JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 31 Disember 2019

Memulakan Pengajian Di Maahad Tahfiz Al Quran ~Muhammad Nabil Syahmi 😘💖💚😍

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Pada 22/12/2019, mendaftar Muhammad Nabil Syahmi Di MTQHIRA untuk memulakan Pengajian Dalam hafazan Al Quran selama tiga Tahun.. ini ketika majlis taklimat oleh Ustaz Amir..

Sepuloh orang pelajar pengambilan baru, Ada lagi 4 orang belum hadir mendaftar. 

Hari pertama Pengajian bermula Hari isnin tu bagi pelajar baru.. mereka yg pelajar lama meneruskan hafazan mereka.

Pada awal mereka mulakan dgn muqadam bagi membetulkan makhraj (sebutan) ayat alquran, tajwid Dan panjang pendek sebelum memulakan hafazan.. Dari pada taklimat itu Hari , pelajaran ini selama 6 Bulan.

Membaca manzil Dan zikir selepas asar..

Mereka makan dalam Dulang (talam).. seronok mereka.. 1 talam 4 orang pelajar. 

Mudir maahad ini, adik saya Ustaz Azharudin.. berkongsikan cerita Di Morocco sewaktu mencari universiti dan tempat Pengajian disana, bagi pelajar MTQHIRA untuk menyambung pelajaran mereka disana. Belajar universiti disana percuma, pelajar perlu bayar penginapan Dan makan minum sahaja.

Seronok mereka mendengar cerita2 mudirnya.. tak sabar mereka hendak melanjutkan pelajaran disana.

Pengajian asas tajwid Di pagi Hari..

Mengajar dlm kelompok yg kecik menyenamgkan mereka fokus..

Malam jumaat mereka selalu mendapat sedekah Dari orang ramai.. Malam Tu mereka dapat burgers 😍😁

Bacaan yassin Di Malam jumaat Dan surah Al khafi Di pagi Jumaat.. semoga cahaya keimanan Dan ketaqwaan sentiasa bersama mereka.💚😘💖

Belajar ilmu fardu ain di pondok Pula..

Menerang semula apa yg dipelajari.. 
Semalam 30/12/2019 - 7/2/2020 adalah tempoh berpantang selama 40 Hari. Sepanjang tempoh tersebut ibubapa tidak boleh Telefon Dan berjumpa dgn anak2. 🤭😁
Kebanyakan gambar2 ini dikongsi Dalam group wasap MTQHIRA untuk ibubapa melepas rindu.. selalunya kaum ibulah yg rindu sangat anak2 nya🤭😁.
Terima Kasih ustaz Amir yg rajin layan ibu2 yg suka bertanya ni.. 😁🤭

Ya Allah yg Maha Pemberi Ilmu Dan Hikmah, kurniakan lah kepada mereka semua yg Maha Pengurnia, permudahkanlah urusan Pengajian hafazan Al Quran mereka. Aamiin 🤲🏻❤️

P/s esok 1/1/2020 menghantar Najeeha ke asrama Samttaj.. tinggallah Kami berdua dirumah kerana anak2 semua diasrama.🤭😊


8 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Mudah2an menjadi alhafiz nanti.

    BalasPadam
  2. Wah..Alhamdulillah tumpang seronok tengok.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan dan diterangkan hati anakanda sepanjang melalui sesi pembelajaran ini.. Aamiin..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, semuga Nabil berjaya dengan cemerlang dan mejadi Al-Hafiz kelak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)