasar
🌿 3 tangkai daun keseum dihiris halus
🌿1/2 bunga kantan dihiris halus
🌿1 btg serai dihiris halus.

Caranya :-

1. Goreng ikan bilis yg ditumbuk sehingga garing. Setelah masak angkat, ketepikan.

2. Kemudian masukkan cili besar kisar (kalau nak pedas boleh hiris cili api dan goreng sekali). Tumis cili sehingga masak.. masuk kan juga serai dan juga garam. Masak sehingga cili naik bau wangi.

3. Selepas tu masukkan hirisan daun keseum, kantan dan ceylom serta nasi putih.

4. Akhir sekali ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul sehingga sebati dan mesra.

5. Siap utk dihidang.. saya regukan dengan keropok. Krup kruk makan.. sedapnyaaaπŸ˜†

πŸƒSELAMAT MENCUBAπŸƒ

7 ulasan:

  1. suka juga nasi goreng kerabu

    BalasPadam
  2. Memang sedap ni kak...lagi banyak ulamanny lagi sedap...

    BalasPadam
  3. Ha a den pun suka gak Nasi Kerabu Ti tapi Nasi Goreng Kerabu lum pernah makan pulak . Sedap ek?

    Den kalau jadi hang tu mmg tak kuasa nak masak dah, terus makan kat luo Ti hihi.... balik terus terbongkang

    BalasPadam
    Balasan
    1. En suami den ni bukan suka mkn luo nom..
      Goreng telur pun jadi πŸ˜‰

      Ikut den mmg nak terbongkang je..
      Lopeh tu den terbongkang tido πŸ˜†πŸ˜…

      Padam
  4. W. Salam..
    Wahhh sedapnya CH..

    BalasPadam
  5. Dapnya CH.... PH sekarang tengah berdiet, tak leh makan nasi hu..hu..

    BalasPadam
  6. pernah makan kat kedai nasi goreng kerabu.tapi lebih suka nasi kerabu.
    Janji Kita

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)