Saya tidak (lagi) menulis tentang kisah keluarga kami sejak isteri dan anak keluar ICU & NICU Hospital Sg.Buloh serentak.
Saya sendiri seakan tidak dapat menyusun kata dan rasa untuk menulis kisah sendiri. Hinggakan pernah isteri bertanya, apa pandangan saya jika beliau menulis “kisah sepanjang puluhan hari di Hospital Sg.Buloh?”, saya katakan ringkas, “Tak payahlah”. Adalah sebab-sebab tersendiri yang saya kongsikan.
Namun kadang setelah mendengar dari mulut beliau sendiri beberapa insiden-insiden atau kisah-kisah di ICU, sokongan dan usaha frontliners yang hebat dan terpuji, pandangan saya sedikit berubah – untuk dikongsikan sahajalah, biar orang ramai tahu dan mungkin boleh diambil pelajaran.
Pelajaran tentang apa itu ‘Ujian/Musibah’?
Tentang apa itu ‘Nikmat’?
Tentang sejauh mana itu ‘Tawakkal?’
Tentang bagaimana mengimbangi Khauf (takut) dan Raja' (mengharap) pada Tuhan?
Semuanya dalam satu kisah.
“𝘏𝘢𝘳𝘪-𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪 𝘐𝘊𝘜 (𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘚𝘨 𝘉𝘶𝘭𝘰𝘩) 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘥𝘶𝘬𝘢. 𝘚𝘦𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘸𝘢𝘥, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘬𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵-𝘱𝘦𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘦𝘱𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘻𝘢𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘵…𝘱𝘦𝘳𝘪𝘵 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵..” tulis beliau.
Baca hingga akhir untuk tahu mengapa kesimpulannya diakhiri dengan; “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘐𝘯𝘪 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.. 𝘐𝘯𝘪 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 (𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢) 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋. 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘒𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘚𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨-𝘔𝘶. 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋19 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 (𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘣𝘺) 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢.”.
Moga ada manfaat untuk disebarkan.
******************************
Tulisan asal: Rabiatul Adawiah
Seperti yang telah dijanjikan, moga ada pengajaran untuk dimanfaatkan.
Sesungguhnya, Allah Maha Pemegang Nyawa, Maha Penyembuh.
𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐢𝐭 𝐁𝐚𝐫𝐳𝐚𝐤𝐡: 𝟒𝟐 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐣𝐢
𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
“𝘜𝘩𝘶𝘬..𝘜𝘩𝘶𝘬”, saya terbatuk kecil dalam kereta, (sewaktu itu) dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk check-up mengandung.
Pelik batuk ini. Hati saya rasa tak sedap. Sampai sahaja di HKL, saya maklumkan (declare) pada Nurse tentang batuk tadi. End-up, Nurse suruh saya tunggu sampai dapat clearance daripada Dr. (untuk berjumpa). Lebih kurang 1 jam 45 minit kemudian, Nurse maklumkan Dr. (benarkan) untuk berjumpa. Dr. yang check-up saya pun mengandung juga, makin (rasa) tak best hati ini. Terus berdoa,“𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘵𝘶𝘬 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘥𝘪, 𝘬𝘢𝘶 𝘭𝘪𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪 𝘋𝘳. 𝘪𝘯𝘪”.
Petang itu, batuk saya makin teruk. Saya hubungi klinik berhampiran dengan rumah untuk lakukan swab test. Appointment diberi pada Sabtu 9 pagi keesokannya.
𝟏𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) – 𝟏𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐀𝐡𝐚𝐝):
Keadaan makin teruk. Suami nak bawa ke klinik, (tetapi) saya tak mampu berjalan pun. Batuk dan demam panas. Makan tak lalu. Teguk air suam (seakan) dah bertong-tong (dah) rasanya.
𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧):
Selepas makan Paracetamol, cepat-cepat pergi ke klinik panel.
Di klinik, saya bertanya kepada Dr. (tentang) keperluan untuk saya buat swab test. Dr. katakan tidak perlu sebab saya bukan kontak rapat mana-mana (positif COVID19).
Tetapi hati rasa tak sedap. Saya (tetap) buat appointment swab test juga. Dr. (dari) klinik swab test minta datang jam 2 petang hari Selasa keesokannya.
𝟏𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚):
Selepas makan Paracetamol, saya terus ke klinik untuk buat RT-PCR.
Dalam hati berdebar tak tau nak kata. Baliknya, keadaan saya makin teruk. Ibu ayah ada hubungi sentiasa bertanyakan keadaan. (Namun) Keadaan jadi lebih teruk selepas Maghrib sampai ke Subuh esoknya. Batuk seperti batuk kering. Badan rasa sengal-sengal dan bengkak. Dada rasa macam ditumbuk-tumbuk. Susahnya nak bernafas.
(Waktu itu rasakan) “𝘈𝘬𝘶 𝘯𝘪 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘬𝘦?”, pengalaman dijangkiti kencing tikus dan demam denggi sekaligus sewaktu mengandung anak ke-2 datang kembali. ‘Seriau’, takut pendarahan (bleeding) teruk hingga boleh keguguran.
Hati tak tenang.
Saya kerap bangun tahajud. Berdoa; “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘣𝘶𝘵. 𝘒𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘪𝘯𝘪 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩. 𝘋𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘳𝘦𝘥𝘩𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯, 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬𝘬𝘶.”
Memandangkan keadaan saya teruk lagi memang saya kuarantin sendiri dalam bilik. Saya sedang cuti sakit (on MC), tetapi saya sudah siapkan dan hand-over segala-galanya kepada Director dan Officemate.
Saya dapat rasa, MC saya kalini, lama..
𝟐𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬):
Klinik memaklumkan bahawa hari ini keputusan swab test (tempoh hari) akan keluar. Hati saya jadi tak keruan, hampir lewat petang, masih tak dapat keputusan.
Saya bangun solat sunat (dan berdoa), “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘳𝘦𝘴𝘶𝘭𝘵 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘵𝘢𝘳 𝘭𝘢𝘨𝘪. 𝘙𝘦𝘥𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘢𝘫𝘢 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯-𝘔𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨.𝘙𝘦𝘥𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘠𝘢-𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘙𝘦𝘥𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯.”.
Tak lama selepas itu, satu mesej Whatsapp masuk; “𝘙𝘦𝘴𝘶𝘭𝘵 𝘴𝘩𝘰𝘸 𝘥𝘦𝘵𝘦𝘤𝘵𝘦𝘥 𝘺𝘢 𝘤𝘪𝘬..+𝘷𝘦 𝘤𝘪𝘬 𝘱𝘶𝘢𝘯.”
