JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Isnin, 4 Oktober 2021

TB ~ Part Akhir :: Ladies Sugeh Trips ~Bacaan Yassin, Tahlil Arwah Untuk Sahabat Dan Tazkirah πŸ“—πŸ•ŒπŸ§•

 Assallamualaikum kekawan semua 🌹😍

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yg baik jua buat kita semua 🌹❤️🌹


Pagi Tu sarapan dulu.. Tema baju jubah hitam dgn tudung merah ❤️😍 berseri mak dara semua ni 🀩

Penyudahnya jadi through back part akhir Gather Ladies di Sugeh resort tahun sudah.. dah betul sangkaan Akan dibawa ke Tahun depan entry nya πŸ˜‚πŸ˜‚

 Hari ini 4.10.2021 sudah setahun berlalu . Rindunya pd sahabatku yg kukasihi kerana Allah SWT. Setahun tidak berjumpa.. 😍😘



Sementara menunggu ustazah datang Kita sembang² lagi.. tak puas² bersembang mak² yg terlepas ni..🀩😘





Lebih kurang pukul 9.30am ustazah pun sampai.. buatlah sesi taaruf sikit dgn ustazah. Ustazah ni Che Ta yg Cari.. selalu dijemput Kuliah di surau Kota Damansara. 

Lepas Tu terus buat bacaan Yasin dibimbing olehs ustazah untuk sahabat sekolah yg telah pergi bertemu Pencipta.. semoga Roh mereka dicucuri rahmat Ilahi . Aamiin YRA πŸ€²πŸ»πŸ’š

Yang dibawah ni πŸ‘‡ senarai yg diambil Dari group wasap Ladies..

Jom kekawan utk Sama Kita bacaan Yassin  tahlil utk sahabat Kita yg dikasihi kerana Allah SWT yg telah awal meninggalkan Kita Dan Kita jua Akan menyusul. 😒😒

Boleh kita senaraikan Nama sahabat Kita yg telah pergi meninggal dunia, bertemu Pencipta.

Kekawan boleh sambung list. Boleh Kita bagi pd ustazah utk Kita doakan bersama.

1. Samsiah Binti Maan

2. Suzana Binti Mahadi

3. Maznah Binti Ismail

4. Ramadaniah binti Baharin

5. Azizah Binti Abd Rasad

6. Zalmah Binti Zama

7. Noraidah Binti Nazri

8. Rahimah Binti Adnan

lelaki

1. Pawira bin Ahmad

2. Shaharuddin bin Simid

3. Mohd Khir b Khairan

4. Rosli bin Kamali

5. Rashidi bin Said

6. Azami b Abu Bakar

7. Nazri b. Abu Talib

8. Mohiyadeen b Mohammad



Selepas bacaan Yasin, ustazah bagi tazkirah bertajuk sentiasalah menjaga silaratulrahim bersama sahabat. Ustazah kata bagus kakak² semua buat gathering mcm ni, inilah membuat ikatan semakin mesra.. 😘😍



Habis baca Yasin Dan tazkirah bergambar pula dgn ustazah yg sporting ni.. 😍😘


Bergambar pula diluar.. dekat kolam renang, ustazah kata best tempat ni, mcm nak buat family's day keluarga.. mmg sesuai utk keluarga yg ramai sebab banyak bilik dan ada juga rumah² bilik Di sekitar pool Tu.. anak2 mesti suka sebab boleh terus terjun je dlm pool Tu..🀩


Lepas Tu apa lagi Kita lunch lah pulak.. lunch tengahari ini dimasak oleh mama nisah katering, sahabat sekolah juga, sedap masakkan kampung nisah ni.. yg paling best masak lemak cendawan kukur dgn pucuk ubiπŸ˜‹ membuat Kami menambah nasi 🀭


Buat juga sambutan besday bagi ladies Dari Bulan Julai - Disember.. tidak ketinggalan juga ustazah pun besday SamaπŸŽΆπŸŽ΅πŸŽΌπŸŽ‚πŸŽ‚πŸ°πŸ°


Banyak tempat yg menarik utk bergambar disini, samada didalam atau diluar rumah..πŸ˜πŸ’–



