JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label rayakan sebulan .. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rayakan sebulan .. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2019

SALAM EIDULFITRI 1440H... RAYAKAN SEBULAN 😁🤩

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘


Salam Eidulfitri Dunya 😍 bersabarlah dengan kami pendosa ini..
Ini adalah kapsyen yg ditulis oleh adik saya Ustaz Azharudin.. begitu menyentuh jiwa saya pulak 😔

Maaflah kekawan dah 22 syawal baru nak up entry Raya hihihi 🤭
Tapi kata Hainom Okje, rayakan sebulan...😉

Sama pulak Tema baju Raya dgn hainom green mint.. pilihan dua org anak dara Tu mama abah ikut jer lah..


Saya ni semenjak arwah abah dan mak meninggal ... Raya tahunan terus disebelah suami, bak kata adik saya Ustaz Azharudin, sementara Kita ada mertua, Kita raikan bersama mereka. Pak mertua saya ni pun tak berapa sihat Raya ni, terbaring jer katanya sakit2 badan Dan gigi. Solat sunat aidilfitri pun tak dpt pergi. Jadi Hari Raya pertama Tu tak jalan kemana.. duduk rumah jer.. semoga FIL segera sembuh.. Sama dah dgn menantunya, tak sihat juga..

Raya Tahun ini Ada orang baru, anak adik ipar saya yg kahwin Tahun lepas, Nabil yg paling suka sebab dah ada sepupu lelaki, Nama nya Zyan Neayl.. melekat je dekat baby ni 😍

Maaf pasangan pengantin lama nak enterprem jugak.. jangan termuntah ye 😜
🐜🐜 Semut tumpang lalu 😍😘

Bersama dua orang anak dara tercinta..😍 mengapa baju Kain lace ye.. dah mcm pengantin pulak.. sebabnya pada penghujung Bulan Oktober adik ipar saya yg lelaki Tu nak kawin, jadi temanya Kain lace, oleh kerana nak jimat Kita buat dulu baju Raya 😁

Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin buat sahabat blogs saya..😍😘