Saya baca keputusan itu, dan cuba fahamkan (apa yang dimaksudkan dengan) bacaan E-gene & RdRP gene itu. Bacaan menunjukkan COVID-19 di tahap klimaks, aktif menjangkiti.
Saya buntu, tak tahu nak buat apa. Saya solat sunat lagi sekali, mohon Allah beri kekuatan atas saya, wanita mengandung yang lemah, yang sarat dengan kandungan, sarat juga dengan komplikasi kandungan.
Sungguh, sedikit air mata pun tak ada. Bukan tidak sedih, tetapi terlalu sedih dan tertanya-tanya apa sebenarnya ujian yang ingin Dia hadiahkan. Mampukah saya (dan keluarga) hadapi. Saya berdiri di belakang pintu bilik, lama. Tak tahu bagaimana nak beritahu pada suami.
Akhirnya, terkeluar dari mulut:“𝘉, 𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵𝘪𝘧 (𝘊𝘰𝘷𝘪𝘥-19), 𝘫𝘢𝘨𝘢 𝘢𝘯𝘢𝘬-𝘢𝘯𝘢𝘬. 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘣𝘪𝘭𝘪𝘬”. Suami saya terkejut, dia tanya saya sekali lagi dan minta saya forward-kan result pada dia untuk kepastian.
Bermula dari waktu itu juga, saya maklumkan pada family terdekat dan sahabat-sahabat. Ada sahabat saya, merupakan isteri pada seorang Dr..Beliau minta saya hubungi 999 (segera) sebab saya mengandung.
Suami sekali lagi hubungi klinik yang beri keputusan swab minta kepastian “𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘸𝘦 𝘴𝘩𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘥𝘰”. Klinik maklumkan diminta kuarantin di rumah dan tunggu (sehingga) ambulan sampai. Kami cuba hubungi Klinik Kesihatan (KK), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), tiada respon. Saya hubungi klinik Obstetrics & Gynaecology (O&G) HKL. Bila pihak klinik dapat tahu yang saya positif (COVID19), terus kedengaran suara nurse dari dalam talian, “𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 +𝘷𝘦! 𝘚𝘢𝘯𝘪𝘵𝘪𝘻𝘦 𝘬𝘭𝘪𝘯𝘪𝘬!”. Jawapan yang diberi (sama), minta saya tunggu ambulan juga. Menjelang malam, keadaan makin teruk.
𝟐𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
Saya penat sebab sudah banyak hari tidak dapat tidur. Usai (solat) Zohor, saya tertidur. Sekitar pukul 6.30 petang, saya terbangun, rasa semput sangat. Masih lagi tidak mendapat apa-apa feedback daripada PKD tentang (bila kedatangan) ambulan. Saya gagahkan diri ambil wudhu dan solat Asar macam biasa. Sebaik selepas habis salam yang pertama, tiba-tiba saya (rasa) tak boleh bernafas!
Saya tepuk-tepuk meja, sepak-sepak kaki cuba untuk bernafas. Tak boleh! Saya tak boleh nak sedut, tak boleh hembus. Stagnant!
Tangan kiri merenggut baju suami, tangan kanan tepuk-tepuk meja.
“𝘠𝘢, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩! 𝘚𝘢𝘬𝘢𝘳𝘢𝘵𝘬𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪??!! 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬𝘬𝘶 𝘠𝘢-𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩”, air mata saya mengalir laju.
Suami meminta Aisyah, anak sulung saya berikan air, saya cuba minum, (hanya) lepas untuk seteguk.
Suami hubungi 999 dan dapat berhubung dengan Dr. dan mendapatkan nasihat apa yang perlu dibuat.
Azan Maghrib, ambulan pun sampai. Saya diusung masuk ke ambulan, sungguh, saya tak larat. Di dalam ambulan, Dr. beberapa kali menepuk badan saya, “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘶𝘳 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵, 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘬𝘢𝘯..𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘬 𝘯𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯. 𝘒𝘪𝘵𝘦 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘏𝘰𝘴𝘱 𝘴𝘦𝘤𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯. 𝘉𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯.”
Rasa nak terbalik dek kerana ambulan yang sangat laju! Sungguh..semua yang di dalam ambulan bergadai nyawa dalam ambulan yang sangat laju (itu) untuk selamatkan saya. Air mata menitik memikirkan."𝘚𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶?"
Sampai sahaja di emergency department (ED), tangki oksigen saya terus ditukar dengan oksigen daripada hospital. Bacaan SpO2 saya (ketika itu) hanya sekadar 20 sahaja, kadang naik ke 40. Dr. mendatangi saya dan berkata, “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵-𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪..𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘢𝘥𝘪…. 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘳𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩. 𝘉𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯”
Baru di ED, saya sudah dicucuk 20 kali, bertukar-tukar Dr. Ya, dari dulu memang sedikit susah nak dapatkan urat saya, malah jika nak ambil darah pun sukar. Tak lama selepas tu, Chest X-ray dibuat. Saya lapar sangat, jam dah pukul 11 malam. Kali terkahir saya makan ialah pada jam 1 tengah hari tadi. Lapar ibu mengandung bukan calang-calang ya.
Tetapi saya sedang memakai peralatan oksigen, bagaimana nak makan? Apabila dicabut peralatan oksigen, saya (akan) menggelupur. Dr. telah ajar saya bagaimana mahu makan dan minum walaupun dengan mamakai peralatan oksigen tersebut – makan dan minum sepantas mungkin, tanggalkan peralatan itu sebentar, suap nasi cepat-cepat dan pakai semula. Makan ala kadar sekadar alas perut, tak habis pun.
𝟐𝟑 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮):
Jam menunjukkan pukul 12 pagi, Dr. datang dan berkata: “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘱 4, 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘐𝘊𝘜 𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘐𝘊𝘜 𝘧𝘶𝘭𝘭. 𝘑𝘢𝘥𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘸𝘢𝘥 𝘮𝘦𝘥𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘖&𝘎 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢. 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘬𝘦 𝘐𝘊𝘜 𝘯𝘪, 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 50-50. 𝘈𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘥𝘶𝘳 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘩𝘶𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 (𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯) 𝘪𝘣𝘶 𝘥𝘶𝘭𝘶, 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘢-𝘥𝘶𝘢. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵, 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘵𝘦𝘮𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯. 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘺𝘢.."
Saya faham, Dr. sekadar cuba untuk tenangkan saya. Walaupun beliau katakan saya nampak tenang dan positif saja, beliau dapat dapat membaca gelodak dalam hati.