Sebelum balik ke destinasi memasing jom lahhhh Kita bergambar lagiiiiii πŸ€ͺπŸ˜πŸ˜‚ selagi tak balik bergambar je laaaaπŸ’–πŸ€ͺ😁

Aduhaiiii semakin rindu saya dengan sahabat syurga ini.. Semoga Allah SWT merahmati Kita semua 🌹😍

p/s ikut tarikh draft pada 3/11/2020 tapi tak dipublish πŸ€ͺ🀭 nak tunggu setahun juga hahahaha 🀣 blog saya ni pun dah dua Bulan tak Ada entry.. padahal Ada je cerita nak diupload.. terperap dlm draft.. hahahaha 🀣 Kian lemau dah blog ni.. kena Cari semangat baru. Tengok kes Covid 19 dah Turun .. Dan dah boleh rentas negeri.. bapa mertua pun dah Tanya bila nak balik kg ramai² ni..😁

Ahad, 22 September 2019

JANGAN RISAU KATA-KATA ORANG πŸ˜’πŸ€¬πŸ™…


JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim, 
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat 

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...sedar lah diri segala yg kt miliki  termasuk diri kt milik ALLAH SWT

-Ustaz Iqbal Zain-

Isnin, 8 Julai 2019

DISEBALIKNYA ITU ADA UJIAN..πŸ˜”πŸ˜’

Assallamualaikum kekawan semua 😍

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Diam tak diam dah masuk Bulan zulkaedah yakni Bulan ke sebelas Dalam Bulan Islam.. sudah hampir sebelas Bulan Kita melalui pelbagai ujian Dalam kehidupan ini.. semoga Kita tergolong Dalam insan yg diredhoi Allah ..


Lelaki yang badannya sado, 
Allah uji dengan rasa bangga 
mahu menunjukkan tubuh badan 
sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik, 
Allah uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem, 
Allah uji dengan dikelilingi perempuan² 
yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, 
Allah uji dengan rasa mahu sentiasa 
kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, 
Allah uji dengan rasa mahu pakai baju 
ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa 
mahu acah tahu semua perkara sehingga 
abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa 
dirinya saja yang betul sampai boleh 
menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, 
Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan 
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya 
itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai 
persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, 
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa 
dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa 
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, 
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

# Moga kita bukan semua seperti yang diperkata di atas..

Sumber : Facebook

Jumaat, 8 Mac 2019

SELALULAH BRRSYUKUR 🀲😍


Apa yang telah BERLALU 
Syukurilah dan banyakkanLah 
Memohon keampunan ALLAH 
  
Apa yang SEDANG BERLAKU,  
Sabar dan syukurinya.  

Apa yang BAKAL BERLAKU,  
Yakin dan percayai kebaikan dari Allah. 
  
Hanya DIA boleh membuka sesuatu. 
Sesuatu yang tiada sesiapa mampu membukanya, Hanya DIA boleh menutup sesuatu yang tiada sesiapa mampu menutupnya. 

Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok... 

Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok... 

Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita... 

Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini... 

Jalan yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah tapi sudah pasti yang terbaik.


Sumber : FB

Jumaat, 1 Mac 2019

SIAPA KITA...



Mungkin kerana … Kita jarang baca Quran

Mungkin kerana … Kita solat terlalu laju hingga 
tiada khusyuk 

Mungkin kerana … Kita lupa nak bersyukur
bila dapat rezeki

Mungkin kerana … Kita tak amalkan sunnah. 

Mungkin kerana … Kita terlalu sibuk mengejar duniawi

Mungkin kerana … dalam beramal kita tak hadirkan hati

Mungkin kerana … niat kita tak baik

Mungkin kerana … kita lupa DIA.

SEBAB ITU KITA RASA TAK TENANG DALAM HIDUP...

SEGALANYA MUNGKIN

Muhasabah DIRI
Tarbiahkan HATI

Luruskan niat, perbetulkan lafaz, laksanakan dengan ikhlas. 

