JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 9 September 2020

RESEPI APAM KELEDEK UNGU 😋😍

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍❤️

Dah lama blog saya ni sepi dari resepi.. aduhaiii 😁 jom lah Kita tempek satu resepi yg saya bawa pergi mengaji ni 😋😍



RESIPI APAM KELEDEK UNGU

Bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan keledek ungu(siap direbus dan dilenyek)
1 cawan gula pasir
1 biji telur
2 sudu teh yis mauripan
1 cawan santan pekat
Kelapa parut putih secukupnya

Cara-caranya

1) Kisar gula, santan, keledek Dan telur sehingga kembang.
2. Ayak tepung da kemudian gaulkan yis bersama tepung.
3. Lepas itu, sudukan sedikit-sedikit tepung kedalam pengisar, kemudian kisar, buat sehingga tepung habis.
4. Kemudian masukan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 15-20 minit.
5. Didihkan air pengukus, sementara itu letakan adunan dalam acuan yg disukai.
6. Kukus selama 15 minit dgn api yg sederhana.
7. Kemudian taburkan kelapa parut. Saya kukus sikit kelapa letak sedikit garam utk kelapa tidak basi.

Selamat mencuba  😍😋

11 ulasan:

  1. Sedapnya Kak Yati..
    Untung kwn2 mengaji dpt merasa.
    Saya pun dah lama tak post resepi..
    padahal ganjarannya sgt besar hingga liang lahad.

    BalasPadam
  2. cantik colour dia soft2 jew kan..eh macam dah lama x makan apam..

    BalasPadam
  3. dana tak pernah cuba ni kak... menarik nih nanti boleh cuba

    BalasPadam
  4. sedapnya yatie... lama dah kak rose tak buat apam cenggini..

    BalasPadam
  5. Sedapnya CH..

    Sejak2 berumur ni, semangat ke dapur pudar

    BalasPadam
  6. Mcm sedap jew tu, senang pun senang, tapi bila agaknya nak cuba ek, haha..penyakit MM..malas masak😁

    BalasPadam
  7. sedapnya nampak apam ni. letak dalam acuan puteri ayu lagi cantik :)

    BalasPadam
  8. Wah.. menarik.. guna keledek ungu ye kak..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)