Saya mesej Whatsapp family, pejabat, dan sahabat-sahabat saya.Saya minta ampun sesungguhnya..Dambakan doa dari mereka.
Di wad sementara, Dr. datang untuk ambil darah nadi. Sungguh, sakit dan prosedur ambil darah nadi tidak sama dengan ambil darah biasa. Jarum terpacak tegak di pergelangan tangan. 5 kali percubaan Dr., ditukar pula dengan Dr. yang lain, setelah beberapa kali, syukur..dapat juga.
Dr. di situ memantau rapat keadaan saya sebab oksigen di wad kelihatan tidak cukup untuk saya. Tak lama selepas itu saya ditolak masuk ke ICU− isolation room.
Di situ rawatan (treatment) untuk saya bermula − Lebih daripada 20 biji ubat perlu ditelan Saya diberi Intravenous (IV) Antibiotic (antibiotik yang diberi secara terus ke dalam salur darah), nurse pesan, “𝘜𝘣𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘺𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵..𝘭𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘵𝘶”. Ya Allah! Rasa isi badan seperti disiat-siat. Panas dan sakitnya.
Sahabat-sahabat sekalian, saya pernah dijangkiti denggi berserta penyakit kencing tikus sekaligus. (Ketika itu) Saya ingatkan IV antibiotic tu paling sakit dah, rupanya (kali) ini lebih sakit! “𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩…𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩”, itu sahaja kata-kata yang termampu lidah saya ucap menahan sakit. Air mata mengalir juga akhirnya.
𝟐𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐀𝐡𝐚𝐝):
Chest X-ray dibuat, sekali lagi. Dalam masa tak sampai 1 hari, COVID19 Stage-4 telah bertukar ke COVID19 Stage-5.
Seorang pakar ICU (di Hospital Sg. Buloh ketika itu) datang berjumpa saya dan berkata, “𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘭𝘺𝘻𝘦 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯. 𝘒𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦𝘥 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘵𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯..𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘪𝘯-𝘤𝘳𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭-𝘴𝘵𝘢𝘨𝘦. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘳𝘶𝘵𝘢𝘯, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 (𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢) 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘣𝘺.”
Jujur saya tidak tahu intubation itu “rupa apa”. Nak google – tak boleh guna handphone di dalam ICU (Hospital Sg. Buloh).
“𝘐𝘯𝘴𝘺𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳., 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘋𝘳. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘭𝘢𝘸𝘢𝘯.” kata saya ringkas.
“𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘩𝘰𝘸 𝘤𝘳𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘪𝘵𝘶, 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 (𝘱𝘢𝘬𝘢𝘪) 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯?”, Saya pun tanggalkan topeng oksigen. Menggelupur! Cepat-cepat pakai semula..risau oksigen tak sampai pada baby.
“𝘚𝘦𝘦 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘱𝘶𝘯. 𝘗𝘶𝘢𝘯.. 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯..𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢?”,balas Dr.
Saya termenung..tunduk ke bawah..Saya clueless..Dr. pakar tersebut pegang bahu dan tangan saya.
“𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢? 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘢𝘣𝘪𝘴 𝘣𝘢𝘪𝘬”.pujuk Dr.
“𝘛𝘢𝘬𝘱𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘋𝘳. 𝘋𝘳. 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘩𝘵𝘪𝘢𝘳, 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩. 𝘈𝘫𝘢2 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵𝘪𝘯𝘨!! 𝘗𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯, 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶, 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘬𝘢𝘳.” respon saya.
Dr. pakar (yang mendengar) itu tersenyum, “𝘌𝘩, 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘒𝘰𝘳𝘦𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘬𝘦? 𝘚𝘰 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘥𝘶𝘳 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢.”
𝟐𝟓-𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧-𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚):
“𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘩 (𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘴 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯)..𝘔𝘦𝘯𝘨𝘶𝘤𝘢𝘱 𝘺𝘢..” kata Dr.
Saya tak sedar..tak lama selepas itu, saya tersedar..tetapi mata tak boleh buka. Badan rasa berat sahaja. “𝘈𝘱𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘬𝘢𝘬 𝘯𝘪?”, rasa ada benda tersekat di tekak. Saya tahu kesan ubat buat mata tak boleh buka, badan tak boleh bergerak. Tetapi benda di tekak ini rasanya (sangat) ‘annoying’,sakit!
Saya kumpul sepenuh kekuatan untuk angkat tangan.."𝘋𝘳.! 𝘋𝘪𝘢 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵!” Tangan dan kaki saya direntap. Saya cuba meronta. Pelik, kenapa Nurses ini rentap kaki tangan saya beria sangat.."𝘐𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘥𝘪𝘢. 𝘒𝘶𝘢𝘵 𝘯𝘪𝘩..𝘐𝘣𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘶𝘢𝘵. 𝘚𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨!"
Saya masih keliru, apa sebenarnya (yang) terjadi. Saya letih, tertidur semula.
Bangun-bangun, tangan dan kaki saya diikat, sakit! Nurse datang dan memberitahu, "𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘢𝘬𝘴𝘢 𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 (𝘵𝘢𝘥𝘪) 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘵𝘪𝘶𝘣 𝘪𝘯𝘪, 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢..𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘺𝘢..𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵."
‘KUAT SEMANGAT’..itulah dua perkataan yang semua nurse dan Dr. akan ulang-ulang cakap pada saya.
Bermula itu, rutin sebagai pesakit yang intubated bermula..segala proses yang dibuat untuk membantu kami, dirasakan amat sengsara. Proses membuang lendir dilakukan secara berkala, namun itulah antara proses yang saya takutkan. Setiap kali lendir ingin disedut keluar, nafas saya disekat, (rasa) hilang nyawa. Tangan saya akan rentap apa sahaja yang dapat (disambut), selimut, baju nurse, rail katil. Begitu juga proses lap badan dan ganti pampers, ada posisi yang (akan) buat nafas kita hilang, dan kita terpaksa menggelupur ‘mencari’ nyawa.
Saya minta Dr. untuk buka ikatan kaki dan tangan saya. Dr. katakan yang saya masih tak dapat tangkap lagi ‘𝘸𝘩𝘢𝘵'𝘴 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘰 𝘮𝘦’, ambil masa untuk saya hadam. Setiap hari, Dr. akan datang untuk lihat keadaan saya. Saya tak mampu bercakap sebab ada tiub dalam mulut.