Dari Allah … Untuk Allah … Kerana Allah … Demi Allah 

Allahu Allah 
Laa ilaaha illallah

Sabtu, 16 Februari 2019

Kuarantin RAI Hari ke 5 ~ Hikmahnya disebalik kuarantin.. Jom baca buku.πŸ“—πŸ“–πŸ“•πŸ€©

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😘

SENTIASA BERSYUKUR DALAM SEGALA KEADAAN🌹

Menurut sebuah riwayat telah pula dikisahkan bahawa Nabi ISA AS telah berjumpa dengan seorang Yang menderita sakit kusta lagi buta sehingga dia hanya mampu berbaring dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Orang itu berkata :

"Aku memuji Allah SWT yang telah melindungi ku daripada kepedihan yang telah melanda sebahagian banyak orang."

Mendengar pertuturannya ini Nabi Isa AS mendekati orang itu kemudian bertanya :

"Musibah apa lagi yang kau maksud?'

Orang itu menjawabnya:

"Wahai Nabi Allah. Sungguh diriku sangatlah jauh lebih baik daripada orang-orang Yang mana di dalam hatinya tidak dianugerahi makrifat sebagaimana yang aku dapati"

Mendengar pertuturannya ini Nabi Isa AS kembali berkata :

"Sesungguhnya apa yang kau katakan adalah benar. Tolong berikan tanganmu." kata Nabi Isa AS seraya memegang tangannya untuk mengubati semua penyakit yang dideritainya.

Sehingga dia menjadi seorang yang baik dan selalu menjadi sahabatnya Nabi Isa AS Dalam kurun waktu yang lama.


Bermotivasi saya membacanya..🀩

Ini lah bukunya.. carilah.. best sangat..😍

Saya suka baca yg ada sirah/kisah pastu Ada huraiannya.😍😘

Jumaat, 8 Februari 2019

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG πŸ’š

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...blh menjadi faktor takutkan kematian...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.

Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..

Begitulah Akhirat..

Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...

Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

 PERINDU SYURGA


Sumner : Facebook

Jumaat, 9 November 2018

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG πŸ’ž

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...



Bila kita kumpul dunia banyak², hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia...sebab cinta dunia dah kuat. Tambah² pulak bila nampak yang kita dah kumpul tu menimbun...tu yang takut nak mati...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pulak nak balik akhirat sebab harta dah hantar banyak kat sana...tu yang mati tersenyum gembira.


Sama macam kita kerja di perantauan tapi wang/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar nak pulang ke kampung kerana wang/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk bina rumah, beli tanah dan harta di sana...

Begitulah Akhirat...
kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar nak balik Akhirat...



Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.



Rasulullah ο·Ί  telah bersabda,

"Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 dan lupa kepada yang 5 :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."




Sumber :
Kitab Mukasyafah Al Qulub karangan Imam Al-Ghazali Ψ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰

Selasa, 10 Oktober 2017

ILMU RUMAHTANGGA..πŸ’–πŸ˜πŸ‘ͺπŸ’‘

Ilmu Rumahtangga;  "Lelaki mesti menjaga keluarganya, kerana dia takkan masuk syurga seorang diri. Rasulullah ο·Ί mengatakan; "Barangsiapa yang diberikan tiga orang anak perempuan oleh Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰, dan dididiknya dengan baik sehingga baligh, maka anak perempuan itu akan menjadi pendinding daripada api neraka.”

"Seorang ibu bertanya; “Kalau dua orang bagaimana?” Jawab Rasulullah ο·Ί, “Pun sama.” Dalam riwayat lain disebutkan kalau dua anak perempuan dididik dengan betul akan menjadi sebab ibubapanya untuk masuk syurga. Dalam riwayat lain pula disebutkan kalau seseorang ada dua anak perempuan dan dididik dengan betul akan macam ni dengan aku, sambil menujukkan kedudukan jari manis dan jari kelingking, yakni bermaksud duduk sangat dengan Nabi ο·Ί."

"Oleh itu, lelaki perlu bertanggungjawab kepada isteri, anak perempuan, adik-beradik perempuan supaya orang perempuan dapat apa yang sepaturnya diperolehi daripada orang lelaki. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat, kepada Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰, dan suaminya, dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara, ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya."

