JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 22 Mei 2020

SOLAT QADHA & KAFARAH DI JUMAAT TERAKHIR RAMADAN




*SOLAT QADHA' & KAFARAH DI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN*

WAKTUNYA :

Untuk tahun ini jatuh pada Hari Jumaat 22 Mei 2020.

*Ada 2 Kaedah:*

Kaedah pertama:
- Adapun tatacaranya adalah dilakukan selepas solat jumaat, solat dengan niat qadha‘. Pertama solat zuhur, kemudian setelah salam terus bangun solat asar qadha‘ dan begitu seterusnya sampai solat subuh dan diselesaikan mengqadha' kelima-lima waktu itu sebelum waktu asar hari jumaat tersebut.

Kaedah kedua:
- Solat sunat Kafarat, dilakukan pagi jumaat sebelum solat jumaat.
- Barangsiapa selama hidupnya pernah meninggalkan solat tetapi tak dapat menghitung jumlahnya, maka solatlah di hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan sebanyak 4 rakaat dengan 1x tasyahud (tasyahud akhir saja), tiap rakaat membaca 1 kali Fatihah kemudian Surat Al-Qadar 15 X dan surat Al-Kautsar 15 X.

Niatnya "Nawaitu Usolli arba’a raka'atin kafaratan limaa faatan‘ii minas-soIati lillaahi ta'alaa".
(Sahaja aku solat sunat kafarah empat rakaat bagi solat yg telah luput ke atasku kerana Allah Ta'ala).
Atau
(Sahaja aku solat sunat kafarah empat rakaat kerana Allah Ta'ala)

2 ulasan:

  1. tahun ni solat raya pun d rumah saja...mengeratkan silaturahim keluarga...

    BalasPadam
  2. Baru sy tahu. Lps ni nak qadha la solat2 yg tertinggal zaman jahiliah dulu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)