Tekak (rasa) sangat perit. Badan sakit-sakit, dan setiap hari juga Dr. akan cakap benda yang sama:"𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢..𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘳𝘶-𝘱𝘢𝘳𝘶 𝘱𝘶𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘫𝘢𝘮𝘪𝘯 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 (𝘢𝘬𝘢𝘯) 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 (𝘱𝘢𝘥𝘢) 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘺𝘢.."
Sahabat, sekuat mana pun Dr. ikhtiar, mereka tetap realistik seboleh mungkin tanpa memberi harapan palsu. Hati ibu mana yang tak risau, setiap hari, saya tunjuk pada Dr. dengan isyarat tangan − belahlah perut saya, selamatkan anak saya! (Tetapi) Dr. terus minta saya bertahan selama boleh.
𝟐𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐑𝐚𝐛𝐮):
Saya mohon pada Dr. untuk dibukakan ikatan tangan dan kaki saya (sekali lagi). Saya yakinkan Dr. saya boleh kawal diri saya, saya minta pen dan kertas.
Saya tulis,"𝘋𝘳, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘺𝘶..𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘊𝘻𝘦𝘳 𝘴𝘢𝘺𝘢..𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘺𝘢..". Sambil Dr. baca pesanan saya tu, sambil saya tunjuk isyarat potong perut, tepuk-tepuk perut saya.
Selamatkan baby saya – kedua-dua tangan saya melekap, merayu mohon pengertian. Tak lama selepas tu, 3 orang pakar berbincang di depan katil saya − Pakar ICU, Pakar O&G, dan Pakar PAED (rasanya). Tak lama selepas itu, Dr. datang kepada saya, "𝘉𝘢𝘪𝘬 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘦𝘴𝘰𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘊𝘻𝘦𝘳 𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯..𝘴𝘢𝘣𝘢𝘳 𝘺𝘢. 𝘚𝘰, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘺 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘯? 𝘒𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘶..𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺." kata Dr. sambil tersenyum. Saya angkat tangan (tanda) bersyukur, perkara yang sangat saya risaukan insya-Allah akan berakhir esok.
𝟐𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬):
Saya dibawa ke operating room (OR) dan ditidurkan. Tak lama selepas itu saya tersedar. Dengar bunyi baby menangis dan Dr. maklumkan, "𝘖𝘒 𝘱𝘶𝘢𝘯, 𝘉𝘢𝘣𝘺 𝘎𝘪𝘳𝘭, 1.78𝘬𝘨. 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘵𝘶 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 30 𝘸𝘦𝘦𝘬𝘴 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘘𝘢𝘮𝘢𝘵.... 𝘴𝘢𝘱𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘘𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘯𝘪?".
Air mata syukur saya mengalir. Saya terlalu letih, tertidur kembali.
𝟐𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
Saya masih melalui proses rawatan COVID..Ya Allah..sakitnya (hanya) Allah yang tahu, 3 kali ganda −
- Sakit COVID19
- Sakit rawatan COVID19
- Sakit bersalin
Baru saya faham apa yang Dr. dan Nurse katakan kuat semangat berkali-kali. Tanpa pernah jemu. Sungguh, untuk melalui ketiga-tiga kesakitan itu, jika tangisan yang dikira, mungkin sudah selautan agaknya. Tapi dek kerana terlalu sakit, sampai dah tak terkeluar lagi airmata. Sakit di ulu hati, pahit di tekak, IV antibiotik masih diberi. Itu sahaja sudah mampu buat air mata tak berhenti (mengalir). Dalam hati, “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘯𝘨𝘪𝘴 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘢𝘬 𝘳𝘦𝘥𝘩𝘢 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘭𝘶𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵.”
Nurse gulungkan kain tebal, untuk saya guna support perut yang baharu (sahaja) dibelah. Tiba-tiba, menjelang petang, Dr. cakap tiub (pernafasan) intubation saya dah boleh dicabut. Gembira tak terkata saya, dan proses extubate dibuat. Selesai sahaja, saya (masih) memakai topeng oksigen sepenuhnya.
Tengah malam tiba-tiba keadaan riuh. Ada Dr. pakar datang dan terkejut kenapa saya (telah) extubate sedangkan keadaan saya (masih) tak stabil lagi.
Dr. bertugas cuba menjelaskan pada Dr. pakar tersebut, bahawa bacaan oksigen saya stabil dan semakin baik. Tetapi Dr. pakar itu berkeras katakan tidak, masih terlalu awal untuk extubate saya.
Dr. pakar itu berpandangan saya perlu di-intubate semula. Saya (ketika itu) trauma dengan apa yang saya (telah) lalui sebelum ini. Saya tak nak, (tetapi) Dr. pakar tersebut memujuk dan cuba menjelaskan pada saya,"𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮-𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘫𝘢-𝘴𝘢𝘫𝘢. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘪𝘯𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦, 𝘩𝘪𝘨𝘩 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘤𝘦𝘴 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘦. 𝘠𝘰𝘶𝘳 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘯𝘰𝘸 𝘪𝘴 𝘪𝘯 𝘕𝘐𝘊𝘜. 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵, 𝘕𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘬𝘢𝘯?”.
Saya termenung. Saya dah berjuang ke tahap ini. Kenapa saya nak sia-siakan apa yang saya dah lalui.
Siapa saya utk bertindak seolah-olah saya lebih pandai daripada Dr. pakar tersebut. Dr. (itu) lebih tahu keadaan saya dari diri saya sendiri. "𝘛𝘢𝘬𝘱𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳., 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘳𝘦𝘥𝘩𝘢..𝘐𝘯𝘴𝘺𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩!". Saya senyum redha seredha-redhanya. Air mata menitik sambil syahadah.
𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 – 𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏:
Bermula semula rutin saya sebagai pesakit (yang) intubation.
Berbeza dari kebanyakan pesakit intubation yang ditidurkan dan dikomakan, saya lalui hari-hari saya dengan sedar.
Sungguh, sangat-sangat teruji. Badan saya dipenuhi jarum. Di bahu, kanan kiri, leher, kedua-dua kaki, kedua-dua pergelangan tangan, kedua-dua pelipat tangan. Disebabkan saya (baharu) bersalin, setiap hari, akan ada 2 Nurse ditugaskan untuk memicit keluar susu dari kedua-da payudara secara manual selama lebih kurang sejam. Pada masa yang sama, ubat putus susu ibu diberikan supaya badan saya berhenti daripada penghasilan susu secepat yang mungkin. Dr. cakap ini perlu dilakukan untuk bantu pemulihan saya. Mereka tak mampu hadap keadaan saya yang tak stabil sekiranya saya kena bengkak susu dan demam.