"Perempuan yang yang dimaksukan secara khusus ialah isteri atau perempuan di bawah jagaan lelaki, hendaklah menjadi solehah sifatnya, taat, dan menjaga kerhormatannya. Dalam hadis Rasulullah ο·Ί bersabda; "Sebaik-baik perempuan ialah kalau kamu lihat kepadanya akan menggembirakan kamu, kalau kamu perintah padanya, dia taat, dan kalau kamu tidak ada bersamanya, perempuan itu menjaga kamu pada harta, diri dan maruahnya."

"Yakni maksudnya, bukan ketiadaan suami, bapa, abang, adik membolehkan perempuan keluar ke mana saja seperti keluar dari penjara, dan berbuat apa saja yang dia nak. Perempuan yang dihantar bapanya untuk belajar di universiti, duduk di asrama, dia mesti menjaga kehormatannya untuk tidak duduk berdua-duaan dengan lelaki. Jika tidak, dia tidak menjaga hak bapanya."

"Tidak boleh keluar melancong dengan lelaki lain, agar tidak khianat amanah bapanya. Apa kata Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dalam ayat ini? Perempuan yang menjaga dirinya maruahnya ketika "ghaib", yakni dalam keadaan tidak dilihat oleh penjaganya, baik itu suami bapa abang adiknya."

"Berapa ramai zaman sekarang ini yang terkadang mak bapa juga mengabaikan anaknya berjalan keluar dengan siapa? Dan bukan ghaib lagi, tapi di depan mata. Ibu bapa yakin dengan anaknya sedangkan Rasulullah ο·Ί tidak yakin. Saba baginda, “Tidak berduaan lelaki dan perempuan kecuali yang ketiga ialah syaitan.”

"Orang zaman sekarang memanipulasi hadis ini dan kata “Tak apa, mereka takkan buat apa-apa.” Ini meletak amanah, keyakinan bukan pada tempatnya. Maka, sifat perempuan solehah adalah menjaga maruahnya ketika ketiadaan lelaki, dengan tidak membiarkan sesiapa saja masuk ke rumahnya! Jaga hak Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰."

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka, nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan, kalau juga mereka masih degil pukullah mereka dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya. Bukan dengan memudaratkan."

“Nusyuz” derhaka, tidak taat. “Pulaukan..” bermakna pulaukan di tempat pembaringan tidur dan bukan untuk suami tinggalkan untuk tidur di hotel atau ke luar negara. Nabi ο·Ί melarang seseorang yang ingin menghukum isterinya untuk meninggalkannya. Yakni, maksudnya dipulaukan untuk tidak dihampiri di rumahnya."

"Dipukul’, apa maknanya? Adakah Islam kejam seperti yang diwar-warkan oleh golongan orientalis. Apa maksud ‘pukul isteri’? Kita mesti melihat ayat ini tentang isteri yang derhaka. Saya yakin semua orang sepakat sesiapa yang bersalah, dia layak dihukum. Tak kira jenis pelanggaran undang-undang, jika dilanggar ada hukumannya dan hukum berbeza dan bergantung pada kesalahan yang dilakukan."

"Adalah menjadi  kebiasaan dalam rumah tangga berlaku perselisihan antara suami atau isteri, tetapi tidak semua permasalahan boleh dianggap sebagai nusyuz dan isteri boleh dipukul. Tidak, bukan seperti itu. Perlu belajar dulu, perselisihan dalam rumahtangga ada kalanya perkara yang wajar. Kita tidak tahu pasang-surut hubungan suami-isteri kecuali ada bergaduh sikit, tapi tak bolehlah sering sangat."

"Nabi ο·Ί tidak pernah angkat tangan pukul isteri, anak apatah lagi orang lain. Dalam jihad pun Nabi ο·Ί cuma beberapa kali sahaja ketika orang mencabar kepada baginda. Nabi ο·Ί tak pernah angkat tangan untuk pukul orang. Sayyidina Ali bin Abi Thalib رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ ΩˆΨ£Ψ±ΨΆΨ§Ω‡ mengatakan ayat ini; "Dan boleh pukul isteri hanya jika isteri derhaka, dan bukan untuk perselisihan yang kecil-kecil."

