JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 April 2020

LABU BERENDAM VS BADAK BERENDAM 🀭😁😍

Assallamualaikum kekawan semua 😍

Salam Ramadan ke 4 Kita Hari ini..
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus Kita menjalani ibadah puasa ini ye kekawan semua 😍😘


Buat kuih labu berendam ni bila kak alang saya share kat FB.. jadi terujalah nak mencubanya. Kebetulan encik suami ada beli sebelah labu, besar juga, semangatlah nak mencuba Tu😁πŸ’ͺ


Inilah hasilnya Kami membuat labu berendam Tu.. banyak juga dapatnya..

Ini kreativiti anak2.. bila saya post di group keluarga.. mak Lang punyalah gelak.. ulat labu pun Ada🀭, takut mak lang nak makan 😁


Bagi juga pada jiran Kami, masa Tu saya Ada Oder dendeng, sedap jiran saya buat, Lepas Tu dia Kasi Pula nasi daging, kakak Tu kata Ada lebih air rebusan daging . Jadi nak memulangkan bekasnya , Kita balas dengan labu berendam ni..


Ini selepas direbus  sebelum dituang kuah santannya, resepinya lebih kurang macam buat kuih onde-onde juga. Jom Kita intai resepinya.




RESEPI  LABU BERENDAM

Bahannya :-
  • 2 cawan labu yg telah dikukus dan dilenyek
  • 2 1/4 cawan tepung pulut
  • 1 ketul gula Melaka - potong kecil dadu

Caranya :-
  1. Lenyek labu yg telah di kukus hingga lumat.
  2. Gaulkan sebati dengan tepung pulut. Jika adunan keras boleh letak air sikit, tapi saya tak letak pun, elok aje semasa menggentel tu.
  3. Kemudian gentel buat bentuk bebola kecil, kemudian masukan gula melaka yg dipotong kecil dadu ditengahnya, lepas tu gentel semula sehingga kemas. Buat sehingga habis adunan.
  4. Saya ambil sikit adunan , letak pewarna hijau untuk jadikan tampuknya. 
  5. Untuk membentukan labu tu, ambil pencungkil gigi, tekan pada bebola menjadi bentuk labu , Lepas tu letak tampuk hijau.
  6. Jerang air dalam periuk bersama daun pandan, jika nak wangi hingga mendidih. Apabila air mendidih masukan adunan yg digentel bebola labu tadi . Angkat apabila ia sudah terapung.
  7. Susunkan didalam bekas nanti boleh tuang kuah santan didalamnya.

Bahan untuk santan

250ml santan pekat
1 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam
Daun pandan

Caranya :

1) Satukan semua bahan dalam periuk, kacau sehingga mesra semuanya.

2)Masakan bahan dengan api yg sederhana  sehigga mendidih dan likat. Selepas itu tuang kedalam bekas yg telah disusun labu tadi. Simpan didalam petiais. Sedap dimakan sejuk. Itu pun terpulang pd selera kekawan ye 😍 


Selamat mencuba😍



12 ulasan:

  1. Cutenya labu berendam CH! Mesti sedap :)

    BalasPadam
  2. Cantiknya kak, rajin lak buat benda comel gitu

    BalasPadam
  3. first time dengar pasal labu berendam hoho.. hebat!..

    BalasPadam
  4. Satu lagi inovasi dari labu ek, nnt nak cuba jugalah, comey sangat weyh

    BalasPadam
  5. Rajinnya mengentel tp anak2 sika buat keje2 mcm ni..

    BalasPadam
  6. Hihi... ulat labu pun ado ye TI. Patutlah mak Lang pun tak tahan gelak.... Teringin jugaklah nak beli labu kalau mcm ni....sana sini asyik hidang labu je

    BalasPadam
  7. terima kasih resipinya..tambah lagi list menu berbuka nanti.

    BalasPadam
  8. keratif anak2 Yatie, tapi tang ulat tu memang no no lah..hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)