Saya sedih. Saya tulis di kertas bertanyakan Dr.,"𝘋𝘳. 𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘪𝘣𝘶 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘣𝘢𝘺𝘪 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵, 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘴𝘶 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘣𝘶 𝘬𝘢𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨.." Dr. katakan "𝘠𝘢" dan mereka terpaksa lakukan itu. Jika saya dapat bengkak susu, keadaan saya akan jadi lebih rumit. Dr. kata ini perlu demi selamatkan nyawa. Saya akur.
Ada hari-hari yang saya lalui begitu perit. Tangan dan kaki saya full thrombosis, bengkak seperti kaki anak gajah, ubat dan darah tak mampu jalan lagi. Segalanya tak masuk. Keadaan saya jadi rumit.
Dr. cuba untuk mencari mana lagi tempat boleh dicucuk untuk buat line bagi tujuan mengambil darah. Semua tempat tak jalan! Pergelangan tangan, pelipat tangan, kaki saya, semua tak dapat.
Dah tak terkira berapa kali Dr. cuba, bertukar-tukar Dr. hinggakan Dr. katakan, "𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘩 𝘧𝘶𝘭𝘭 𝘵𝘳𝘰𝘮𝘣𝘰𝘴𝘪𝘴, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘢𝘬𝘴𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘣𝘢𝘵. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬, 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢..". Akhirnya, Dr. gunakan ultrasound machine untuk mencari tisu yang masih hidup di celah-celah tisu yang (telah) mati. Sedar tak sedar, dekat 4 jam mereka berusaha, kuyup baju Dr. dalam PPE, sekuyup air mata saya yang mengalir tahan sakit. Bertukar-tukar posisi Dr., bertukar-tukar Dr., berusaha berkali-kali cucuk kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki saya. Sehingga kini, masih ada parut berbentuk seperti ular melingkar di kaki kiri saya, menunjukkan lebih 20 dot-dot kecil hasil dicucuk sepanjang di ICU. Ya, hanya di kaki kiri..belum campur ditempat-tempat lain lagi.
Ada masa, saya seperti terkena serangan hypoxemia. 2 kali di ICU pagi-pagi buta gelap dalam jam 3 pagi hingga 5 pagi. Walaupun dalam intubation, saya tak boleh bernafas! Badan saya sejuk beku, biru. Nurse dudukkan saya dan selimutkan saya dengan 5 selimut ditambah dengan Hot Blower. Tapi saya tetap sejuk! Menggigil! Saya pegang rapat tangan Nurse, geleng kepala, tak bagi dia tinggalkan saya. Waktu pertama kali ini terjadi, Nurse terpaksa tinggalkan saya sebab Nurse perlu bekerja, beliau hanya berpesan saya perlu kuat semangat harungi semua ini. Saya cuba tenangkan diri, cuba bernafas seorang. Sungguh! Saya cuba bernafas dan menangis..berharap Allah tak tarik nyawa saya dalam keadaan begini, (ketika) seorang diri berjuang mencari nyawa. Perit…kali ke-2 terjadi, Nurse (datang) temankan saya, pegang tangan saya sampai keadaan saya stabil semula. Ya, Nurse berdiri hampir 2 jam menemani saya! Beri semangat dan ajar saya bernafas.
Saya harungi proses buang lendir seredha-redhanya..perit. Ada Nurse yang pakar (expert), proses itu (akan menjadi) sekejap..kurang peritnya, ada (juga) nurse yang kurang pakar, prosesnya lama sedikit, sampai tangan saya merentap-rentap tilam dan rail katil cuba mencari nyawa.
Ada yang bertanya, bagaimana saya boleh harungi segalanya? Apa yang beri saya semangat?
In fact, (di kalangan) Drs. dan Nurses sendri kagum (amaze), walaupun kesakitan-keperitan yang saya alami, saya tetap senyum dan positif. Bila Dr. smpai sahaja ke katil saya (untuk check-up) di pagi hari, awal-awal lagi saya sudah thumbs up! Motivasi untuk saya sendiri.
Sumber kekuatan saya adalah dengan meredhai segala yang terjadi pada diri saya. Saya tidak letak kekuatan saya pada baby saya di NICU, pada ibu bapa saya, pada suami dan anak-anak saya. Sungguh, sumber kekuatan saya adalah satu-satunya, berharap pada rahmat Allah untuk panjangkan umur saya. Saya tak puas lagi berkhidmat untuk ayah ibu, saya tak puas (lagi) mendidik anak-anak saya, menjadi hamba-Mu. Adakah solat dan puasa saya selama ini diterima, saya tak cukup lagi bersedekah untuk akhirat. Pendek kata, saya tak cukup lagi beramal menghadapi barzakh. Dengan masa singkat yang ada, saya tak mampu sandarkan semangat saya pada makhluk. Jika apa-apa terjadi pada baby saya, saya tak mampu untuk hilang semangat dan mencari semangat lain. Saya kesuntukan masa.
Doa saya (saya bertawassul); “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘸𝘢𝘴𝘴𝘶𝘭 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘭 𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 (𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢) 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘶𝘢𝘬𝘶, (𝘢𝘬𝘶) 𝘨𝘦𝘮𝘣𝘪𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢, 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘮𝘶𝘳𝘬𝘶. 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶.”. Ini doa saya tak putus-putus.
Saya berusaha sepenuhnya, hadap segala kesakitan yang ada, berserah sepenuhnya pada Allah. Saya terfikir, mungkin inilah perasaan di Mahsyar nanti. Kita tak fikirkan siapa-siapa (lagi) kecuali diri kita (sendiri). Nak selamatkan diri kita, berserah hanya pada Dia.
Katil saya berhadapan dengan intubation room dan berdekatan dengan pintu masuk. Patient intubation akan keluar masuk, pesakit baru masuk, trolley jenazah, jenazah pesakit COVID19 − itulah pemandangan saya. Kanan dan kiri saya ada pesakit yang intubation, yang koma, dan ada yang akhirnya meninggal. Apabila video-call terakhir bersama family dengan pesakit yang nazak, Nurse akan tarik langsir (untuk) cover. Tetapi, tangisan family dalam video-call (telah) menjadi (seakan) halwa telinga saya selalu, dan boleh dikatakan hari-hari juga saya melihat jenazah dibungkus, katil kosong semula, trolley jenazah lalu (lagi) di depan katil saya.