"Dalam rumahtangga Rasulullah ο·Ί pun terkadang berlaku perselisihan dengan isteri-isteri baginda. Kisah Rasulullah dan Aisyah berselisih faham, dan minta Sayyidina Abu Bakar jadi orang tengah, tetapi akhirnya Aisyah tersilap cakap tentang Rasulullah ο·Ί, dan Sayyidina Abu Bakar marah kepada Aisyah dan ingin memukulnya. Aisyah akhirnya bersembunyi di belakang Nabi ο·Ί untuk berlindung."

"Sayyidina Abu Bakar belum reda marahnya kepada Aisyah, tetapi Rasulullah sudah berbaik dengan  Siti Aisyah. Tiada masalah yang menginap lama di rumah Rasulullah terus diselesaikan. Namun hari ini, pelbagai warna-warni orang merajuk sehingga ada yang keluar rumah. Teladani orang yang paling baik, iaitu Nabi Muhammad ο·Ί."

"Maka, yang dimaksudkan dengan nusyuz bukanlah hal-hal yang biasa terjadi dalam rumahtangga. Tidak dianggap nusyuz jika tidak buat kopi di rumah, atau kurang layanan kerana letih. Tetapi dianggap nusyuz bagi perkara yang prinsip perbuatan yang memang menghina kepada lelaki, tidak memberi penghormatan pada suaminya, dan sikap yang melanggar kepada hukum syarak. Maka, di sini barulah lelaki boleh tegas menghukum."

"Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ suruh nasihatkan dulu, bukan terus pukul. Sampai bila? Sampai sudah ‘fed up’, tetapi nasihat tidak mendatangkan manfaat, kemuadian pulaukan di rumahnya, bukan keluar rumah, jika itu pun tidak bermanfaat juga, baru boleh dipukul. Mesti ikut tertib, dan bukan terus pukul! Mulakan dengan nasihat, pulau, dan kemudian jika tak bermanfaat, baru pukul. Pukulan pula mesti yang tidak memudaratkan, bukan pukulan yang mencederakan. Bagaimana bentuk pukulan?"

"Nabi Ayub  ΨΉΩ„ΩŠΩ‡ Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… pernah marah pada isterinya, dan bersumpah; “Demi Allah, nanti aku sihat aku akan pukul kamu dengan seratus pukulan.” Kemudian bila sudah sembuh, dia sedar dia telah tersilap sumpah sebelum itu. Tetapi oleh kerana sudah sumpah, sama ada langgar sumpah atau kena tunaikannya."

"Lalu Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ ajarnya untuk ambil seratus lidi halus, dan dipukul isterinya sekali. Dipukul sekali seakan-akan menyamai seratus kali. Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ ajarkan demikian agar orang tak kejam pada orang rumahnya. Walaupun menghukum, pukulan itu adalah pukulan rahmat dan bukan pukulan melepas geram."

"Dalam Al-Quran disebutkan se’detail’ ini tatacara berhadapan masalah dalam rumahtangga. Ini menunjukkan kepentingannya. Rumahtangga anda adalah tanggungjawab anda kepada Allah."Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

"Jika mereka taat, jangan ada tersimpan dendam kepada mereka yakni isteri. Ayat berikutnya menceritakan masalah yang tidak boleh diselesaikan antara suami dengan isteri, dan bagaimana menghadapinya."

"Kalau tengok dalam Al-Quran, ayat tentang hukum hakam sikit saja, tapi ayat dalam hubungan antara manusia, kehidupan rumahtangga, dijelaskan dengan panjang dunia begitu terperinci. Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„ mengkehendaki rumahtangga yang harmoni, yang tenteram, damai, tiada bising sehingga dikupas ayat-ayat dalam Al-Quran untuk membimbing dalam kehidupan rumahtangga supaya rukun, harmoni, damai dalam rumahtangga."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Copy paste
Sumber :  facebook

Khamis, 5 Oktober 2017

Awasi Pintu-Pintu SYAITAN..😈😈

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik..








Sumber gambar : Facebook


Malam tadi gi surau ada ceramah maal hijrah.. ustaz tu kata makna Syaitan tu.. yanggggg sangattttt  jauhhhhh..
Makna yang sangat jauh dari rahmat Allah.. keberkatan Allah.. justeru itu dia akan menghasut kita juga jauh dari Allah sebagai mana syaitan tu yg sgt jauh itu.. oleh itu kita wajib meminta perlindungan dari Allah dari syaitan ini. Wallahualam..

