Assallamualaikum kekawan semua π
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya π❤️
Pada 21.12.2019 menghantar Sofea Nabilah untuk pendaftaran di AITAF utk menduduki peperiksaan SPM pada tahun depan InsyaAllah..
Pukul 9.00am dah keluar rumah kerana pendaftaran dan taklimat bermula pukul 10am.
Habis pendaftaran Dan taklimat lebih kurang pukul 12 tengahari.. jom lah Kita makan dahulu.. makan tengahari disediakan utk semua. Anak beranak makan kat situπ
Gambar ni dihantar oleh pihak pengurusan Di group WhatsApp Pibg AITAF.. gambar selepas riadah perlawanan Bola jaring. Kak nabilah kata kumpulan dia dpt no 4, so tak ada hadiah π€
Ini masa taaruf Di dewan sekolah semua org duduk bawah.. Cuba Cari kakak mama.. mana lah mama nak tahu.. semua menunduk Tu π
Ini latihan kebakaran.. asrama mereka dirumah apartment.. so kena ada latihan kebakaran.. bagus sekolah ni..
Semalam sabtu petang habis minggu taaruf dan Kami pergi menjemput nya.. Ada tragedies masa dia main Bola jaring Tu.. cermin katanya patah dua.. masuk ni dah 5 Kali patah π€¦
Tadi pergi kedai cermin Mata ustaz Muhammad Abdullah Al Amin.. tengok power cermin mata naik smpi 400++
Ptg ni sebelum pukul 6 pm kena ada diasrama.
Mama doakan Semoga dipermudahkan segala urusan kak Nabilah utk menuntut ilmu. Ya Allah yg Maha pemberi Ilmu Dan Hikmah. Kurniakan lah kepada mereka semua yg Maha Pengurnia. Permudahkan segala urusan mereka. Aamiin π€²π»❤️