Dengan apa yang saya hadapi selalu itu, saya perlu terus kuat. Allah Maha Kuat, baru sedikit Dia pinjamkan sekelumit kekuatanNya pada HambaNya..HambaNya mampu harung perkara yang tak pernah dibayangkan dan tak mampu dibayangkan. Betapa kerdil saya rasa diri ini, mengharap belas ehsan Tuhan Maha Pemegang Nyawa.
Sepanjang di sana, Dr. bagi saya video-call (hanya) sekali dengan suami dan anak-anak, satu kali dengan ibu ayah. Saya tak mampu cakap apa-apa, yang saya mampu hanyalah, saya buat bulatan di dada saya banyak kali, tepuk-tepuk dada saya tanda saya sayangkan mereka, tunjuk tangan berdoa mohon mereka selalu doakan saya.
Alhamdulillah..
Keadaan saya makin OK..tetapi..2 hingga 3 hari (ketika itu), saya rasa sangat dahaga. Saya bertanya pada Nurse, tulis atas kertas, sudah masuk air ke, dah masuk susu ke. Nurse maklumkan sudah, tetapi (kenapa) saya rasa sangat lapar dan dahaga. Taklah diketahui kenapa, kadang saya demam, saya minta gauze (yang) dibasahkan dan diletakkan di atas dahi. Punyalah dahaga, (ada ketika) saya cuba jelirkan lidah untuk dapat capaikan titisan air yang kuar dari gauze itu, tolak masuk ke dalam mulut.
𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏(𝐀𝐡𝐚𝐝):
Dr. pakar maklumkan yang saya (sudah) boleh extubate (pada) hari ini. Syukur Alhamdulillah! Saya tunggu penuh sabar. Tiba masanya. Dr. datang dibantu dengan seorang Nurse untuk mencabut tiub (pernafasan) saya. Nurse berpesan, bila tiub dicabut, saya kena cepat-cepat pakai topeng oksigen.
Namun, apabila tiub dicabut, Nurse menjerit.."𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘋𝘳., 𝘛𝘪𝘶𝘣 (𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯) 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘶𝘮𝘣𝘢𝘵!". Dr. terkejut. Saya, bertambah-tambah terkejut, terus tadah tangan, menangis semahunya.
“𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋, (𝘢𝘵𝘢𝘶) 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘶𝘣 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘶𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪..𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘒𝘢𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘪𝘢𝘬𝘶, 𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘨𝘪.." Saya tak mampu tahan air mata yang tidak putus-putus mengalir.
Dr. berkata; "𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘦𝘹𝘵𝘶𝘣𝘢𝘵𝘦..𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘢𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩..".
Setelah itu, saya dahaga yang teramat sangat. (Pengalaman) berpuasa puluhan tahun pun, tak pernah sedahaga itu. Saya minta untuk minum, tetapi Dr. tak beri sebab tekak dan paru-paru saya masih ‘trauma’. Saya perlu belajar (untuk) minum semula.
𝟗 -𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏:
Saya (telah) dipindahkan ke ICU recovery area. Menjelang petang, saya ditolak (pula) ke wad medikal untuk pemantauan.
Keluar sahaja dari ICU, saya seperti lumpuh separuh badan. Tak boleh berjalan!
COVID19 survivor berdepan dengan pelbagai situasi yang tak terbayang.
Bagi kami, proses membuang hajat pun ibarat antara hidup dan mati, semput, sebab memerlukan banyak oksigen, sedangkan kami baru nak pulih.
Hari-hari saya di wad dilalui dengan bantuan oksigen. Kadang-kala OK, Kadang-kala tidak. Segala-galanya dibuat di atas katil kerana masih tak mampu nak berjalan. Saya gigih cuba berjalan perlahan-lahan.
Apabila dapat sahaja berjalan sedikit (berpaut), baru datang keberanian untuk pergi ke tandas dan mandi. Ya, akhirnya pada hari ke-26 saya di hospital, saya berjaya cabut sebentar oksigen dan mandi! Betapa leganya rasa nikmat mandi. Namun selesai sahaja mandi, cepat-cepat saya pakai oksigen semula sebab semput.
Hari-hari saya di wad juga penuh dengan suka duka. Sepanjang di wad biasa, saya saksikan 2 pesakit berdepan nazak, perit…perit sangat..makcik di depan saya berumur sekitar 86 tahun, secara tiba-tiba oksigen jatuh ke 70 lebih. Dia menepuk-nepuk badannya, merentap-tentap katil, cuba mencari nyawa. Esoknya, sekitar jam 1 petang, kelihatan makcik itu makin lemah, lama kelamaan tertunduk terus tidak bangun-bangun. Saya terpaksa melambai-lambai nak memanggil Nurse, mengharapkan Nurse nampak saya, saya nak tunjuk keadaaan makcik itu. Akibat daripada kesan intubation (ketika itu), saya langsung tak ada suara, tak mampu nak memanggil nurse. Makcik tadi itu (telah) meninggal. Dan video-call yang Dr. adakan untuk anak-anaknya hanya video-call 1 hala sahaja, anak-anak beliau meraung menangis mengadap jasad emak mereka yang sudah tidak bernyawa.
Malamnya pula sekitar jam 12 malam, masuk pula seorang lagi pesakit COVID19 meraung-raung.."𝘉𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵, 𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨! 𝘚𝘢𝘬𝘪𝘵! 𝘚𝘢𝘬𝘪𝘵!" menangis-nangis makcik itu. Usianya mungkin sekitar 50-an. Dia meraung tak berhenti, namun sekitar jam 4 pagi, raungannya makin perlahan, dan badannya tanpa seurat benang hampir melurut turun daripada katil. Saya (sekali lagi) melambai-lambai memanggil Nurse. Nurse mendatangi makcik tersebut, betulkan semula posisinya di atas katil. Cuma tak lama selepas itu, dia sudah tiada (meninggal).
Sahabat, ramai juga warga tua yang masuk yang tidak faham apa yang terjadi. Mereka terasa, merajuk, anak tidak datang menjenguk mereka. Kadang ada anak mereka hubungi berkali-kali, mereka tidak mahu bercakap dengan anak-anak mereka. Kerana bagi mereka, anak-anak ini anak derhaka, tak ingat pada orang tua, menangis-nangis anak-anak mereka bila dianggap begitu. Cubaan menjelaskan macam-macam dan memohon ibu mereka mengerti, tetapi kadang ibu mereka tetap begitu.