Jumaat, 11 Ogos 2017

Kata Ustaz Tentang SOLAT..😍

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    *USTAZ AZHAR IDRUS*

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
     *Ustaz Kazim Elias*

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      *Ustaz Don Daniyal*

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     *Datuk Ismail Kamus*

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    *Ustaz Haslin Baharin*

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     *Al-Habib Ali Zainal*

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     *TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki*

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    *Sheikh Abdullah Jahaf*

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     *Ustaz Dasuki Rani*

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        *TG Harun Din*

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      *Ustaz Pahrol*

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 *SELAMAT* *BERAMAL* . *JGN* *LUPA* *KONGSIKAN* *DGN* *ORANG* *LAIN*

Sumber : WhatsApp

Ahad, 13 November 2016

Kelebihan WANITA Untuk BERSEDEKAH..

CARA WANITA BERSEDEKAH...

Bagaimana wanita blh bersedekah, sedangkan mereka adalah surirmh dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa sedih dan berandaikan dgn berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" W/pun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pd harta shj. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah WA, LINE, FB, BBM anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan2 yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak2 anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kpd jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pd kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...



Sabtu, 12 November 2016

16 KOLEKSI SUNNAH NABI YANG MUDAH

*Koleksi Simple sunnah*
(1-16)

*Simple Sunnah#1*
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

*Simple sunnah#2*
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

*Simple sunnah#3*
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

*Simple sunnah#4*
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

*Simple sunnah#5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

*Simple sunnah#7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

*Simple Sunnah#8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

*Simple Sunnah#9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

*Simple Sunnah#10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

*Simple sunnah#11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

*Simple sunnah#12*
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

*Simple sunnah#13*
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

*Simple sunnah#14*
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

*Simple sunnah#15*
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

*Simple sunnah#16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ…Ώ
Sumber :: whatsApp

Ahad, 6 November 2016

15 SEN ITU AMAT BERHARGA 😒😒:(

Assalamualaikum
Pesanan kpd org yg 'Ada duit'.
Coretan dr saudara Ebit Lew... mudahan jadi iktibar kpd kita semua.


Nilai 15 sen buat orang miskin dan orang susah..

Tadi semasa di sebuah kedai ada orang berbual kata ish cuma 15 sen jer ustaz. Cuma seringgit lebih jer...bukan banyak pun. Sebenarnya abang seringgit atau sejuta semua takde kuasa. Yang berkuasa cuma Allah. Allah akan tanya seseorang yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya lapar, Allah akan tanya dia di akhirat. Bagi seorang yang miskin dan susah, 15 sen tu sangat besar abang. Rm1 tu besar nilainya.

Tadi baru saya tengok seorang remaja tanya harga nasi lemak ini berapa makcik? Saya cuma nak yang rm1 jer. Bagilah yang mana-mana pun. Sebak rasa dan saya kata padanya adik ambil yang mana-mana pun abang belanja. Sedih rasa..ya Allah..

Semalam saya berbual dengan 2 orang kawan yang baru mula nak jual air tepi jalan sebab perniagaan lain tak jadi. Semua habis. Kedai tutup. Air dia jual cuma rm1 jer. Saya terima puluhan mesej perniagan mereka susah dan tak jadi. Mereka menangis minta doa.

Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 km dalam hujan balik dari ambil ubat untuk anak sakit. Cuma ada Rm2. Tiada duit dalam bank. Rm1 guna di hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.

Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.

Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.

Seorang hafiz Al-Quran sedang belajar lari sana sini kerja. Semua orang marahkannya sebab risaukannya. Tapi siapa tahu apa yang dia tanggung menanggung ibunya yang dah tua. Tinggal dalam pondok buruk dikelilingi bahaya dalam pedalaman dengan sedikit duit zakat dan menjual kuih. Menangis waktu malam. Semua orang ada kisah...

Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..

Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.

Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.

Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Di suruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.

Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain. Takdir kita semua tak sama. Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.

