JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Adap anak-anak dalam menerima duit raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adap anak-anak dalam menerima duit raya. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2016

KEDEKUTNYA.... Bagi duit raya SERINGGIT JER.. ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sumber : Google


"Mak Lang kedekut. Ada ke bagi seringgit je!"

Saya terkejut mendengar keluhan itu. Betul-betul di hadapan Mak Lang yang baru sahaja hulurkan sampul duit raya kepada anak buahnya.

"Tak mau seringgit? Bagi balik. Bagi aku balik sampul tu."

Suara Mak Lang lebih kuat dan pantas. Anak saudara diam. Terus susup sasap keluar rumah.
__________________________________________________

Ibu bapa, tolong didik anak-anak supaya belajar adab. Pesan pada mereka, kalau dapat sampul duit raya, jangan buka depan orang ramai.

Masuk dulu dalam poket atau dalam beg duit. Nanti dalam kereta baru buka, baru boleh tengok dapat berapa ringgit.

Mungkin Mak Lang tak ada duit banyak, Seringgit saja dia mampu bagi. Mungkin juga Mak Long bagi RM10 tapi jangan lonjak-lonjak gembira depan orang, nanti kembang hati Mak Long, jadi riak pulak.

Ada yang terus ambil duit, sampul duit direnyuk dan dicampak ke lantai.
Anak-anak kecil belum tahu adab, maka mak bapalah yang tolong nasihatkan. Bukannya susah.

* #maklangsentap tau.
Kalau kamu hidup zaman Mak Lang kecil dulu, dah lebam paha kau kena piat.

Sumber : facebook


sumber : google
Anak-anak memang teruja untuk mengumpul duit raya kan.. jesteru itu kita sebagai ibubapa kena lah ajar anak-anak beradap dalam menerima pemberian duit raya ni.. saya dengan anak2 memang dah warning awal2.. jangan sesekali buka sampul duit raya tu depan tuan rumah dan jika tuan rumah tak beri duit raya jangan sibuk2 minta.. nanti mama dan abah yg malu tau.. 

Kalau anak dapat sampul duit raya didalamnya ' SILA CUBA LAGI TAHUN DEPAN" apa lah reaksi mereka kan ~__^