Ada juga warga tua yang tidak diendahkan langsung oleh anak-anak, pernah ada seorang makcik ini, masih tak boleh berjalan sehingga punggungnya melepuh keseluruhan akibat bed-ridden yang terlalu lama. Dia selalu bercerita yang nanti anaknya akan jaga dia, tetapi rupanya-Nurse maklumkan pada saya- anak-anaknya tiada seorang pun yang pernah call telefon bimbit ibu mereka ataupun hospital bertanyakan khabar ibunya. Hatta hospital hubungi juga tak berangkat, hanya Whatsapp hospital sahaja yang dibalas. Mungkin makcik itu selalu bercerita (tentang anaknya) pada saya untuk mengurangkan risau di hatinya, tetapi entahlah. Pada hari makcik itu discharge pun, tak ada seorang anak yang datang mengambilnya. Anak hanya menunggu di dalam kereta, dan Nurse pula yang perlu bawa makcik itu keluar dan hantarnya ke kereta.
Saya bertukar-tukar wad disebabkan keadaan saya yang tidak stabil.
Dari ICU sampi ke wad biasa, lebih daripada 20 biji ubat saya perlu telan setiap hari.
Dr. maklumkan minta saya dan suami stand-by ‘oxygen machine’ di rumah, sebab walaupun saya telah discharge, saya akan perlukan bantuan oksigen selalu (di rumah).
Saya cuba optimis, saya cakap pada Dr., "𝘋𝘳, 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘩𝘢𝘳𝘨𝘦-𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘰𝘬𝘴𝘪𝘨𝘦𝘯 𝘋𝘳. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘢𝘬𝘵𝘪𝘴, 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘭𝘢𝘮𝘢-𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘪 𝘩𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘱𝘶𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘬𝘪𝘴𝘢𝘩 𝘢𝘴𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢. 𝘉𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘋𝘳. 𝘚𝘺 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘯𝘰𝘳𝘮𝘢𝘭 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘪𝘣𝘶-𝘪𝘣𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘫𝘶𝘨𝘢. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘯𝘺𝘶𝘴𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘺𝘢".
Sungguh, setiap hari saya praktis hembus spirometer, untuk kuatkan paru-paru. Saya tak malu walau (latihan hembusan untuk kuatkan paru-paru) bising. Setiap hari saya penuh dengan doa, setiap kali makan, saya berdoa; "𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘺𝘪𝘧𝘢’ 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘬𝘶. 𝘈𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯𝘬𝘶 𝘢𝘴𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢".
Ada pesakit lain yang tak lalu untuk makan makanan hospital,hinggakan terbuang. Berbeza dengan saya, sepanjang di hospital, makanan hospital habis licin saya makan! Pada masa sama, keluar sahaja dari ICU, saya cuba untuk pam susu setiap 3 jam, penat sangat. Orang yang tak sakit pun penat mengepam, apatah lagi orang sakit macam saya, tetapi saya gigih buat juga, sepanjang saya pam berminggu-minggu itu, hanya keluar susu setitik dua saja. Kadang-kadang tak keluar langsung, saya tetap positifkan diri.
Setelah 30 hari di Hospital Sg. Buloh, saya dimasukkan ke wad biasa (untuk bukan pesakit COVID19). Di wad ini, Dr. minta saya kuatkan semangat untuk cuba cabut oksigen support sepenuhnya dan bernafas dalam udara bilik. Jika saya mampu buat dalam masa 3 hari, saya boleh discharge tanpa perlu bantuan oksigen di rumah. Saya kuatkan semangat, mencuba, berlatih sekerap mungkin. Saya cuba baca Quran…..namun, untuk habiskan sebaris ayat Quran pun saya perlu baca dan berhenti di 4 tempat!
Saya yakin, tak ada orang baca ayat Quran berhenti sampai 4 tempat hanya untuk habiskan sebaris ayat Quran. Saya menangis, berdoa; “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶..𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘢𝘬-𝘢𝘯𝘢𝘬𝘬𝘶 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘮-𝘔𝘶"
Hari ke-36 saya di hospital, saya praktis baca, alhamdulillah! Saya dapat nafas panjang sikit dan suara saya pun semakin baik.
𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮):
Alhamdulillah..saya (akhirnya) discharge!
Syukur, maknanya saya sudah boleh berjumpa dengan baby saya (setelah sebulan dilahirkan!).
Syukur Ya Allah..Saya ditemani seorang Nurse berjalan menuju ke NICU untuk menetap di Bilik Ibu sampai kami dapat discharge bersama-sama.
Betapa nikmat nyawa ini aku syukuri. Tak ada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya bertemu baby saya buat pertama kali. Kami berjuang bersama-sama dari awal mengandung, sampai ke hari ini. Ujian mengandung saya bukan bermula ketika saya dijangkiti COVID sahaja, bahkan dari awal mengandung lagi. Saya tergolong dalam High Risk Pregnancy, pernah pengsan berkali-kali, keluar masuk wad, sakit muntah yang tak terbayang, dan macam-macam lagi. Macam-macam ubat perlu ditelan disebabkan komplikasi mengandung, saya redha dan redah sahaja.
Tak pernah tinggal atau malas makan ubat, tak pernah 'miss appointment'. Malah di HKL (dulu), saya di bawah pemantauan pakar. Namun takdir Allah, menetapkan saya akhirnya bersalin di Hospital Sg. Buloh.
Sepanjang di NICU, kami ibu-ibu yang perlu bermalam di sana memberi sokongan pada bayi kami, antaranya dikehendaki membuat 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘢𝘳𝘰𝘰 𝘊𝘢𝘳𝘦 selama yang mungkin. Saya masih tak mampu memberi susu ibu walaupun saya pam berjadual setiap hari. Namun syukur, ada sahabat suami yang menjadikan dirinya ibu susuan kepada bayi kami. Sungguh, nikmat apa lagi kami ingin dustakan.
Di NICU, saya sempat meluangkan masa menjenguk bayi yang kematian ibunya. Bayi ini tiada ibu untuk dibuat 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘢𝘳𝘰𝘰 𝘊𝘢𝘳𝘦. (Kisah) Ibunya sama seperti saya, tetapi di ICU West Wing, Allah tetapkan ibunya pergi tanpa sempat melihat bayinya. Ibunya dan saya sama-sama berjuang di ICU, kami sama-sama kritikal. Namun Allah lebih sayangkan dia.
𝟒 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬):
Alhamdulillah! Akhirnya saya dan ibu-ibu yang lain di Bilik Ibu dibolehkan discharge bersama-sama.
