JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 1 Oktober 2019

Ya Allah Permudahkan Syaza Najeeha Dalam Peperiksaan PT3 😍☺️

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Hari ini 1 Oktober 2019 bermulanya peperiksaan PT3, sepatutnya semalam kan tetapi ditangguhkan sebab kemangkatan Sultan Kelantan. Al fatihah.

Pagi tadi bergegaslah ke sekolah Najeeha untuk Sama memberi semangat bagi jeeha utk menduduki peperiksaan, sampaikan musollah tengok mereka dah solat, terlepas saya solat sunat taubat. Hanya sempat utk solat hajat. Alhamdulillah.. rupanya saya satu saf dgn Najeeha, tersenyum gembira bila tengok saya datang. Selepas membaca doa dan ambil roti Dan kismis, mereka menuju ke Dewan periksa, jeeha hanya ambil kismis aje, katanya dah sarapan tadi kat Dewan Makan.. gambar ni Nabil yg ambik sebab murid Tahun 5 exam UPKK, dia cuti dua Hari ni.. esok dia kena sekolah..


Melangkah masuk ke Dewan periksa, mama doakan semoga dipermudahkan Najeeha menjawab peperiksaan, tenangkan diri.

Hanya doa ini yang saya zikirkan sepanjang Najeeha menduduki peperiksaan..
Kekawan yg ada anak ambil peperiksaan silalah baca zikir ini..

Begitu juga masa Nabil exam UPSR Dan PSRA, saya baca zikir ini, selepas dia keluar Dewan selalu cerita apa yg berlaku didalam Dewan. Dia kata Nabil terlupa jawapan , Lepas Tu Nabil selawat, ingat mama cakap suruh selawat, pastu tak lama Tu baru Nabil teringat jawapannya, begitu juga yg dikongsikan oleh Najeeha, guru pengawas exam datang ke mejanya pastu baca kertas jawapannya, pastu guru pengawas Tu cakap yg ini Salah, jawapannya yg ini. Ya Allah bersyukur saya atas bantuan yg diberikan oleh Mu Ya Allah.


*(Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna.)*

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak² sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak² ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna... 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 😍






12 ulasan:

  1. Aamiin .. semoga dipermudahkan buat anankanda menempuhi ujian.. In Shaa allah

    BalasPadam
  2. Semoga kejayaan menanti anakanda...

    BalasPadam
  3. Aamiin
    Semoga mendapat keputusan yang cemerlang nanti

    BalasPadam
  4. moga di permudahkan buat najeeha...

    BalasPadam
  5. Aamiin....
    Semoga kejayaan menanti Syaza Najeeha.

    BalasPadam
  6. Moga Najeeha di permudahkan dlm menjawab soalan2 exam... di terangkan hati...

    BalasPadam
  7. Insyaallah Najeeha pasti boleh..
    Zikir yang yatie kongsi kat wasap ni dulu akak amalkan masa Iman pekse upsr...Alhamdulilah dapat result yang baik .Apatah lagi ibu yang mendoakan pasti tiada hijab nya.

    BalasPadam
  8. Semoga ank2 kita berjaya menghadapi pt3 dgn tabah dan tenang kan Ti

    BalasPadam
  9. moga mndapat kputusan yg cemerlang najeeha..

    BalasPadam
  10. Anak saya pun ambik PT3 juga. Moga anak anak kita sama sama berjaya.

    BalasPadam
  11. lambat singgah nak wish all the best..
    tapi inshallah keputusan cemerlang menanti ^^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)