JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Mei 2020

TASKING 10 MALAM TERAKHIR πŸ™‚





Tasking 10 Malam TerakhirπŸ˜”
Bermula esok, Selasa malam Rabu
20 Ramadhan, 12/5/2020.
Jom rancang dari awal.

Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawahπŸ‘‡

1. Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat. Cara dan fadhilatnya lihat link iniπŸ‘‡( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)
https://youtu.be/OpyvSBKO2t0

2. Teraweh

3. Solat Taubat

4. Solat Tahajud (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. Solat Witir

6. Istighfar 100x (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. Selawat 100x ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. AlMulk 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. AlWaqiah 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. Baca Quran dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. Sedekah Duit/Infak/Wakaf ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

Pilihan

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100?

c) Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh Lihat link iniπŸ‘‡
https://serantaumuslim.onpay.my/
Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. Zikir

a) Subhanallah 100x (Ganjaran separuh timbangan)

b) Alhamdulillah 100x ( Ganjaran Seluruh Timbangan)

c) Allahu Akbar 100x (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)

d) Laa ilaaha illallah (Wajib Syurga baginya)

e) Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)

f) Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)

g) Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x ( Rezeki mengalir deras)

h) Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)

i) Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. Sedekah al fatihah
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan alfatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. Ayat Qursi 3x ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. At Takatsur 10x ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. Al Ikhlas 39x
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x

18. Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar

19. Doa apa saja yang dihajatkan

20. Dengar 1 majlis Ilmu (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun didalam kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan di usahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. InshaaAllah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

Bayangkan jika kita selesai 20 tasking ni umpama kita melaksanakan 20 tasking ni selama 1000 bulan = 84 tahun tanpa henti. Sebarkan pada keluarga, jiran, saudara mara dan sahabat2 yang anda sayang. Semoga segala amalan mengalir untuk sesiapa yang menyebarkan kebaikan tanpa mengurangkan pahala orang yang melaksanakannya. Allahumma aameen ☺️

4 ulasan:

  1. Aamiin.
    Jom pertingkatkan amalan kita

    BalasPadam
  2. syukran for sharing...pecutan terakhir meraih pahala berganda..

    BalasPadam
  3. terima kasih utk peringatan ni.
    thn ni aman nak buat amal kan.
    most of us berada di rumah, kerja dari rumah.

    BalasPadam
  4. TQ Ti ..... moga Allah bagi kekuatan untuk melakukannya maklumlah kekadang ngantuk mengatasi segala galanya ...kalau dah mengantuk lupa dunia terus huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)