Kata Dr., ini bagi memberi ruang bayi yang kematian ibu (itu) untuk lakukan 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘢𝘳𝘰𝘰 𝘊𝘢𝘳𝘦 bersama ayahnya. Allah..kami tak dapat menahan sebak. Namun aturan Allah atas ajal manusia, tiada siapa yang mampu persoalkan.
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟏 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭):
Saya ada appointment dengan 𝘨𝘺𝘯𝘢𝘦. Dr. ada maklumkan pada saya, "𝘗𝘶𝘢𝘯, 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘪𝘯?"
“𝘚𝘦𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘋𝘳. 𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘱𝘶𝘢𝘯, 𝘢𝘥𝘢 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘶𝘴, 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩. 𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘤𝘻𝘦𝘳 𝘢𝘵 30 𝘸𝘦𝘦𝘬𝘴. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘣𝘢𝘣𝘺, 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘵𝘦𝘳𝘬𝘰𝘺𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘪𝘣𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘣𝘺. 𝘉𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘬𝘯 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢-𝘥𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢.” jelas Dr. panjang lebar.
Saya tergamam.. Perlahan-lahan air mata saya mengalir.
"𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩..𝘐𝘯𝘪 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.. 𝘐𝘯𝘪 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋19. 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘒𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘚𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨𝘮𝘶. 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 (𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘣𝘺) 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢".
Hikmah COVID19 buat saya, disebabkan COVID19, saya terpaksa bersalin awal. Dan syukur, saya selamat. Hikmah atas hikmah. Maha Besar Allah.
Tak tercapai akal saya akan takdir Yang Maha Esa.
Sahabat, COVID19 ini bukan permainan. Ia satu kenyataan yang harus dihadam, saya pernah bertanya kepada pakar di ICU, kenapa COVID ini teruk sangat, dan kenapa semua macam nak cepat. Dr. pakar memberitahu,"𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘌𝘷𝘦𝘯 𝘪𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘣𝘢𝘥 𝘴𝘵𝘢𝘨𝘦 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘳 𝘱𝘶𝘯, 𝘸𝘦 𝘢𝘴 𝘋𝘰𝘤𝘵𝘰𝘳𝘴, 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳, 𝘱𝘳𝘦𝘴𝘤𝘳𝘪𝘣𝘦 𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘺𝘰𝘶. 𝘉𝘶𝘵 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋 𝘪𝘴 𝘥𝘪𝘧𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘵, 𝘰𝘯𝘤𝘦 𝘪𝘵 𝘢𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬𝘴, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨-𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨, 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘮𝘪𝘯𝘶𝘵𝘦 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘴. 𝘐𝘵 𝘢𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘮𝘰𝘴𝘵 𝘪𝘮𝘱𝘰𝘳𝘵𝘢𝘯𝘵 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘺𝘰𝘶. 𝘉𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴. 𝘠𝘰𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘳, 𝘺𝘰𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘭𝘢𝘨𝘪..𝘺𝘰𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋, 𝘩𝘢, 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴! 𝘐𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢, 𝘶𝘯𝘭𝘦𝘴𝘴 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘳 𝘱𝘢𝘳𝘶-𝘱𝘢𝘳𝘶, 𝘪𝘵𝘶 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢."
Sungguh..
15 Januari : Saya demam, batuk-batuk,
23 Januari: Masuk ICU stage-4,
24 Januari: Sudah stage 5.
Semuanya berlaku dalam 1 minggu. Sangat cepat.
Sahabat, apa yg saya kongsikan ini, hanya secebis dari pengalaman saya. Mungkin baru dalam 50%.
Sepanjang 42 hari di hospital sana, saya dicucuk lebih kurang 150 kali. Itu antara banyak lagi yang saya lalui, namun cukup untuk simpanan saya sendiri. Coretan saya ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pengajaran buat semua yang membacanya.
Ambil teladan..ada simptom, jangan lengahkan swab jika berkemampuan. Saya tahu ramai orang berfikir; “𝘉𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘶𝘢𝘳𝘢𝘯𝘵𝘪𝘯, 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘱𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘸𝘢𝘣”.Jangan sahabat..jangan..anda lihat orang lain dijangkiti COVID OK sahaja, anda belum tentu OK. Antibodi setiap orang tidak sama.
Orang lain mungkin antibodi lebih kuat daripada anda. Anda sayangkan duit? Bila anda di antara hidup dan mati, harta jutaan ringgit pun takkan mampu gantikan apa yang anda hilang. Duit yang anda sayang nak belanjakan untuk swab tadi, sudah tak bermakna lagi, anda tiada, duit itu akan jadi orang lain punya juga akhirnya.
Ini, peluang kedua dari Tuhan untuk saya. Sebagai transit saya sebelum ke barzakh. Moga dengan wabak ini, terbukanya pintu pengampunan buat saya, dan juga keluarga saya yang sentiasa bertahajud mendoakn saya, suami, dan anak-anak.
Terima kasih yang sudi membaca pengalaman ini. Moga asbab anda terbuka hati membaca, Allah lapangkan urusan-urusan anda di dunia, diberikan kesihatan dan dijauhkan kemudaratan dari anda. 𝘈𝘮𝘦𝘦𝘯.
-TAMAT-
C&P
sepanjang baca ni kak, menangis je... sebak sedih memang kuat betul si ibu dan anak ni. Moga kita semua dijauhi dari covid19, moga akak dan keluarga pun terhindar dari dijangkiti lagi...
BalasPadamBenar kuat sungguh dia Kan Dana.. akak baca pun sedih😢
PadamAkak yg hanya tahap 1 pun dah sedih.. apa lagi dia yg dah smpi tahap 5..
Aamiin YRA 🤲🏻❤️..
Semoga Kita semua didalam pemeliharaan Allah SWT jua.
sedih sgt kisahnya moga kita semua dijauhi Allah jangkitan virus bahaya ii nAllah sembuhkan sesiapa saja yg tlh dijagkiti...........amiin
BalasPadamAamiin YRA 🤲🏻❤️..
PadamSemoga Kita semua didalam pemeliharaan Allah SWT jua.
Ramai yang tidak percaya sebab tidak berlaku depan mata. Salah sorang pegawai tempat kerja saya dulu meninggal sebulan yang lepas akibat covid. Sakit covid ni tidak ada ubatnya kerana ia menyerang sistem imun badan kita.
BalasPadamAllahu akbar.... takutnya Ti.
BalasPadamPengalaman yg memang tak akan dilupakan seumur hidup tu kan ...baca cerita dia pun jadi sesak nafas Ti...apatah lagi diri yg menghadapinya. Semoga Allah mengangkat cepat covid dari muka bumi ini hendaknya.