JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label ATV best di Gold Coast Morib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ATV best di Gold Coast Morib. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2017

Melenjan Dgn ATV Di Gold Coast MoribπŸ˜€πŸ˜„πŸ˜†

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua..

Jom lah kita habiskan episod melenjan ke Gold Coast Morib tu ye kekawan.. :D
Pagi selepas sarapan kami gi jalan-jalan lagi ke tepi pantai morib tu sebab water park tu buka pukul 9am.. kami sarapan awal kul 7.30am dah turun.. elok sarapan time tu orang tak ramai.. menu dah sedap2 sangat dan banyak pula.. sakan budak 3 orang ulang alik mengambilnya.. saya pesan bila dah habis baru boleh ambil yang baru.. nanti membazir.. 

Pukul 9am terus terjun tiruk kat kolam tu hahahha.. dorang dari semalam nak main benda ni tapi dah habis orang guna.. jadi pagi2 tu sakan lah membokingnya.. satu bot ni RM10 selama 30 minit dan deposit RM20.. mak oiii mahal sungguh depositnya..
Kayuhnya menggunakan tangan bukan kaki.. udah lenguh budak bertiga tu mengayuh hahahha..

Lepas tu saya pulak naik dengan nabil .. tengah dok sibuk mengayuh ada orang memanggil..
" kak oh kak... brpa harga bot tu"
Saya pun mendongak keatas sebab bunyi suara tu dari atas.. masa kami main tu org tak ramai lagi disitu.. 
nampak seorang bapa muda dengan anak kecik perempuannya berumur lebih kurang 2 tahun lebih kot..
"Ikut masa ni dik.. 30 minit RM10 deposit RM20" ujar saya..
Terdengarlah anak nya bersuara.. cepat lah turun papa.. nanti dah tak bot tu.. tengok gambar saya diatas tu.. balkoni tingkat satu betul2 menghadap taman air ni.. boleh ajer terjun tiruk dari balkoni hahhaha..


Puas melenjan kat dalam kolam tu mereka dah kelaparan.. mujur saya dah panaskan semua lauk pauk dengan cara merendam dengan air panas yang saya masak tu.. macam gambar tu.. microvawe tak ada disediakan.. selalunya ada ajer.. tapi alhamdulillah ada peti ais.. kalau tidak mahu basi pulak makanan saya tu..
Lepas makan kami kemas cepat2 nak chekout kul 12 tu.. lagi pun hari tu hari Jumaat.. en. suami nak balik cepat lah kan...

Lepas check out pukul 11.30 tu .. pergi pulak ke tempat main ATV ni.. semalam petang dorang pergi tak dapat main sebab dah tutup.. mahu tak tutupnya.. nak pukul 7pm perginya hahahaha..
Ambil 2 ATV ni satu Nabilah dengan Najeha.. sakan dorang menaik tu.. jakun sekejap.. ye lah tak pernah bawa kan..

Satu lagi en. suami dengan nabil.. saya tunggu ditepi tu.. bergilir-gilir naik..

"Mama .. mari nabil bawa mama naik ATV ni, nabil dah terer" ujar nya.. adalah 4 kali pusing dia membawa saya.. pastu saya kata"mari mama nak cuba bawa pulak"
"Perghhhh saya press minyak laju sikit.. amboi mama racing nampak" kata nabil..
"Jom kita kejar kakak kat depan tu" ujar saya.. budak 2 orang menjerit-jerit bila saya memotong mereka..
Dorang bawa punya lah sopan santun.. sampai kat mama jadi minah rempit hahaha.. 
"Mama, abah pesan jgn bawa laju, nanti berlanggar" laung mereka mengingatkan saya hahhaha..
Memang tak menyedari mamanya kan..
Main tu sebenarnya 15minit jer tapi tak orang budak tu kasi main sampai setengah jam.. puas lah melenjan.. hahhaha..

Itulah aktiviti kami selama 2 hari 1 malam..
Teringat pulak entri DZ blogger Macam-macam ada tu DZ kata untuk tahun 2017 ni nak ubah sikit konsep .. dulu kerja -- kerja-- kerja-- bercuti panjang.. tahun 2017 ni nak kerja -- bercuti pendek-- kerja-- bercuti pendek..
Saya pun terfikir yg sama dengan DZ.. nak ada bercuti pendek utk tempoh 2 bulan.. short vacation.. dapat 2H1M pun cukup.. asalkan dapat bersama keluarga anak beranak..