Dalam Al-Quran, Allah menerangkan siapakah manusia penipu pendusta dalam agama. Iaitu orang yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah. Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang. Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Duit bersepah-sepah dan sudah tiada nilai. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah. Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang. Saya jumpa ramai orang kaya yang tak faham bagaimana orang miskin ni pemalas. Memang ada yang malas tapi bukan semua. Mungkin bila Allah ambil semua kembali baru mereka faham....

Ada kerana beberapa sen makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana beberapa sen ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.

Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan orang Islam senang sahaja. Saat pemimpin mereka mengutip cukai sedangkan mereka hidup mewah dan senang itulah zaman kehancuran dan kekalahan mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari tuhan lagi.

Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku. Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. Indahnya Islam.

Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Terbaik kita bantu ahli keluarga kita yang rapat. Ahli keluarga isteri kita. Rezeki kita bertambah dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Jaga solat awal waktu kerana Allah janji rezeki di dalamnya. Buat solat dhuha 8 rakaat sehari. Baca surah waqiah setiap malam. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka menzalimi ramai orang.. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun. Buatlah dakwah dan doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami semua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu. Yang paling kami inginkan ialah keredhaanMu. Hanya KegembiraanMu atas kami membuat segalanya berbaloi.

Begitulah lebih-lebih lagi nilainya iman di akhirat nanti. Itulah hari penentuan segalanya. Tiada beza antara orang kaya dan miskin melainkan takwa. Setiap amalan menjadi begitu bernilai. Semuanya akan dihitung. Tiada satu masa yang berlalu yang tidak ditanya oleh Allah.
Mungkin malam ni kita mati, marilah kita semua bertaubat pada Allah. Tiada masalah yang lebih besar dari mati tanpa mengenal Allah. Itulah masalah paling besar dan paling dahsyat.. Tiada bahagia yang lebih besar selain dari mencintai Allah. Mencintai Nabi saw..ya Allah rindunya kepadaMu..Terima kasih beri kami Islam..-yang bersyukur pasti mulia dan yang bersabar pasti berjaya
Ubat bagi setiap orang kaya dan miskin ialah beri masa berdakwah di jalan Allah. Duduk dan makan bersama orang miskin. Melihat dan memahami keadaan manusia yang lain.
Sumber : whatsApp

Ahad, 16 Oktober 2016

DUIT BERBISIK KEPADA SAYA πŸ’°πŸ’²πŸ’΅πŸ’±πŸ˜Š



DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi  resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nnt kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku kejalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.

~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~

#BahagianDakwah-Abcm

SHARING IS CARING

Sumber : whatsApp

Jumaat, 19 Ogos 2016

APABILA USIA MENGHAMPIRI USIA 50 TAHUN ... Saya Lah Tu ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah, semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..




πŸ’₯PESANAN PROF DR HARLINA.... ANAK BEKAS KADI SG. BESAR.


PADA YG MASUK USIA 50, 50++,


Nasihat untuk KITA yang dah umur 50 tahun lebih ni.....

PERTAMA:
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

Sumber: WhatsApps

p/s saya lah tu.. beberapa tahun lagi umur dah masuk 50 tahun.. terasa getar juga didalam jiwa.. apakah yg akan saya bawa ke akhirat kelak.. Ya Allah, tunjuki lah aku jalan keredhaan Mu, kuatkan lah iman ku, berilah keampunan kepadaku, berilah taufik dan hidayah Mu kepada ku. Aamiin...

Selasa, 7 Jun 2016

Untuk Sahabat ... WAHAI WANITA ^__^



Wahai wanita,

jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,

jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,

jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,

jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,

jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,

jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,

dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,

dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

Ahad, 29 Mei 2016

NAFSU YG TERSEMBUNYI... Adakah Dalam Diri Aku..πŸ˜’πŸ˜“

NAFSU TERSEMBUNYI

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq.

Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apapun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak.
Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri.
Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan difikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan perancanganku untuk menjual rumah.
Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat dan berjaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan h
ari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.
Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku terdengar suara,
“Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”
“Masih...”, jawab suara lain. “Masih berbaki yang ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku.
Tidak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!! aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.
Sumber : WhatsApp