JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Januari 2021

Sakit Perut

 Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya Dan didalam rahmat Allah SWT.😍
Pada Hari rabu saya Dan Nabil kena refer hospital sebab dah seminggu sakit perut.


En suami hantar Di hospital Avisena , senang nak tengok katanya. Oleh kerana prosedur warded kena buat swab test Covid 19, jadi pagi Tu buatlah. Doktor kata keputusan 24 jam, jadi Kami kena kuarantin dibilik isolation Di Avisena Tu, oleh kerana nabil Masih kanak2 dia dihantar ke hospital kanak2 avisena. 

Malam Tu saya jalani juga prosedur utk buat endoscopy esok. Bila dah minum air utk bersihkan usus, dah ke tandaslah saya. Semalaman tak tido.. huhuhu..
Nak pukul 3 pagi baru terlena. Pukul 6.09am dengar azan subuh dari masjid negeri Shah Alam. Terus bangun Mandi Dan solat subuh..

Prosedur Akan dijalankan pukul 10 am . Jadi tunggulah doktor dtg utk terangkan prosedur endoscopy.

Dalam pukul 8.30am dpt call Dari hospital kanak2 avisena. Doktor kata results test Covid positive. Terkedu saya.. Allahuakhbar.. saya Tanya bgmana dgn results saya. Doktor kata boleh Telefon kaunter nurse. Saya pun call kaunter nurse, nurse kata sekejap lagi doktor jumpa. Pukul 9.00am doktor smpi dan bawa Surat pengesahan yg saya pun positive Covid 19.... 😔

Doktor kata Kami dah hubungi KKM Dan Akan dihantar ke hospital sg buloh...





1 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)